Monday, April 9, 2012

Oh Aaron Aziz...II

So sweet...
Berbaloi sungguh...
Bertuah badan...
Apa lagi aku nak terjemahkan ni yaa..memang Aaron Aziz layak dinobatkan Artis Paling Popular.  Siapa lagi nak menafikan kepopularitiannya sepanjang tahun lepas? Bermula dengan siri Nora Elena yang mencatat rating yang tinggi, berturut selepas itu filem KL Gangster yang mencatat kutipan RM12 juta, Ombak Rindu juga hampir mencatat jumlah kutipan yang sama - RM11 juta dan tidak ketinggalan pentas Istana Budaya yang membawa beribu2 penonton menyaksikan lakonannya dalam teater Badai Semalam. 
Aku berani kerat jari lah, kalau bukan kerana figura terkenal dari Kota Singa ini, naskah2 tersebut takkan mencapai kejayaan sebegitu rupa. Tiada siapa yang dapat menafikan...
Hmmm...tengok sajalah orang sebelah tu.ahaks...

Sunday, March 4, 2012

Lama Tak Menjengah...

Tiba2 otak jadi beku macam ais.  Dah hampir 3 bulan bercuti, macam2 terjadi, masa menulispun x ada. Ideapun dah terbang melayang. Akhir2 ni saja aku dapat idea untuk karya baru.  Memanglah yang dulupun masih terbengkalai lagi tapi sementara ada idea nak menulis ni, tulis sajalah...
Apa yg berlaku dlm masa 3 bulan ni? Macam2.  Agaknya memang dh jd tabiat aku, bila dh banyak sangat benda yg jadi, aku jadi malas nak tulis satu persatu.  Pendek kata, bermacam2 warna, bermacam2 bentuk...tapi hidup ini begitulah.  Ada benda yang kita susah dan kadang2 memang x boleh nk berkongsi dengan orang lain. Payah nak diterangkan. Jadi, simpanlah sendiri dan fikir sendiri.  Tak kiralah apa yang orang lain akan hakimi kita, terpulanglah.  Luaknya bukan banyak.
Okaylah, matapun dah layu.  Nanti ada masa, aku jengah lagi ke laman ni.
Good night, adioss...

Monday, December 5, 2011

Ombak Rindu - Versi Filem

A special thanks to Mr. Hubby sbb belikan tiket filem Ombak Rindu, yg aku anggap sebagai birthday present.  Teruja sungguh bila tengok sekeping tiket tu, blm lagi masuk panggung.he he..
Macam2 yang aku dengar tentang filem ni sebelum aku menontonnya.  memang, aku tak nafikan sebab utama aku masuk panggung dlm keadaan x berapa nak normal ni sbb Aaron Aziz dan sebab keduanya aku nak tahu mcm mana Osman Ali memendekkan novel yang beberapa ratus muka surat tu kepada 2 jam saja.
Dari babak ke babak, macam2 yang aku fikirkan...mungkin kepala aku dah terpengaruh sangat dengan novel yang panjang tu, jadi aku rasa jalan ceritanya terlalu pendek.  tapi aku tak nafikan yang filem ni memang best dan boleh buat orang sedih. (orang?ha ha...aku la tu!).
Banyak sangat yang dipendekkan, ramai juga watak yang ditiadakan. watak yang ditiadakan itu pada aku,tak menjejaskan jalan cerita. begitu juga dengan jalan cerita.  tapi aku sedikit terkilan dengan satu babak dalam novel yang aku cukup suka iaitu bila mana Hariz memberi hadiah kepada Izzah sempena hari ulangtahun perkahwinan mereka.  pada aku babak itu sepatutnya ada kerana itulah yang menunjukkan betapa sayangnya Hariz kepada Izzah walaupun dalam keadaan dia menyeksa zahir batin Izzah dan betapa Izzah terharu yang suami yang mengahwininya dalam terpaksa, mengingati tarikh perkahwinan mereka.ternyata Hariz tidak sekejam yang disangkanya.
Begitu juga watak isteri Pakcik Taha yang sepatutnya kejam seperti suaminya juga, tiba2 'disakitkan' pula.tapi tidaklah sampai menjejaskan jalan cerita kerana wataknya pun tidaklah sebesar mana.
Sepatutnya juga Comel - kucing kesayangan Izzah itu dihadiahkan oleh Hariz, bukan dikutipkan di perhentian bas. tapi itu juga tak mengapalah, boleh dimaafkan...
Ekspresi wajah Maya Karin memang menyedihkan, apa lagi ditambah dengan lagu nyanyian Adira dan Hafiz yang mendayu2 tu,lagi la bertambah2 sayu aku menontonnya.  Begitu juga dengan Aaron Aziz, banyaknya dia menangis untuk filem ni.  Tak sangka plak dia boleh menangis mcm tu...isk..isk...
Sehinggalah tamat filem ni - aku perhatikan keadaan panggung yang penuh, tak ada 1 seat pun yang kosong, bagi yang sudah membaca novelnya,mungkin berminat untuk mengenali watak2 ciptaan Fauziah Ashari ini di layar, kerana itulah mereka datang dan bagi yang belum membacanya, aku tertanya2, atas dasar apakah mereka datang menonton filem bergenre drama ini?  Kalaulah bukan Aaron Aziz yang memegang watak Hariz, dan ditukar pada orang lain, agaknya adakah tiketnya akan sold out?entahlah...
Overall, aku sangat2 berpuas hati dan rasa ingin menontonnya sekali lagi, dan lagi dan lagi....
Adios!

Monday, November 28, 2011

Ombak Rindu, Ombak Rindu dan Ombak Rindu....

Beberapa gambar kt bawah ni adalah petikan dari filem Ombak Rindu. Alahai,macam mana aku nk gi tengok nih?dulu anak xde,aku la antara org paling setia b'kunjung ke pawagam tu.nt nk kenen2 ngan encik hubby.tgk gambor2 ni je aku dh t'over excited nak tengok.tolonggg...!!!







Sunday, October 23, 2011