Tuesday, June 19, 2012

Kemaafan Dendam Yang Terindah...


Dari mana nak mulakan?
Kiri, kanan,depan, belakang, atas atau bawah?
Perbalahan bukanlah sesuatu yang dirancang. Memang ia datang sendiri tanpa kita duga dan kadang2 tidak kena masanya.
Kita kadang kala terbatas dengan keadaan dan waktu ~ yang semakin hari semakin menjarakkan kita dengan orang lain.  Kenapa tidak meminta maaf saja?  Bukan tidak mahu, cuma tidak tahu bagaimana dan bila untuk memulakan.  Sebenarnya sudah lama memaafkan, cuma tidak terzahir dek kerana dibuai perasaan malu dan segan.
Hmm...manisnya bila sudah saling bermaafan.  Dengan cara tidak sengaja pula.. Bagaimana pula tu?
Memang tak dijangka semuanya berlaku ~sepertimana cara bagaimana perbalahan itu bermula juga.






Mulakan buku baru.  Just forgive and forget kerana kita bukanlah seorang yang hebat dan penuh dengan kesempurnaan.
Cukuplah pengalaman itu, maafkanlah..
dan kita akan tenang selepasnya...

“Sesungguhnya orang-orang mu’min adalah bersaudara, oleh karena itu adakanlah perdamaian di antara saudara-saudaramu, dan takutlah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat. Hai orang-orang yang beriman! Jangan ada satupun kaum merendahkan kaum lain, sebab barangkali mereka (yang direndahkan) itu justru lebih baik dari mereka (yang merendahkan); dan janganlah ada perempuan merendahkan perempuan lainnya, sebab barangkali mereka (yang direndahkan) itu lebih baik dari mereka (yang merendahkan); dan jangan kamu mencela diri-diri kamu; dan jangan kamu memberi gelar dengan gelar-gelar (yang tidak baik) –misalnya fasik– sebab seburuk-buruk nama ialah fasik sesudah dia itu beriman, dan barangsiapa tidak bertobat, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim. Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak sangka, karena sesungguhnya sebagian sangkaan itu berdosa; dan jangan kamu mengintai (menyelidiki cacat orang lain); dan jangan sebagian kamu mengumpat sebagiannya, apakah salah seorang di antara kamu suka makan daging bangkai saudaramu padahal kamu tidak menyukainya? Takutlah kepada Allah, karena sesungguhnya Allah maha menerima taubat dan belas-kasih.” (al-Hujurat: 10-12)


Monday, June 18, 2012

EURO 2012 Attaque! ~ Bienvenue.






 La Malaisie est desormais I'Euro 2012 de la fievre!!
Malaysia kini diserang demam Euro 2012!!

Honestly, aku bukanlah peminat fanatik bolasepak.  Tapi keadaan sekeliling membuatkan aku jadi ingin tahu perkembangan semasa tentangnya.
Masing2 ada pasukan pilihan sendiri walaupun sendiri dah tahu pasukan mereka bukanlah pasukan pilihan untuk menang piala berprestij ini.
Perlawanan sudahpun melangkah ke suku akhir. Macam tak sangka, Holland akhirnya tersingkir di peringkat awal lagi.  Pada aku, mereka bukanlah sebuah pasukan yang calang-calang.  Mereka adalah antara 5 pasukan terbaik dunia! Tapi itulah bolasepak, semua boleh jadi. Pauvre Hollande...
Dalam keterujaan mereka ini, aku pun tiba2 ada pasukan pilihan aku sendiri, walaupun aku tak kenal sorangpun pemain2 dalam pasukan ni yang aku kenal.
Buena Suerte espanol (Good Luck Spanish)!!
he he...pur favor no te enfades..(jangan marah ye...)




Permata Hati Ibu...

Indahnya hidup bila bergelak ketawa dengan budak2 dua orang ni. Tengah2 sedih jadi suka, hilang semua rasa penat kerja seharian.
Anak2 ibu dah besar rupanya. Sekejap jer rasa masa berlalu.
Thank you Allah, for giving me this beautiful gift.

Cik Kakak ~ Si Puteri Sulung ni memang becok mulutnya.  Style cakapnyapun dah mcm makcik2.

Si Kakak suka sgt panggil Wan Syahmi Wafiy~ "ibu,tgk wan syahmi wafiy itu, wan syahmi wafiy ini..."

Mengusik adik adalah salah satu hobi kakak. Yang peliknya si adik ni, kalau kakak yg menyakat mmg dia ketawa mengekek2. Kalau org lain, dia buat donnoooo je.ha ha..

Ini la "abang alif kakak". Sayang sgt dia kt sepupu dia ni. Jalan2 @ i-City Shah Alam.

Budak2 ni, kalau gi jalan2 kejap je,balik terbongkang tidur x ingat dunia...

Kakak ni suka ambik gambar buat muka.comel sgt la tu...


Si Wafiy ni kalau stakat nk duduk rumah hari2 tu, x payah la nk dipakaikan baju.xdenya dia suka.mengamuk ada.so, bersantai2lah dia dgn pampers..

Thursday, May 31, 2012

Kek Marble Azzalea

Aku namakannya Kek Marble Azzalea...he he..

Bahan2:

250g  tepung gandum (aku guna tepung kek,sbb x pyh ssh2 nk ayak)
250g  gula halus/ kastor
250g  marjerin (planta pon blh gak...)
4 bijik telur gred A (Gred lain pon blh jee...)
4sb     susu segar (aku bantai susu tepung anak aku je.ha ha..)
2sk     baking powder
esen vanilla
Pewarna


Cara Membuat:


1. Pukul marjerin dengan gula hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, selang selikan dgn susu, pukul lagi dan lagi..
4. Titiskan esen vanilla
5. Bahagikan kepada 2-3 bahagian yg korang suka,pastu campur la warna2 yg disukai.
6. Masukkan dalam loyang dan kukus selama lbh kurang 45 minit.

Ok, daaaaaaaaaaaaaaa....................


Wednesday, April 18, 2012

Berat Mata Memandang...





Mungkin ada yang tidak tahu apa maksud "gelandangan", mungkin ada juga yang baru pertama kali mendengarnya.  Aku pernah dengar perkataan ni bila menonton sebuah filem inggeris dulu (lupa tajuk apa...)  rupanya golongan ini bersepah-sepah di Malaysia.  Mungkin kewujudan golongan ini sudah agak lama, cuma akhir-akhir ini kehadiran mereka seringkali mendapat perhatian media.  Itupun setelah ada pihak-pihak tertentu yang sudi menghulurkan bantuan serba sedikit kepada golongan ini.
Kenapa bergelandangan?
Kalau diberi pilihan, siapa yang ingin hidup tidak tentu arah seperti ini.  semua orang ingin hidup mewah, berselimutkan duit ringgit.  Tentunya masing-masing ada sejarah tersendiri, kenapa mereka memilih jalan hidup seperti itu, ataupun dipaksa hidup sebegitu, atau, atau, atau....sebab yang kita takkan tahu.
Sesungguhnya kita kadangkala alpa dan leka dengan nikmat kurniaan Allah.  Kadang-kadang juga kita tidak bersyukur atas kekurangan yang tidak seberapa yang Allah kurniakan. Kita lupa betapa ujian yang diterima tidaklah seberat mana berbanding mereka yang lebih hebat ujiannya. 


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu, jangan melihat orang yang tinggi daripada kamu, kerana dengan demikian kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah kepadamu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagaimana agaknya kehidupan seharian mereka?  Adakah normal seperti kita juga? Setiap hari bangun pagi, bersihkan diri, bersolat, bersarapan, berkerja, makan tengahari, sambung kerja, pulang kerja, makan malam, menonton tv...adakah mereka berkeluarga?
Hmm....mendekati golongan seperti ini, tidak ramai yang mahu melakukannya. Tengok keadaan fizikal kebanyakan daripada mereka pun sudah agak menakutkan. Kotor dan jijik!
Akhir2 ini golongan ini mendapat liputan yang agak meluas.  Sudah ada pihak-pihak yang sudi menggalas tanggungjawab sosial,membantu menyumbangkan makanan dan tempat tinggal kepada mereka.  Bukanlah nak menidakkan usaha murni mereka,tetapi bukankah usaha-usaha sebegini akan meramaikan dan menggalakkan lagi mereka untuk terus bergelandangan dan akan mengurangkan daya usaha mereka untuk berkerja sendiri?  Itu cuma pendapat aku. Kerana kebanyakan slot2 yang highlight golongan ini di tv, yang diberi makan percuma tu, dikurniakan Allah pancaindera yg sangat sempurna.  Kalau nak berkerjapun memang boleh sesangat.  Agaknya apa masalah mereka sampai tak ada rumah, atau tak berusaha cari rumah, atau apa sajalah yang menyebabkan mereka tidak berumah?
Malaysia ini negara yang sangat kaya.  Tak semestinya kena duduk di tengah bandaraya baru boleh hidup. Kalau sekiranya x boleh nak survive hidup di bandar, duduk saja di kampung. banyak pilihan yang ada. kos hidup pun tidak terlalu tinggi.
Pernah baca satu blog, golongan gelandangan ini majoritinya adalah 'mat pet', kaki botol dan terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat.  Jadi berbaloikah orang-orang seperti ini diberi makan percuma? Waahh....naik lemak laa...lain lah kalau yang dibantu itu makcik2 dan pakcik2 yang dah uzur, nak kerjapun x mampu. Itu memang wajar dipuji. Tapi kalau selainnya, maaflah..baik hentikan saja. 

Hadis : Berusaha Mencari Rezeki
 Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam." (Riwayat At-Tabrani)



Fikir-fikir dan renung-renungkanlah...

Monday, April 9, 2012

Oh Aaron Aziz...II

So sweet...
Berbaloi sungguh...
Bertuah badan...
Apa lagi aku nak terjemahkan ni yaa..memang Aaron Aziz layak dinobatkan Artis Paling Popular.  Siapa lagi nak menafikan kepopularitiannya sepanjang tahun lepas? Bermula dengan siri Nora Elena yang mencatat rating yang tinggi, berturut selepas itu filem KL Gangster yang mencatat kutipan RM12 juta, Ombak Rindu juga hampir mencatat jumlah kutipan yang sama - RM11 juta dan tidak ketinggalan pentas Istana Budaya yang membawa beribu2 penonton menyaksikan lakonannya dalam teater Badai Semalam. 
Aku berani kerat jari lah, kalau bukan kerana figura terkenal dari Kota Singa ini, naskah2 tersebut takkan mencapai kejayaan sebegitu rupa. Tiada siapa yang dapat menafikan...
Hmmm...tengok sajalah orang sebelah tu.ahaks...

Sunday, March 4, 2012

Lama Tak Menjengah...

Tiba2 otak jadi beku macam ais.  Dah hampir 3 bulan bercuti, macam2 terjadi, masa menulispun x ada. Ideapun dah terbang melayang. Akhir2 ni saja aku dapat idea untuk karya baru.  Memanglah yang dulupun masih terbengkalai lagi tapi sementara ada idea nak menulis ni, tulis sajalah...
Apa yg berlaku dlm masa 3 bulan ni? Macam2.  Agaknya memang dh jd tabiat aku, bila dh banyak sangat benda yg jadi, aku jadi malas nak tulis satu persatu.  Pendek kata, bermacam2 warna, bermacam2 bentuk...tapi hidup ini begitulah.  Ada benda yang kita susah dan kadang2 memang x boleh nk berkongsi dengan orang lain. Payah nak diterangkan. Jadi, simpanlah sendiri dan fikir sendiri.  Tak kiralah apa yang orang lain akan hakimi kita, terpulanglah.  Luaknya bukan banyak.
Okaylah, matapun dah layu.  Nanti ada masa, aku jengah lagi ke laman ni.
Good night, adioss...