Wednesday, November 28, 2012

Adam dan Hawa: Here's some more pix!

Saja nak upload gambar2 ni sumer.
Sekarang ni dah masuk musim bunga2 cinta..ahaks...











This last pix is my fav..ngee...:-))
Hmm..so many things to do, so may probs to think that sometimes make us feeL down...and that is why sometimes we need something to cheer up ourselves.
and I choose him.
END.

Friday, October 5, 2012

Adam dan Hawa: The return of him...






What can I say...he always like that.  Back to break my heart.ha ha...LOL!

Bila aku beli novel Adam dan Hawa ni? Bila aku tahu dia yang jadi hero la. Takkan aku nak lepaskan peluang macam tu je.  Walaupun kat rumah aku takde ASTRO, at least aku tau la apa kesahnyaa...



Hmm...nasib baik la dengan kecanggihan teknologi terkini ciptaan manusia yang kita panggil "internet" ni, maka dapatlah aku tonton walaupun agak lambat daripada orang lain.


Watak Adam Mukhriz digambarkan oleh penulisnya - Aisya Sofea sebagai seorang makhluk Allah yang tersangatlah tampan, kacak, hensem dan seumpama dengannya.  Hidupnya sungguh sempurnya.  Mempunyai kerjaya yang hebat, teman-teman wanita yang cantik jelita, keluarga yang bahagia dan segala-galanyalah... He's life is so perfect.


Kenapa dia membisu?
Kerana di ketika itu dia memikirkan betapa susahnya untuk mendapatkan Ain Hawani yang jinak-jinak merpati.  Ain seperti tidak membalas perasaannya, jual mahal dan kadangkala sombong juga.  Jadi, kesempatan ditangkap basah ini digunakan sepenuhnya Am untuk mendapatkan Ain.  Ain tidak percayakan keikhlasannya memandangkan latar belakangnya yang digambarkan sebagai seorang kasanova.  Am tahu dia terperangkap, cuma tak tahu angkara siapa.  Dia juga tak ingin, tapi itu saja pilihan yang dia ada untuk menjadi suami Ain.


Wahai Ain Hawani, Adam Mukhriz Gillespie ini bukanlah jahat orangnya.  Dia mungkin sedikit 'nakal'.  Itu saja. He he..


Tapi kau juga tahu cemburu kan? Betul tak Ain?


Dia bukanlah seorang kasanova.  Cuma mungkin caranya mencari cinta itu tidak kena masa dan orangya.


Dia bukan tidak sayangkan Am, cuma mungkin egonya terlalu tinggi.  Itu saja. Dan keegoan itu telah mencabar hati Am dengan sesungguhnya.  8 tahun menanti bukanlah satu jangka masa yang singkat.
Kerasnya hati Ain Hawani akhirnya telah menumpahkan air mata Adam Mukhriz.

Endingnya memanglah seperti yang kita harap-harapkan.  Cuma mungkin rantaiannya terlalu panjang untuk ditunggu - esok, esok dan esoknya juga...sehinggalah 80 hari.Hmm...

Tapi, wonder laa...agak-agak kalau orang lain yang pegang watak Adam Mukhriz ni, boleh meletup ke tak? Isy...kejam sungguh soalan.ha ha...

Selamat Menonton wahai  Aaronators!

Thursday, August 2, 2012

Dejavu Di Kinabalu...yang memang dejavu.


Hmm...berakhirlah lagi satu naskhah yang berjaya aku tonton dari awal sampai akhir.  Tak banyak cerita yang menarik perhatian aku petang2 ni kecuali Nora Elena. 
Normal lah, bila penghabisannya tak seperti yang diharapkan, maka adalah suara2 yang tidak berpuas hati dengan sebab2 yang macam2.  Yang direka2pun ada juga.  Yang patut dan yang tak sepatutnya.  Tapi kena terimalah kenyataan bahawasanya itu hanyalah sebuah cerita.  Suka hati director dialah nak buat ending macam manapun. 


Tapi memandangkan aku juga adalah antara orang-orang yang tak puas hati, maka terpaksalah jugak aku membebel kat sini.
1) Bazli taklah se gentleman manapun..lelaki budiman takkan membiarkan seorang wanita menjadi gila kerananya.  Dia tak bolehlah lepas tangan macam tu je semata2 sebab gefren lama nakkan dia balik.
2) Bazli dah buktikan yang dia memang anak derhaka sebab ingkar dengan kehendak ibunya yang tidak membenarkan dia berkahwin dengan Nadira.
3) Nadira tak sepatutnya membiarkan dia menjadi penyebab Bazli menjadi anak derhaka sedang dia tahu ibu Bazli membencinya dan mengharamkan mereka berkahwin.
4) Watak Nadira sangat menjengkelkan ~ hatinya berubah-ubah dan menyusahkan semua orang di sekelilingnya.  Pada aku, Nadira bukanlah seorang gadis yang tetap pendirian.  Dia macam lalang.  Memang patut Yuzra menengkingnya masa dia jatuh sakit tu.  Aku suka sangat part tu.ha ha..
5) Apa jadi dengan watak Uzma dan Tira?  Tergantung, xde ending...
6) Mak Inara sendiri tak pasti sama ada betul anaknya dermakan jantung pada Nadira.  Pastu tergantung camtu je..kusut betul.
7) Scene diorg bertembung kat airport tu, tiba2 jantung Nadira berdegup pulak bila tengok Ammar.  Hape la..aku tak paham langsung apa motif part tu.
8) Siapa pegang watak Inara tu?  Macam penah tengok, tapi xtau nama...
9) Dah susah payah si Bazli tu halang Ammar pegi London, sampaikan t'kejar2 dgn kereta, ingatkan nak suruh kawen dgn Nadira. Last2 dia jugak yg kawen? nak suruh Ammar jadi saksi akad nikah ke apa?

Tapi setakat komplen saja la..realitinya dah pun tamat.
Cakap banyakpun x guna!!
Adiosss...!!

Wednesday, August 1, 2012

Ramadhan: Signifikan Juadahnya...

Ramadhan datang lagi. 
Bagi sesetengah orang, bulan ini paling ditunggu2 untuk menambahkan pahala amal ibadat.  Bagi sesetengah orang pula, bulan inilah bulan untuk menambah pendapatan dengan berniaga macam2.
Hmm..aku? Bulan ni lah aku jumpa macam2 makanan yang kadang2 hanya boleh ditemui pada bulan yang mulia ini sahaja.
Sungguh signifikan makanan2 ini di bulan puasa..yum yum!

Hmm...inilah makanan paling glemer di bulan Ramadhan al-mubarak ini.

Aku tak tahu kat tempat lain.  Tapi kalau kat kampung aku, Asam Gumpal ni antara yang femes dan menyelerakan...

Ayam percik antara negeri2 ada yang berbeza.  Of course la aku suka Terengganu punya.he he..

Kenapa orang kata bubur lambuk Kg Baru sedap? Bukanlah nak menidakkan, tapi rasanya yang mak aku buat lagi sedap.peace!

Sedap sungguh murtabak ni kan?

 
Namanya "nekbak". Hanya orang Pantai Timur je yang kenal kuih ni. amat sinonim dengan bulan puasa. Ingat nekbak, ingat bulan puasa.

Onde2 a.k.a buah melaka ni memang feveret aku bulan2 puasa ni.

Bulan lain pun ada air tebu ni. tapi bila time bulan puasa je, lakunya melebih2..

Puteri Mandi.  Old time kuih...

Popia ni pun cukup glemer di bulan pose.  Walaupun bulan2 lain pun ada jual.

Tuesday, July 17, 2012

Berendam-rendam ke tepian...

@ Condo Platinum Park, Taman Melati

Acara bersantai2, berenang dan berendam...

Sampai sejuk menggigilpun tak nak naik jugak..

Berpusing2 satu kolam kecik tu..

"Terkencing"..oooppsss..!

Merajuk sebab kalah lumba renang dengan ayah.ha ha..

Acara pujuk memujuk kakak yang tak nak naik..

Exclusive..

Bahagian kanak-kanak..

Nice view-from Level 10.

Thursday, July 5, 2012

Be Yourself...


Bukan senang nak menulis..
Jangan juga terikut-ikut dengan gaya penulisan orang lain.  Fikiran dan idea kita berbeza.  Penilaian pembaca juga berbeza. Tulislah apa yang terlintas di fikiran kita sendiri.
Jangan sesekali mencuba cara orang lain kerana ia akan menjadikan kita penat.  Berjalanlah di laluan kita sendiri. Walaupun mungkin ada orang lain yang kurang suka, tidak senang dengannya tapi apa yang terbit dari fikiran kita sebenarnya itulah kita.
Cubalah tiru gaya orang lain, kejarlah..dan kamu akan berasa kepenatannya kerana ianya bukan diri kita.  Terpulanglah kepada orang lain, kalau tidak berkenan atau merasa tulisan kita ini tidak menarik, kita tak perlu berubah hanya kerana itu.
Perjalanan hidup kita berbeza, pengalaman juga berbeza.  Baik buruk hidup mereka, kaya miskin kehidupan kita, pasti ada sesuatu di antara kita yang boleh dikongsikan.
Gaya penulisan yang lucu, straight forward, sedih, yang biasa atau yang tergedik2..terpulanglah.
Just be yourself!

Wednesday, July 4, 2012

Pavlova...@ Seksyen 7..wallaaahhhh!!


Dah lama dengar nama dessert "pavlova" ni. Cuma tengok gambar tapi x pernah pula mencubanya. Tengok pada gambarnya memanglah menggoda dan keinginan untuk 'menerai'nya pun membuak2.
Hah! Datang pula cerita seorang officemate yang mengkhabarkan adanya pavlova ni di sebuah restoran di Seksyen 7, Shah Alam.
Maka hari ini ~ 04 Julai 2012, jam 12.45 t/hari, dengan semangat yang berkobar2 dan keinginan untuk menghabiskan duit, bertolaklah kami dari pejabat (sorry boss, keluar awal skett.he he..)
Tak jauh pun, lebih kurang 10 minit perjalanan je, sampailah 4 orang sahabat sehati sejiwa yang suka melantak ni ke Restoran Ahlaa, Seksyen 7.

Hmm...dekorasinya memang simple tapi agak unik sebab ada Sudut Bacaan ~ ada novel Melayu, Inggeris dan majalah-majalah terkini untuk bacaan pelanggan sementara menunggu makanan sampai.  Bagus juga kalau lepak2 kat restoran ni. Okay-okay laa...



PAVLOVA! PAVLOVA! PAVLOVA!

Comel rupanya kan, kan kan? Dek kerana keterujaan dan kejakunan kami berempat ini untuk menikmati pavlova ni, keempat2nya mengorder benda yang sama.
Bagi yang tak suka manis, mungkin dessert ni tak berapa sesuai untuk anda...tapi bagi dessert lover, pavlova memang patut anda cuba. Ringkas dan menarik.  Tapi kalau lagi banyak buah2an kat atas tu, lagi sedap rasanya sebab ada balancing antara manis dan masam serta krim putar yang di'topping' di atasnya ~ ada rasa vanilla.
Hmm...sedap jugak rupanya.  Sebabnya aku suka makanan manis dan rasa vanilla tu memang favourite aku. Isinya agak rangup di luar dan di dalamnya terasa sedikit kenyal (macam rasa marshmallow pun ada..) overall, memang kena dengan selera aku. 


Aduhai Umie, abis hilang excited.sabar Umie...jangan fobia lak makan pavlova lepas ni..sampai termuntah2 mak orang ni. Takpe la Umie, sekali seumur hidup (kot...).

Terserlah kejakunannya..ha ha..(Kak Syam dah siap nganga dah tu..)


Walaupun harga menunya agak lebih sikit, tapi kalau nak mencuba menu-menu lain tu, sekali-sekala tak apalah. Apa salahnya kan?
Aku ni sebenarnya teringin nak mencuba Nasi Air ~ sebab tak pernah jumpa kat sini (yang cukup glemer di Pantai Timur).  Nantilah, kalau ada masa...one fine day...

Adiosssssss....!!