Monday, May 11, 2015

Sampai Mati (Hazama) - Lirik (OST Hati Perempuan)

Entahlah, pada aku, OST sesebuah drama/ filem sangat memainkan peranan. Kalau OST tak best, tambah dengan cerita tak berapa best, lagi la tak best citer tu.  Kadang2 citer tak best manapun, tapi kalau lagu best, org akan tergerak hati nak tengok.



Trending sekarang ni?  Tentulah drama Hati Perempuan.  Ramai sangat dah yang komen pasal citer tu, aku nk share lagu dia jelah.  

Woitttt...berhantu kot citer nih! 

Terus terang, aku memang minat lagu-lagu Hazama.  Sebab lagu tu lah, aku layan citer Hati Perempuan.  

Sampai Mati (Hazama)
Komposer: Audi Mok/ Omar K   


Walau bibir merungkapkan kasih
Mata merasa yang sebaliknya
Wahai jiwa andai kau mampu bicara
Beritahuku isi hatimu
Dan detak jantungku menahan
Arah dan jalan
Agar kita kan bersama
Andai dunia hancur binasa
Ku kan setia sampai mati cintaku
Takkan berserah
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta di hatimu
Ku terlihat lagu dan curiga
Diselimutkan satu senyuman
Tanda tanya selamanya menghantui
Oh apa dirimu mahukan aku
Dan biarkan cerita lama
Terpadam sudah
Agar kita kan bersama
Andai dunia hancur binasa
Ku kan setia sampai mati cintaku
Takkan berserah
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta di hatimu
Janganlah sesali perjalanan ini
Adakalanya seakan gelita
Setiap saat tabahku berdoa
Cinta kita sampai syurga
Andai dunia hancur binasa
Ku kan setia sampai mati cintaku
Takkan berserah
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta di hatimu
Andai hancur dan binasa
Aku kan setia sampai mati cintaku
Takkan, takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta di hatimu..

Sunday, January 25, 2015

Sehari di Bukit Cerakah

Terlalu lama tak menjengah..masa yang ada sangat suntuk.  Hari2 melalui jalan, denai dan lorong yang sama juga.  
Tapi baru2 ni Mem dah mintak aku sertai sidang redaksi untuk beberapa penerbitan.  Walaupun aku rasa penulisan aku tidaklah berapa bagus sangat sebab aku tak ada formal education dalam penulisan, aku rasa rendah diri pulak.  Apapun terima kasih kerana mempercayai.  
Maka kerja aku akan bertambah sedikit demi sedikit akhir2 ini dan akan datang juga, mungkin. Kalau masih mendapat kepercayaan laa...
Ubah angin sikit, aku ajak encik suami dan anak2 ke Taman Botani Negara Shah Alam a.k.a Bukit Cerakah.  Memanglah dekat, tapi tak pernah masukpun.  Tak tahupun apa benda yang ada kat dalam tu.  Itulah first time masuk.  Tak sempat pusing semuapun, tak larat.  Tapi sempatlah masuk rumah salji tu sekejap. Kesian tengok anak2. panassss....... lain kalilah pulak ye anak2ku.. hehehh... 

Depan pintu masuk

Macam menarik pulak agaknya air pancut kecik ni...














Thursday, November 27, 2014

Sebuah Cerita Yang Tak Berjudul...

Lama lagi tak menjengah.  Kesibukan?  Ya. Malaspun satu hal juga.
Ada kegilaan baru agaknya.  Begitulah cara untuk merawat hati yang sakit.  Jiwa yang terluka.
Idea untuk menulis juga tidak muncul2 juga. Haisyy...tak terkejar rasanya.

Banyak benar perkara yang berlaku akhir2 ini, tak terluah dan tak tertulis juga.  Hati manusia ini sangat kompleks untuk diteroka.  Lantas terima dan teruskan saja.  Itu lebih baik agaknya...
Entah apa yang aku fikir, aku sendiripun susah nak terangkan.

Agaknya tulisan inipun akan tergantung juga...

Thursday, September 4, 2014

Cinderella oh Cinderella

Apa yang aku nak cerita?  Bukan cerita baru.  Ini sebenarnya cerita lama.
Kisah dongeng Cinderella melayu tahun 90'an dulu. sedar tak sedar, plot kahwin rahsia dalam cereka2 yang ada zaman sekarang ini bermula dari cerita ini.
Terbuai juga dibawa lagu sehati sejiwa yang mengiringi romantiknya susun cerita antara Ahmad Idham dan Haliza Misbun, maka ramai juga yang dah tertiru plot cerita itu agaknya.  Walaupun mungkin secara tak sengaja, tapi yang pasti jalan ceritanya tetap hampir serupa.
Aku juga menulis.  Tetapi terkekang dengan waktu dan di antara waktu-waktu itu, bercambahnya juga penulis-penulis muda yang sangat ramai, tak terkira.  Tetapi hampir kesemua novel-novel mereka itu sama saja jalan ceritanya, membuatkan idea aku tergantung begitu je...
Balik pada Cinderella dan Salman yang menjadi fenomena pada era itu, aku juga terjebak sama.  Heheeh...


kan, kan kan...  tipulah kalau budak2 zaman aku tak tengok langsung citer nih.  Kenapa aku tengok balik citer nih?  Entah, tetiba je teringat, mungkin sebab ada versi Cinderella 2013 baru ni.  Bagi aku, aku lebih suka Cinderella yang asal.  Apa2 sajapun, aku lebih suka yang asal.  Bukan tak best lakonan Fizo Omar dan Nellydia Senrose tu, cuma aku suka yang original.
Scene2 kemesraan Salman dan Cinderella yang nampak natural tu, aku agak suspicious sikit.  Macam orang yang betul2 bercinta. Atau mungkin masa tu Ahmad Idham tu kurus sikit, tu pasal si Cinderella tu macam best je peluk2 dia. ahakss....
Cuma...aku rasa, kalaulah scene2 mesra Salman dan Cinderella tu wujud zaman sekarang ni, habislah diorg kena sembur kat internet. hahahh....
Caucincau...!!!

Tuesday, May 6, 2014

Alasan Untuk Bahagia...


Apa lagi yang tinggal
selain hati yang remuk
perasaan yang berkecamuk
jiwa yang memberontak
sisa-sisa bahagia itu susah benar untuk ditemu
tenang juga berat dipikul
tak mampu juga untuk dijinjing
sudah tiada nama bahagia agaknya...


Friday, April 4, 2014

Adam & Hawa Episod 51

<iframe frameborder="0" width="480" height="270" src="http://www.dailymotion.com/embed/video/xvb8lx" allowfullscreen></iframe><br /><a href="http://www.dailymotion.com/video/xvb8lx_adam-hawa-episod-52_shortfilms" target="_blank">Adam Hawa Episod 52</a> <i>by <a href="http://www.dailymotion.com/duitpoketlebihsikit" target="_blank">duitpoketlebihsikit</a></i>

Monday, September 16, 2013

Melagukan Pahlawan, Mendendangkan Wira: Mereka Yang Tertinggal...

Baru kini mereka diingati, baru kini mereka dikenangi.
Peristiwa Lahad Datu membuka hati banyak manusia untuk mengenang dan mungkin baharu sahaja mengetahui betapa besarnya jasa perajurit negara.  Dan ada pula yang baharu tahu apa itu komando, apa tugas VAT 69.
Hakikatnya, masih banyak yang kita tak tahu tentang mereka.
Berterima kasihlah Malaysia, mereka berkorban untuk kita...


 Nama tempatnya adalah Muzium Tentera Darat  Port Dickson.  Lokasinya sangat hampir dengan Pantai Port Dickson.  Bila lagi nak pergi kan?  Bukan selalupun pegi PD, walaupun tempatnya tak jauh daripada KLpun.
Tiada tiket masuk.  Semuanya percuma saja.  Cuma mungkin time aku yang tak kena.  Tengah hari, tengah panehhh.....!
 Apa nama benda nipun tak tahu.  Tapi rasa2nya meriam kott...
 Dari luar mungkin biasa kita tengok.  Tapi inilah bahagian dalaman kereta kebal.  Macam mana mereka duduk ya?
 Ini di bahagian luarnya.  Kenderaan tentera ni, kalau sekali tengok, memang pelik rupanya...

 Harimau lambang kegagahan askar Melayu!
 Gambar Latihan Baret ini diambil sebelum perang dunia kedua! Macam mana agaknya diorang ambik gambar ya?
 Ini yang paling menarik perhatian aku.  Sebab hanya namanya yang selalu terdendang sebagai wira.
 Botol air ni digunakan semasa Perang Dunia Kedua.
 Pakaian tentera British zaman dahulu.
 Inilah mesin pencetak zaman dulu.  Kalau zaman moden lagi canggih ni, tentu namanya printer, ya tak?
 Kipas meja pegawai tentera British.
 Gambar semasa Perjanjian Pangkor, antara Raja Abdullah dan pegawai British.
 Mat Salleh - Pahlawan Sabah
 Tok Janggut - Pahlawan Kelantan
 Datok Bahaman - Pahlawan Pahang
 Pahlawan Sarawak - Rentap
 Agaknya inilah motor peronda polis zaman dulu.
 Deretan kereta kebal ini mungkin nampak sama, tapi rasanya fungsi kesemuanya berbeza.

 Kedatangan pengunjung disambut dengan kapal terbang besar ni!
 Tak sempat nak naik jambatan gantung sebab tengah melayan si kecik Wafiy.  Teringin jugak nak naik...
 Tak tahu apa namanya, sebab tak ada sign.
 Gambar kenangan 2 orang budak dan seorang yang macam budak2.
Tempat tidur askar. kott...
Penjara bawah tanah.  Tapi tak boleh masuk.
Kapal perang semasa Kesultanan Melayu Melaka.