Thursday, December 16, 2010

Filem Ombak Rindu

Kalau time x sibuk, aku suka menggodek2 pages yg ada kat facebook. hasilnya aku jumpa la page OMBAK RINDU ~ sebuah filem yang diarahkan oleh Osman Ali dan watak utamanya dilakonkan oleh Aaron Aziz dan Maya Karin.  Filem ini adalah sebuah filem yang diadaptasi oleh novel yang ditulis oleh Fauziah Ashari.
Best sangat ke cerita ni?  Bila fikir balik, bukan calang-calang pula pelakonnya dan pengarahnya pun bukan sembarangan.  Bukankah Osman Ali ni pernah arahkan filem Anak Halal dulu?  Agaknya sebab tu dia serasi dengan Maya Karin kot...
Aku godek lagi ~ rupanya Ombak Rindu ada kesinambungannya - Cinta...Tiada Akhirnya dan Rindu Cintaku.  Firasat aku mengatakan bahawa filem OR ni gamble ketiga2 novel ni sebab kalau nak buat filem untuk satu novel je, macam pendek sangat pulak.
Maka dengan terhegeh-hegehnya aku ajak la Encik Suami pergi buat lawatan ke MPH ~ Alamanda, Putrajaya untuk mencari buku itu.  Besarnya harapan aku nak baca novel tu sebelum filem tu keluar tahun 2011 ni.  Terima kasih la Encik Suami sebab tolong sama-sama carikan buku tu. Nasib baik ada lagi dan apa yang buat aku terkejut novel OR ni dah dicetak untuk kali yang ke 18. Mak oii....mesti Fauziah Ashari ni dapat komisen kaw2 punyalah!
Dah habis baca OR, aku ajak lagi Encik Suami pergi MPH untuk cari buku sambungan keduanya - Cinta...Tiada Akhirnya.  Agaknya aku memang bernasib baik sebab buku tu hanya ada 1 je lagi. kalaulah aku lambat sikit, mesti orang lain yang kebas dulu.  Alahai...
Sekarang ni pun aku dah habis baca buku tu dan maybe next week aku akan ajak lagi Encik Suami pergi MPH. he he he...
Bukan sebab aku minat giler kat Aaron Aziz tu, tapi secara jujurnya, aku gemarkan watak Hariz yang kadang2 baik, sombong, banyak kerenah, romantik dan kadang2 ala2 mafia pun ada. Dan kerana itu watak tu sesangat sesuai dengan Aaron Aziz.
Cuma mungkin aku kureng suka dengan watak Izzah yang diberikan kepada Maya Karin.  Mungkin Lisa Surihani ataupun Fazura lebih sesuai kerana muka Maya Karin obvious sangat keomputihanya, sedangkan kalau mengikut watak Izzah dalam OR, wajahnya tipikal Melayu dan orang kampung sejati.  tapi entahlah, mungkin Osman Ali ada sebabnya sendiri.
Bila je habis baca buku2 ni, aku jadi tak sabar nak menonton filemnya juga. Khabarnya filem ni romantik habisss...tengok aje la gambar2 Aaron Aziz dan Maya Karin ni.  Aku pon jelessss...he he he...







No comments:

Post a Comment