Wednesday, May 18, 2011

Peritnya....

Menerima berita kehamilan itu memang menggembirakan walaupun di sebaliknya rasa kesakitan semasa melahirkan dulu masih terasa.
apa lagi kali ini kedatangannnya sungguh melemahkan. rasa tak nak makan, tak nak bergaul, dengar bunyi bising sedikitpun sudah rasa lemas, apa lagi untuk dengar lagu atau tonton tv macam dulu. berfacebook pun sudah naik benci pula. semuanya bermula daripada perut yang rasanya lebih kuat meragam dari dulu.
maaflah kalau ada yang terasa akan perubahan saya.tp saya rasa sungguh lemah...maaf juga pada suami kerana ada masa2 tertentu isterimu ini akan cukup menyusahkan.pakaian tidak berbasuh,tidak berlipat krn hanya mampu tergolek di lantai...
aduhai sang adik, ragamnya lagi dasyat dari si kakak...

Monday, May 2, 2011

Osama vs Obama


Rasanya dah beberapa kali aku dengar Osama bin Laden dibunuh. Tapi selepas itu gambarnya yang sihat walafiat tetap keluar di stesen tv al-Jazeera. Memanglah mengelirukan, tapi apa yang aku tak setuju, sesetengah pemimpin negara yang memberi ulasan yang aku rasa 'tak perlu'. tak perlulah keluarkan statement yang seolah-olah setuju dengan kematian/ pembunuhan itu sepertinya Osama bin Laden ini lebih kejam dari rejim zionis hinggakan kematiannya akan membawa keamanan dunia. aku memang x boleh terima!
Yang patut mati adalah pemimpin rejim zionis ~ itulah sebenarnya yang akan membawa keamanan dunia, bukan Osama bin Laden. Tapi apa yang Obama buat? Sebagai sebuah negara yang dicanang2 sebagai sebuah negara yang maha hebat dan pengawal dunia, apalah yang ditakutkan sangat AS pada orang sekerdil Osama?
Cuma apa yang aku rasa nak ketawa adalah cara pengkebumiannya di laut...heh hee...nampak sangat tak logik. Jangan2 seminggu lagi keluar pulak Osama kat al-Jazeera melambai tangan pada Obama..:-)
Tak kisahlah dia betul2 mati ke tidak, ataupun betul atau tidak namanya Tim Osman yang pernah melawat White House,yang pentingnya sikap AS yang semakin lupa dengan penderitaan Palestin dan Afghanistan, malah mungkin tak pernah diambil pedulipun. kenapa Obama nak melatah hanya kerana 3,000 orang rakyatnya terbunuh? ataupun hanya setakat tu yang dia mampu hitung berbanding rakyat Palestin dan Afghanistan yang sudah terbunuh hingga kalkulatornya sendiripun dah tak mampu mengira berapa jumlah mayatnya? ataupun dia dah terlupa yang dia pernah berjanji untuk menutup penjara di Teluk Guantanamo dalam masa 8 bulan selepas krisis AS- Saddam dulu? Ada sesapa boleh bagitau, termasuk tahun 2011 ni dah jadi berapa bulan? atau berapa tahun? dan nanti akan jadi berapa kurun?
Begitulah Amerika ~ yang kononnya sebuah negara yang hebat tapi tetap takut dengan kakuatan seorang manusia yang bernama Osama bin Laden.
Hmm...maknanya AS tidaklah hebat...