Wednesday, April 18, 2012

Berat Mata Memandang...





Mungkin ada yang tidak tahu apa maksud "gelandangan", mungkin ada juga yang baru pertama kali mendengarnya.  Aku pernah dengar perkataan ni bila menonton sebuah filem inggeris dulu (lupa tajuk apa...)  rupanya golongan ini bersepah-sepah di Malaysia.  Mungkin kewujudan golongan ini sudah agak lama, cuma akhir-akhir ini kehadiran mereka seringkali mendapat perhatian media.  Itupun setelah ada pihak-pihak tertentu yang sudi menghulurkan bantuan serba sedikit kepada golongan ini.
Kenapa bergelandangan?
Kalau diberi pilihan, siapa yang ingin hidup tidak tentu arah seperti ini.  semua orang ingin hidup mewah, berselimutkan duit ringgit.  Tentunya masing-masing ada sejarah tersendiri, kenapa mereka memilih jalan hidup seperti itu, ataupun dipaksa hidup sebegitu, atau, atau, atau....sebab yang kita takkan tahu.
Sesungguhnya kita kadangkala alpa dan leka dengan nikmat kurniaan Allah.  Kadang-kadang juga kita tidak bersyukur atas kekurangan yang tidak seberapa yang Allah kurniakan. Kita lupa betapa ujian yang diterima tidaklah seberat mana berbanding mereka yang lebih hebat ujiannya. 


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu, jangan melihat orang yang tinggi daripada kamu, kerana dengan demikian kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah kepadamu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagaimana agaknya kehidupan seharian mereka?  Adakah normal seperti kita juga? Setiap hari bangun pagi, bersihkan diri, bersolat, bersarapan, berkerja, makan tengahari, sambung kerja, pulang kerja, makan malam, menonton tv...adakah mereka berkeluarga?
Hmm....mendekati golongan seperti ini, tidak ramai yang mahu melakukannya. Tengok keadaan fizikal kebanyakan daripada mereka pun sudah agak menakutkan. Kotor dan jijik!
Akhir2 ini golongan ini mendapat liputan yang agak meluas.  Sudah ada pihak-pihak yang sudi menggalas tanggungjawab sosial,membantu menyumbangkan makanan dan tempat tinggal kepada mereka.  Bukanlah nak menidakkan usaha murni mereka,tetapi bukankah usaha-usaha sebegini akan meramaikan dan menggalakkan lagi mereka untuk terus bergelandangan dan akan mengurangkan daya usaha mereka untuk berkerja sendiri?  Itu cuma pendapat aku. Kerana kebanyakan slot2 yang highlight golongan ini di tv, yang diberi makan percuma tu, dikurniakan Allah pancaindera yg sangat sempurna.  Kalau nak berkerjapun memang boleh sesangat.  Agaknya apa masalah mereka sampai tak ada rumah, atau tak berusaha cari rumah, atau apa sajalah yang menyebabkan mereka tidak berumah?
Malaysia ini negara yang sangat kaya.  Tak semestinya kena duduk di tengah bandaraya baru boleh hidup. Kalau sekiranya x boleh nak survive hidup di bandar, duduk saja di kampung. banyak pilihan yang ada. kos hidup pun tidak terlalu tinggi.
Pernah baca satu blog, golongan gelandangan ini majoritinya adalah 'mat pet', kaki botol dan terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat.  Jadi berbaloikah orang-orang seperti ini diberi makan percuma? Waahh....naik lemak laa...lain lah kalau yang dibantu itu makcik2 dan pakcik2 yang dah uzur, nak kerjapun x mampu. Itu memang wajar dipuji. Tapi kalau selainnya, maaflah..baik hentikan saja. 

Hadis : Berusaha Mencari Rezeki
 Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam." (Riwayat At-Tabrani)



Fikir-fikir dan renung-renungkanlah...

Monday, April 9, 2012

Oh Aaron Aziz...II

So sweet...
Berbaloi sungguh...
Bertuah badan...
Apa lagi aku nak terjemahkan ni yaa..memang Aaron Aziz layak dinobatkan Artis Paling Popular.  Siapa lagi nak menafikan kepopularitiannya sepanjang tahun lepas? Bermula dengan siri Nora Elena yang mencatat rating yang tinggi, berturut selepas itu filem KL Gangster yang mencatat kutipan RM12 juta, Ombak Rindu juga hampir mencatat jumlah kutipan yang sama - RM11 juta dan tidak ketinggalan pentas Istana Budaya yang membawa beribu2 penonton menyaksikan lakonannya dalam teater Badai Semalam. 
Aku berani kerat jari lah, kalau bukan kerana figura terkenal dari Kota Singa ini, naskah2 tersebut takkan mencapai kejayaan sebegitu rupa. Tiada siapa yang dapat menafikan...
Hmmm...tengok sajalah orang sebelah tu.ahaks...