Thursday, August 2, 2012

Dejavu Di Kinabalu...yang memang dejavu.


Hmm...berakhirlah lagi satu naskhah yang berjaya aku tonton dari awal sampai akhir.  Tak banyak cerita yang menarik perhatian aku petang2 ni kecuali Nora Elena. 
Normal lah, bila penghabisannya tak seperti yang diharapkan, maka adalah suara2 yang tidak berpuas hati dengan sebab2 yang macam2.  Yang direka2pun ada juga.  Yang patut dan yang tak sepatutnya.  Tapi kena terimalah kenyataan bahawasanya itu hanyalah sebuah cerita.  Suka hati director dialah nak buat ending macam manapun. 


Tapi memandangkan aku juga adalah antara orang-orang yang tak puas hati, maka terpaksalah jugak aku membebel kat sini.
1) Bazli taklah se gentleman manapun..lelaki budiman takkan membiarkan seorang wanita menjadi gila kerananya.  Dia tak bolehlah lepas tangan macam tu je semata2 sebab gefren lama nakkan dia balik.
2) Bazli dah buktikan yang dia memang anak derhaka sebab ingkar dengan kehendak ibunya yang tidak membenarkan dia berkahwin dengan Nadira.
3) Nadira tak sepatutnya membiarkan dia menjadi penyebab Bazli menjadi anak derhaka sedang dia tahu ibu Bazli membencinya dan mengharamkan mereka berkahwin.
4) Watak Nadira sangat menjengkelkan ~ hatinya berubah-ubah dan menyusahkan semua orang di sekelilingnya.  Pada aku, Nadira bukanlah seorang gadis yang tetap pendirian.  Dia macam lalang.  Memang patut Yuzra menengkingnya masa dia jatuh sakit tu.  Aku suka sangat part tu.ha ha..
5) Apa jadi dengan watak Uzma dan Tira?  Tergantung, xde ending...
6) Mak Inara sendiri tak pasti sama ada betul anaknya dermakan jantung pada Nadira.  Pastu tergantung camtu je..kusut betul.
7) Scene diorg bertembung kat airport tu, tiba2 jantung Nadira berdegup pulak bila tengok Ammar.  Hape la..aku tak paham langsung apa motif part tu.
8) Siapa pegang watak Inara tu?  Macam penah tengok, tapi xtau nama...
9) Dah susah payah si Bazli tu halang Ammar pegi London, sampaikan t'kejar2 dgn kereta, ingatkan nak suruh kawen dgn Nadira. Last2 dia jugak yg kawen? nak suruh Ammar jadi saksi akad nikah ke apa?

Tapi setakat komplen saja la..realitinya dah pun tamat.
Cakap banyakpun x guna!!
Adiosss...!!

Wednesday, August 1, 2012

Ramadhan: Signifikan Juadahnya...

Ramadhan datang lagi. 
Bagi sesetengah orang, bulan ini paling ditunggu2 untuk menambahkan pahala amal ibadat.  Bagi sesetengah orang pula, bulan inilah bulan untuk menambah pendapatan dengan berniaga macam2.
Hmm..aku? Bulan ni lah aku jumpa macam2 makanan yang kadang2 hanya boleh ditemui pada bulan yang mulia ini sahaja.
Sungguh signifikan makanan2 ini di bulan puasa..yum yum!

Hmm...inilah makanan paling glemer di bulan Ramadhan al-mubarak ini.

Aku tak tahu kat tempat lain.  Tapi kalau kat kampung aku, Asam Gumpal ni antara yang femes dan menyelerakan...

Ayam percik antara negeri2 ada yang berbeza.  Of course la aku suka Terengganu punya.he he..

Kenapa orang kata bubur lambuk Kg Baru sedap? Bukanlah nak menidakkan, tapi rasanya yang mak aku buat lagi sedap.peace!

Sedap sungguh murtabak ni kan?

 
Namanya "nekbak". Hanya orang Pantai Timur je yang kenal kuih ni. amat sinonim dengan bulan puasa. Ingat nekbak, ingat bulan puasa.

Onde2 a.k.a buah melaka ni memang feveret aku bulan2 puasa ni.

Bulan lain pun ada air tebu ni. tapi bila time bulan puasa je, lakunya melebih2..

Puteri Mandi.  Old time kuih...

Popia ni pun cukup glemer di bulan pose.  Walaupun bulan2 lain pun ada jual.