Friday, October 5, 2012
Adam dan Hawa: The return of him...
What can I say...he always like that. Back to break my heart.ha ha...LOL!
Bila aku beli novel Adam dan Hawa ni? Bila aku tahu dia yang jadi hero la. Takkan aku nak lepaskan peluang macam tu je. Walaupun kat rumah aku takde ASTRO, at least aku tau la apa kesahnyaa...
Hmm...nasib baik la dengan kecanggihan teknologi terkini ciptaan manusia yang kita panggil "internet" ni, maka dapatlah aku tonton walaupun agak lambat daripada orang lain.
Watak Adam Mukhriz digambarkan oleh penulisnya - Aisya Sofea sebagai seorang makhluk Allah yang tersangatlah tampan, kacak, hensem dan seumpama dengannya. Hidupnya sungguh sempurnya. Mempunyai kerjaya yang hebat, teman-teman wanita yang cantik jelita, keluarga yang bahagia dan segala-galanyalah... He's life is so perfect.
Kenapa dia membisu?
Kerana di ketika itu dia memikirkan betapa susahnya untuk mendapatkan Ain Hawani yang jinak-jinak merpati. Ain seperti tidak membalas perasaannya, jual mahal dan kadangkala sombong juga. Jadi, kesempatan ditangkap basah ini digunakan sepenuhnya Am untuk mendapatkan Ain. Ain tidak percayakan keikhlasannya memandangkan latar belakangnya yang digambarkan sebagai seorang kasanova. Am tahu dia terperangkap, cuma tak tahu angkara siapa. Dia juga tak ingin, tapi itu saja pilihan yang dia ada untuk menjadi suami Ain.
Wahai Ain Hawani, Adam Mukhriz Gillespie ini bukanlah jahat orangnya. Dia mungkin sedikit 'nakal'. Itu saja. He he..
Tapi kau juga tahu cemburu kan? Betul tak Ain?
Dia bukanlah seorang kasanova. Cuma mungkin caranya mencari cinta itu tidak kena masa dan orangya.
Dia bukan tidak sayangkan Am, cuma mungkin egonya terlalu tinggi. Itu saja. Dan keegoan itu telah mencabar hati Am dengan sesungguhnya. 8 tahun menanti bukanlah satu jangka masa yang singkat.
Kerasnya hati Ain Hawani akhirnya telah menumpahkan air mata Adam Mukhriz.
Endingnya memanglah seperti yang kita harap-harapkan. Cuma mungkin rantaiannya terlalu panjang untuk ditunggu - esok, esok dan esoknya juga...sehinggalah 80 hari.Hmm...
Tapi, wonder laa...agak-agak kalau orang lain yang pegang watak Adam Mukhriz ni, boleh meletup ke tak? Isy...kejam sungguh soalan.ha ha...
Selamat Menonton wahai Aaronators!
Subscribe to:
Posts (Atom)