Salam Semua
Lama tak menjengah blog ni. Macam tak ada cerita plak nak share. Akhir2 ni banyak memerhati dari jauh perkembangan dunia yang macam2 pulak terjadi sekarang ni.
Hmmm....apa ya, Adam dan Hawa pon dah abes. Sambung lagi dengan drama Sehangat Asmara. Rasanya aku tak mengikut sangat la. Tak terkejar-kejar sangat.
Balik pada tajuk - sebenarnya dah lama aku terfikirkan benda ni. Tak tahulah kenapa ya...on demand atau produser2 kita dah tak ada modal lain ke, entahlah...tapi dah jadi macam trend. Kalau tak silap aku cerita2 hantu/ tahyul macam ni pernah diharamkan satu masa dulu. tapi Pontianak Harum Sundal Malam dah memecahkan pengharaman tersebut. Bermula daripada itu, dah macam2 jenis hantu la pulak yang keluar kat panggung - kat tv apa lagi...
Dari sudut hiburan, mungkin boleh diterima. Tapi kalau dari segi logik akal, benda ni semua sebenarnya mengarut!!
Benar, ada di antara kita semua yang pernah mengalami gangguan. Hatta aku sendiripun. Walaupun aku tak pernah nampak dengan mata kasar makhluk yang mengganggu itu. Tetapi pengkarya2 ini sungguh kreatif merekacipta rupabentuk hantu2 ini. Mana diorg tahu hantu tu rupa macam tu yaa...asal hantu je, rambut kena panjang, kuku panjang, tinggi macam galah, bijik mata merah menyala...agaknya diorg ni sumer pernah jumpa hantu2 tu sumer. Okaylah fine, kalau benda tu ada, perlu ke korang nak menakut2kan orang lain pulak? Rasanya tak perlulah.
Hmm...sorry to say la..kadang2 benda yang tujuannya untuk berlawak tapi nampak bodoh.
Ni laa rupa hantu yang paling glemer setakat ni. Ciptaan Mamat Khalid ini sebenarnya lebih banyak menyindir. Ramai yang tak faham agaknya. Ataupun malas nak fikir.
Begitu juga kejadian di alam realiti. Lambakan berbagai jenis buku, majalah cerita hantu ni dah makin berleluasa. Masalahnya bila di tag benda tu jadi "kisah benar", memang la orang percaya. Di blog2 pun begitu juga. Walaupun ada sesetengahnya yang tak logik. Contohnya macam cerita kereta kuning di highway karak tu. Dah lama aku dengar cerita ni. Tapi tak tahulah betul ke tidak. Bendanya mungkin tak ada tapi yang ada tu adalah gangguan syaitan. Maka kita akan nampak benda tu.ada kat depan mata. Ada orang pernah cakap kat aku la camtu.
Hmm...cerita yang aku pernah baca kat blog ni memang kelakar dan buat aku terfikir. Tak payahlah aku nak cerita satu2 kisahnya. Cuma dari segi penceritaannya sangat la detail. Siap bagitau berenti kat mana, pergi sungai, jumpa hantu - mati, si isteri dengan anak2 pulak kena kacau dengan hantu, bla bla bla...last2 semua mati. Korang nampak tak? Kalau dah semuanya mati, siapa yang bercerita tu? Mana pulak dia tahu cerita tu sumer? Nonsense laa....
Ini la kononya kereta kuning di Hiway Karak tu - kalau lalu area Bentong tu watch out la yee...
So, end of the story ~ tepuk dada tanya selera. Kita dah terlalu banyak dimomokkan dengan benda2 tahyul a.k.a mengarut hingga kita tak boleh nak bezakan yang mana satu realiti yang mana satu fantasi. Kalau dah sampai terbawa2 ke alam nyata, rasanya eloklah hentikan semua. Kita tak mampu nak hentikan mereka dari berkarya - tapi kita mampu hentikan minda kita dari terus terpengaruh dengan semua kekarutan ini.
Wallahua'lam.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda : “Tidak ada penularan, tidak ada mayat gentayangan yang menjadi hantu kuburan, tidak ada binatang tetentu muncul yang menyebabkan hujan, dan tidak ada tabu di bulan Safar”(Hadis Riwayat Imam Muslim)