Baru kini mereka diingati, baru kini mereka dikenangi.
Peristiwa Lahad Datu membuka hati banyak manusia untuk mengenang dan mungkin baharu sahaja mengetahui betapa besarnya jasa perajurit negara. Dan ada pula yang baharu tahu apa itu komando, apa tugas VAT 69.
Hakikatnya, masih banyak yang kita tak tahu tentang mereka.
Berterima kasihlah Malaysia, mereka berkorban untuk kita...
Nama tempatnya adalah Muzium Tentera Darat Port Dickson. Lokasinya sangat hampir dengan Pantai Port Dickson. Bila lagi nak pergi kan? Bukan selalupun pegi PD, walaupun tempatnya tak jauh daripada KLpun.
Tiada tiket masuk. Semuanya percuma saja. Cuma mungkin time aku yang tak kena. Tengah hari, tengah panehhh.....!
Apa nama benda nipun tak tahu. Tapi rasa2nya meriam kott...
Dari luar mungkin biasa kita tengok. Tapi inilah bahagian dalaman kereta kebal. Macam mana mereka duduk ya?
Ini di bahagian luarnya. Kenderaan tentera ni, kalau sekali tengok, memang pelik rupanya...
Harimau lambang kegagahan askar Melayu!
Gambar Latihan Baret ini diambil sebelum perang dunia kedua! Macam mana agaknya diorang ambik gambar ya?
Ini yang paling menarik perhatian aku. Sebab hanya namanya yang selalu terdendang sebagai wira.
Botol air ni digunakan semasa Perang Dunia Kedua.
Pakaian tentera British zaman dahulu.
Inilah mesin pencetak zaman dulu. Kalau zaman moden lagi canggih ni, tentu namanya printer, ya tak?
Kipas meja pegawai tentera British.
Gambar semasa Perjanjian Pangkor, antara Raja Abdullah dan pegawai British.
Mat Salleh - Pahlawan Sabah
Tok Janggut - Pahlawan Kelantan
Datok Bahaman - Pahlawan Pahang
Pahlawan Sarawak - Rentap
Agaknya inilah motor peronda polis zaman dulu.
Deretan kereta kebal ini mungkin nampak sama, tapi rasanya fungsi kesemuanya berbeza.
Kedatangan pengunjung disambut dengan kapal terbang besar ni!
Tak sempat nak naik jambatan gantung sebab tengah melayan si kecik Wafiy. Teringin jugak nak naik...
Tak tahu apa namanya, sebab tak ada sign.
Gambar kenangan 2 orang budak dan seorang yang macam budak2.
Tempat tidur askar. kott...
Penjara bawah tanah. Tapi tak boleh masuk.
Kapal perang semasa Kesultanan Melayu Melaka.