Monday, July 11, 2011

Melayu Mudah Lupa!!



Ramai yang ambil mudah, ramai yang pandang enteng, ramai yang ketawa berdekah2...tapi sebagai seorang rakyat Malaysia, aku tak malu mengatakan yang walaupun zahirnya aku mungkin kelihatan ala2 biasa, tapi jiwa aku cukup patriotik. Jangan bercakap tentang politik, kalau engkau tak tahu sejarah. Tak perlu juga engkau bercerita tentang reformasi kalau juga engkau tak tahu sejarah.

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...

Nukilan: Tun Dr Mahathir Mohamad 2001

No comments:

Post a Comment