Thursday, September 29, 2011

Anak Dara Menteri 3

Dah lama aku tak beli novel.  Singgah di MPH last 2 weeks aku tergerak hati nk beli sebijik.  aku sebenarnya nak cari novel Fauziah Ashari.  Tapi xde yg baru, cuma ada 1 novel Ombak Rindu.  Terfikir pulak aku, Fauziah Ashari dah tak menulis ke?

Maka terbelilah aku novel Anak Dara Menteri 3 ni.  Macam novel Madu Impian yang pernah aku baca dulu, karya Matt Romeo memang tak lari dari ulasan/ flashback yang agak meleret dan kisah2 romantis dan intimnya.paham2 la yer...tapi tulisan Matt Romeo agak kelakar membuatkan aku tertarik hati nak membelinya.

Tapi selama 2 minggu ni, aku baru jer sempat baca x sampai suku buku. Entahlah, cepat sgt mengantuk sekarang.aku akan berusaha untuk menghabiskannya secepat mungkin kerana tiba2 aku terasa nak beli buku lain pulak. ha ha...adios!!

Tuesday, September 27, 2011

Preview Jiwa dan Lara Episod 6

He's back..for Jiwa & Lara

Tajuk drama ni "Jiwa dan Lara" ~ kisah ini sepatutnya bertumpu pada tajuknya.  Jiwa (Fauzi Nawawi) dan Lara (Neelofa).  Rasanya barulah kena dengan tajuknya.  Apa lagi mereka juga sepatutnya menjadi hero dan heroin.

Watak Zaman hanyalah sebagai antagonis yang mengkucar-kacirkan hidup semua orang di sekelilingnya.  Tetapi oleh kerana watak ini dilakonkan oleh seorang superstar seperti Aaron Aziz, maka watak antagonis ini pula yang didulukan pada credit title nya.  Waaahhh...hebat betul kalau dah namanya Aaron Aziz kan?



Nora Elena dulu juga sepatutnya begitu.  Namanya tetap di depan.  Kalau tak, baik buat tajuknya Seth Tan aje..he he...

Kerana dia la jugak aku sanggup tunggu tersengguk2 sampai pukul 10.30 malam.  Kalau x, jangan harap la..tidur lg bagus.

Aku cuma tertarik dengan transformasi hidup Zaman yang berubah daripada seorang perompak koboi kepada skop yang lebih besar iaitu menguasai sebuah ladang dengan cara yang sungguh halus. Aku nak tunggu macam mana dia akan mengecewakan Lara dan mempergunakan Marini sebagai anak Tuan Fakir.

Pengakhiran kisah ini mungkin tak akan menyebelahi Zaman kerana pada hemat aku, Jiwa akan bangkit kembali menuntut haknya.  Biasalah, kebaikan akan menang akhirnya.  Tapi itu lambat lagi, dan banyak lagi helah yang bertumpu di jiwa Zaman, dan kalau ia menjadi, agak menyeronokkan juga...

Baru sedikit kisahnya, aku akan ceritakan lagi...

Wednesday, September 14, 2011

Apa yang kita makan? : Halal vs. Haram






Hmm...rasanya semua kenal dengan nasik lemak. semua orang pernah makan. Yang aku nak cerita ni bkn pasal nasik lemak jer. ada perkara lain di sebaliknya...


Ni contoh makanan segera yang telah siap berbungkus.  sesuai untuk golongan2 yang sibuk, x sempat masak, x sempat singgah kedai makan dsb...

Apa kaitan pulak dengan nasik lemak? Haa..ada sesuatu yang memusykilkan aku sekarang ni...




Akhir2 ni banyak pulak aku terima sms/ email pasal sesetengah produk yang diharamkan oleh JAKIM. tanpa mengesahkan sama ada makanan2/ restoran ini benar2 diharamkan oleh JAKIM atau sebaliknya.  tiap kali aku terima berita pasal benda2 ni semua, aku x terus percaya melainkan ada pengesahan atau penafian dari pihak JAKIM sendiri. itupun kalau mereka membuat press statement ataupun secara lisan di tv atau radio. sbbnya kalau melalui sumber2 lain,aku susah nak percaya. zaman sekarang ni, semua benda senang dipalsukan.

Antara nasi lemak dan makanan segera ~ kadang2 aku hairan dengan pemikiran sesetengah orang2 kita yang terlalu taksub bahawasanya setiap makanan yang di'packing' cantik2 ala2 barat, mesti diragui kehalalannya. tapi kalau nasik lemak, nasik dagang, mee goreng yang jual kt tepi jalan (yg kita xtau pun sama ada betul atau x makcik yg jual tu yg memasaknya), tiap2 hari beli pun xpe....

Nak pk macam mana lagi pun x tau. bagi aku, kalau kita yakin makanan tu halal,xde masalah. ni x, kalau dh selalu sgt di propa dengan cerita2 x baik, kita pun akan terpengaruh juga.

Wallahua'lam...

Tuesday, September 13, 2011

http://www.churpchurp.com/najwa09/share/churpchurp-invite

Kerana Dia

Dah lama tak update blog.baru lepas seksa pening2 lalat...tetiba jer xde idea nk tulis apa.tp xpelah, sikit2 aku try asah balik kepala.
banyak senario x berapa baik berlaku sejak akhir2 ni.sama ada pd diri aku sendiri, pada org sekeliling hatta di Malaysia sekalipun. sampaikan apa yang ada dalam kepala aku pun,aku x blh nk kenalpasti.he he..
malam tadi aku mimpi dia lagi. mmg seronok.tgh2 kepala aku berserabut ni,tetiba dia muncul dan menyejukkan hati aku,walaupun dalam mimpi,cukuplah...itu dah mampu buat aku tersenyum.
nt aku cerita lg.
adiosss....