Tajuk drama ni "Jiwa dan Lara" ~ kisah ini sepatutnya bertumpu pada tajuknya. Jiwa (Fauzi Nawawi) dan Lara (Neelofa). Rasanya barulah kena dengan tajuknya. Apa lagi mereka juga sepatutnya menjadi hero dan heroin.
Watak Zaman hanyalah sebagai antagonis yang mengkucar-kacirkan hidup semua orang di sekelilingnya. Tetapi oleh kerana watak ini dilakonkan oleh seorang superstar seperti Aaron Aziz, maka watak antagonis ini pula yang didulukan pada credit title nya. Waaahhh...hebat betul kalau dah namanya Aaron Aziz kan?
Nora Elena dulu juga sepatutnya begitu. Namanya tetap di depan. Kalau tak, baik buat tajuknya Seth Tan aje..he he...
Kerana dia la jugak aku sanggup tunggu tersengguk2 sampai pukul 10.30 malam. Kalau x, jangan harap la..tidur lg bagus.
Aku cuma tertarik dengan transformasi hidup Zaman yang berubah daripada seorang perompak koboi kepada skop yang lebih besar iaitu menguasai sebuah ladang dengan cara yang sungguh halus. Aku nak tunggu macam mana dia akan mengecewakan Lara dan mempergunakan Marini sebagai anak Tuan Fakir.
Pengakhiran kisah ini mungkin tak akan menyebelahi Zaman kerana pada hemat aku, Jiwa akan bangkit kembali menuntut haknya. Biasalah, kebaikan akan menang akhirnya. Tapi itu lambat lagi, dan banyak lagi helah yang bertumpu di jiwa Zaman, dan kalau ia menjadi, agak menyeronokkan juga...
Baru sedikit kisahnya, aku akan ceritakan lagi...
No comments:
Post a Comment