A special thanks to Mr. Hubby sbb belikan tiket filem Ombak Rindu, yg aku anggap sebagai birthday present. Teruja sungguh bila tengok sekeping tiket tu, blm lagi masuk panggung.he he..
Macam2 yang aku dengar tentang filem ni sebelum aku menontonnya. memang, aku tak nafikan sebab utama aku masuk panggung dlm keadaan x berapa nak normal ni sbb Aaron Aziz dan sebab keduanya aku nak tahu mcm mana Osman Ali memendekkan novel yang beberapa ratus muka surat tu kepada 2 jam saja.
Dari babak ke babak, macam2 yang aku fikirkan...mungkin kepala aku dah terpengaruh sangat dengan novel yang panjang tu, jadi aku rasa jalan ceritanya terlalu pendek. tapi aku tak nafikan yang filem ni memang best dan boleh buat orang sedih. (orang?ha ha...aku la tu!).
Banyak sangat yang dipendekkan, ramai juga watak yang ditiadakan. watak yang ditiadakan itu pada aku,tak menjejaskan jalan cerita. begitu juga dengan jalan cerita. tapi aku sedikit terkilan dengan satu babak dalam novel yang aku cukup suka iaitu bila mana Hariz memberi hadiah kepada Izzah sempena hari ulangtahun perkahwinan mereka. pada aku babak itu sepatutnya ada kerana itulah yang menunjukkan betapa sayangnya Hariz kepada Izzah walaupun dalam keadaan dia menyeksa zahir batin Izzah dan betapa Izzah terharu yang suami yang mengahwininya dalam terpaksa, mengingati tarikh perkahwinan mereka.ternyata Hariz tidak sekejam yang disangkanya.
Begitu juga watak isteri Pakcik Taha yang sepatutnya kejam seperti suaminya juga, tiba2 'disakitkan' pula.tapi tidaklah sampai menjejaskan jalan cerita kerana wataknya pun tidaklah sebesar mana.
Sepatutnya juga Comel - kucing kesayangan Izzah itu dihadiahkan oleh Hariz, bukan dikutipkan di perhentian bas. tapi itu juga tak mengapalah, boleh dimaafkan...
Ekspresi wajah Maya Karin memang menyedihkan, apa lagi ditambah dengan lagu nyanyian Adira dan Hafiz yang mendayu2 tu,lagi la bertambah2 sayu aku menontonnya. Begitu juga dengan Aaron Aziz, banyaknya dia menangis untuk filem ni. Tak sangka plak dia boleh menangis mcm tu...isk..isk...
Sehinggalah tamat filem ni - aku perhatikan keadaan panggung yang penuh, tak ada 1 seat pun yang kosong, bagi yang sudah membaca novelnya,mungkin berminat untuk mengenali watak2 ciptaan Fauziah Ashari ini di layar, kerana itulah mereka datang dan bagi yang belum membacanya, aku tertanya2, atas dasar apakah mereka datang menonton filem bergenre drama ini? Kalaulah bukan Aaron Aziz yang memegang watak Hariz, dan ditukar pada orang lain, agaknya adakah tiketnya akan sold out?entahlah...
Overall, aku sangat2 berpuas hati dan rasa ingin menontonnya sekali lagi, dan lagi dan lagi....
Adios!
No comments:
Post a Comment