Thursday, July 5, 2012

Be Yourself...


Bukan senang nak menulis..
Jangan juga terikut-ikut dengan gaya penulisan orang lain.  Fikiran dan idea kita berbeza.  Penilaian pembaca juga berbeza. Tulislah apa yang terlintas di fikiran kita sendiri.
Jangan sesekali mencuba cara orang lain kerana ia akan menjadikan kita penat.  Berjalanlah di laluan kita sendiri. Walaupun mungkin ada orang lain yang kurang suka, tidak senang dengannya tapi apa yang terbit dari fikiran kita sebenarnya itulah kita.
Cubalah tiru gaya orang lain, kejarlah..dan kamu akan berasa kepenatannya kerana ianya bukan diri kita.  Terpulanglah kepada orang lain, kalau tidak berkenan atau merasa tulisan kita ini tidak menarik, kita tak perlu berubah hanya kerana itu.
Perjalanan hidup kita berbeza, pengalaman juga berbeza.  Baik buruk hidup mereka, kaya miskin kehidupan kita, pasti ada sesuatu di antara kita yang boleh dikongsikan.
Gaya penulisan yang lucu, straight forward, sedih, yang biasa atau yang tergedik2..terpulanglah.
Just be yourself!

No comments:

Post a Comment