Wednesday, December 1, 2010

Natrah...apa kisahnya? Part 1

Sebelum ini aku tidak pernah ambil peduli tentang teater.teater bagi aku membosankan.apa lagi dengan gaya penceritaan yang meleret2 dan dengan bahasa yang amat panjang dan susah untuk difahami.
ketika pementasan Teater Natrah musim pertama dulupun, aku tidak juga ambil kisah. tetapi entah kenapa,tiba2 aku tersangat teringin untuk menonton Teater Natrah musim kedua ini.kenapa? ketika aku menonton satu siaran berita yang memaparkan klip2 daripada Teater Natrah 2,tiba2 hati terdetik - hebatnya cerita ini. menonton ekspresi wajah maya karin dan umie aida sebagai che aminah sajapun cukup membuat bulu romaku meremang.tidak pernah berlaku pula sebelum ini. (walaupun tak ditunjukkan watak Dr. Burhanuddin Helmy yang dilakonkan oleh Aaron Aziz ~ hero kesayangan aku tu, ahaks..)
aku tiba-tiba menjadi seorang pengkaji kisah. habis semua sumber aku carikan maklumat tentang natrah. (dan Dr. Burhanuddin Helmy juga..ha ha..)
apa yang aku akan kisahkan nanti bukanlah fakta sejarah yang aku reka sendiri.aku cuma menulis berdasarkan apa yang aku baca dan mungkin ada sedikit pendapat aku tentang kisah ini. walaupun tidak panjang dan mungkin bukan juga secara terperinci,tetapi cukuplah untuk aku tahu apa yang telah terjadi sebenarnya...

No comments:

Post a Comment