Sunday, January 30, 2011

Kampungku Sayang...






saya seorang perantau..mencari rezeki di tempat orang. cewaaahhh...
saya dah biasa di tempat yang sibuk. orang ramai, kepala sesak, traffic jam, jalan bersimpang siur...
dulu saya suka balik kampung sebab kampung saya dulu belum se maju hari ini. tapi saya suka kampung saya yg dulu.  kampung saya dulu tak banyak kereta, jalan pun tak banyak, lurus dan tak banyak simpang, bangunan pun tak banyak. pendek kata, sebagai sebuah negeri yang belum maju sepenuhnya, terengganu keseluruhannya boleh dikatakan umpama 'sebuah kampung' bagi saya.
dulu, bila saya pulang ke kampung, saya dapat rasakan perbezaan dengan tempat yang saya huni sekarang. tenang dan damai, tak sesak walaupun di tengah2 bandar.
tapi apa perancangan seterusnya di sana, saya kurang pasti dan kurang tahu pula. mungkin mereka yang lebih arif, tahu apa perancangan untuk menjadikan terengganu sebuah negeri maju dan kini sudah bertaraf bandaraya.
namun begitu, maaflah...jauh di sudut hati saya, saya lebih suka dan rindukan terengganu yang dulu.  terengganu yang pernah menjadi tempat saya mencari rezeki, tempat saya membesar. kini, bila saya pulang, terengganu sudah banyak berubah. mungkin dari satu sudut, banyak manfaat untuk semua rakyat di sana. tapi entahlah...saya sudah tak dapat rasakan perasaan 'balik kampung' dan aura 'kekampungan' yang ada di sana. tidak lagi. saya rasa sedikit kecewa. terengganu juga sudah menjadi sama sibuknya seperti di sini juga. lalu mana 'kampung' nya untuk saya tuju lagi?



Monday, January 24, 2011

bila hati dah penat...

bukan propa, bukan juga mengadakan cerita. jauh sekali meraih simpati.tapi bila hati dah penat, jiwapun rasa letih. rasa nak lepaskan apa saja yang ada di depan mata.kata orang penat badan boleh diubat, paling tidakpun kalau terlena sekejapan, tubuh akan kembali bertenaga. tapi bila hati dan perasaan yang letih, ke mana nak dihala diri?
tolonglah...

Tuesday, January 11, 2011

Ombak Rindu lagi...

I'm wating...

Rindu Cintaku yg ku tahu...

Episod ke 3 ini menambahkan watak2 yang dulunya baik menjadi kurang baik.  Hazirah, seorang adik yang sangat disayangi Hariz tiba2 menjadi seorang yang sangat ego.  Begitu juga Elin, yang dulunya seorang yg lemah lembut dan baik hatinya tiba2 menjadi seorang yang busuk hati dan penuh niat jahat semata2 kerana cintanya kepada Hariz. 
watak yang 'dijahatkan' ini seperti terlalu drastik dan 'kejahatan' yang mereka lakukan kepada Hariz bukan sedikit dan bukan calang2.
tapi yang aku tak puas hati kenapa penyesalan Hazirah terlalu ringkas hinggakan seperti Hariz tidak mengetahuinya langsung. hanya setakat itu. sedang kesalahannya kepada Hariz terlalu besar. 
kenapa aku rasakan yang keseluruhan trilogi novel ini berkisar tentang hidup Hariz dan bukan Izzah?  Kisah siapakah ini? Hariz atau Izzah?
Hariz sungguh berwalang hati.  sudahlah dirinya dianiaya, isteri pula merajuk rasa. pun digagahkan hatinya untuk tidak membuat si isteri terluka.  tapi sekuat manakah jiwa seorang lelaki jika ujiannya bertimpa2? kadangkala tewas juga. Izzah terus-terusan sahaja menghukum Hariz.
hmm..aku ni dah lebih2 ke? ha ha..xpelah. aku suka sangat cerita ni.

Monday, January 10, 2011

Bahana Sang Ombak Rindu





Novel2 ni dah buat aku jadi macam tak betul.apa hebatnya buku2 ni? tak dapat pula aku nak jawab.tabik spring aku kat fauziah ashari.walau mungkin ada yang kata aku dah gila, apa salahnya, sekali-sekala jika aku beralih subjek pada karya2 ini untuk melupakan walang di hati? sekurang-kurangnya aku boleh tersenyum.
Inilah sebenarnya yang aku suka. aku sudahpun menjumpainya. tapi masaku dikekang dengan sangat hebat. untuk mencurah rasa, meluah ilham, tidak mudah rupanya. kadang2 ia datang sewaktu yang tidak sepatutnya. ketika itu juga hati membentak.
OMBAK RINDU membawa aku ke alam lain.  jangan kata aku tak betul dan mengikut emosi kerana kadang2 apa yang tiba-tiba hadir dalam fikiran kita, memang tak kita duga. tapi itulah yang selalu menari-nari dan berentak rancak dalam kepala. meneroka watak HARIZ ~ satu watak yang cukup lengkap. marah, benci, sukar diduga, ego, jahat, kurang sabar dan sangat romantik juga. kesabarannya benar2 teruji dalam CINTA TIADA AKHIRNYA dan dugaannya maha hebat dalam RINDU CINTAKU. betapa mahakarya cintanya pada IZZAH terlalu agung untuk dinilai. IZZAH yang dibeli, dibentak, dimaki, dipukul dan disayang pula. seperti dongeng cinderella, cinta HARIZ pada IZZAH memang tidak terbanding. bagaimana wajah IZZAH? bagaimana pula rupa HARIZ? bagaimana aku dapat membayangkannya?  entah, kurnia yang tak tersangka.
akhirnya kisah cinta HARIZ kepada IZZAH di RINDU CINTAKU.  tapi kenapa seperti tidak terungkai?
cinta IZZAH tidak seteguh cinta HARIZ. cinta IZZAH mudah goyah dan penuh prasangka. IZZAH terlalu banyak menguji cinta dan kesetiaan HARIZ.
sepertinya HARIZ yang terlalu banyak memberi dan IZZAH terlalu banyak pula menerima.  apa pula balasan cinta IZZAH kepada HARIZ?CINTA TIADA AKHIRNYA dan RINDU CINTAKU menjadikan IZZAH seorang perajuk dan pendesak sedang HARIZ terusan saja menerima ujian yang amat hebat.
ujian2 itu terus menjadikan cinta IZZAH pada HARIZ tidak kuat. hatinya sering berbelah bagi. meninggalkan HARIZ pada saat dia tahu HARIZ diduga dengan kuat, melemahkan lagi kekuatan cintanya pada HARIZ. seperti HARIZ pula yang selalu meminta2 padanya. sedang dia tahu kekuatan jiwa HARIZ tidaklah setara mana, selayaknyalah dia berada di sisi HARIZ dan bukan selalu merajuk dan merajuk...
bermain dengan watak2nya membuatkan aku seperti di awangan.
kenapa di pengakhirannya HARIZ juga yang merayu IZZAH? tiada rasa bersalahkah IZZAH pada HARIZ? tetap juga HARIZ yang memujuk sedang yang meninggalkannya adalah IZZAH. sepertinya IZZAH terlalu ingin dipujuk rayu oleh HARIZ.
trilogi ini membawa terlalu banyak ujian dan dugaan untuk HARIZ. sedang dugaan untuk IZZAH tidak tergambar walaupun pada CINTA TIADA AKHIRNYA, IZZAH di'hilang'kan ingatannya, tetapi yang menanggung sengsaranya adalah HARIZ juga. dugaan IZZAH hanyalah pada permulaan OMBAK RINDU dan yang lain2nya hanya tempias dugaan untuk HARIZ yang terkena padanya.
gambar2 ini membuat aku geram, sakit hati, keliru dan kadangkala kepala ini bagai berputar seperti jarum jam ke angka 12.
aku akan ceritakan lagi, kerana OMBAK RINDU padaku, ceritanya takkan pernah habis...

Cakap2 AJL 25..Si Pahat Yang Bising!

Agaknya memang dah jadi rutin tahunan, kalau ada sebarang anugerah, akan adalah cakap2 yang tak puas hati dengan keputusan juri.apa kata kalau anda jadi juri? nak tak?
Memanglah kalau dah fanatik sangat kat penyanyi tu,kalau dia tak menang,memanglah tak puas hati.tapi sebab dah minat sangat,matapun dah jadi kelabu agaknya.apa kata lepas ni buat pertandingan untuk artis-artis yang veteran pulak, tengok ada tak yang tak puas hati.
banyak kriteria untuk dinilai oleh juri bagi mencari kekuatan sesuatu lagu.bukan sebab dia nyanyi sebijik macam dalam CD je.janganlah jadi buta.
akan tetapi ada beberapa yg aku nak komen (komen suka2 je,xde la sampai buat account kat facebook sbb x suka ana raffali menang ~ kelakar dowh..cam budak2).
pertamanya Shahir ~ aku rasa elok je kalau dia one man show mlm tu, lbh kurang cam konsert AF dulu.x perlu nak ada extra sbb macam x relevan.aku suka lagu ni sebenarnya.tp nape shahir nampak longlai x b'tenaga je malam tu?
keduanya stacy ~ masih lg konsep yang sama. tak ada yg menarik.
yuna - pun biasa2 jugak. sama je mcm show yuna sebelum nih walaupun suaranya sebijik macam dalam CD.
adira ~ nape suara dia jadi besor?
tomok ~ err..err...entah.
bunkface ~ good. ada sound slow dlm muziknya.menarik.
hujan ~ entahlah...
faizal tahir ~ spt selalunya.persembahan faizal tahir mmg all out!
A.P.I ~ mula2 aku tgk noh hujan,ingatkan dia kena demam campak.wakakaa..rupanya dia tengah berperang.
yg lain2 tu okaylah.memang gempak.
cuma mungkin akan datang ubah sikit konsep pengacaraan, asyik2 buat drama
faizal ismail dan ally iskandar bergaduh. quite bored tp thumbs up to faizal
sebab kekelakarannya memang selamba!
chow!

Sunday, January 2, 2011




aku dan dia

sekurang2nya aku ada dia
ketika kamu sedang dalam amarah
sekurang2nya aku ada wajahnya
ketika kamu menggolakku dalam kegilaan
sekurang2nya aku dapat bayangkan senyumannya
ketika kamu membingitkan telingaku dengan ayat nista
sekurang2nya aku ada dia...