Monday, January 10, 2011
Bahana Sang Ombak Rindu
Novel2 ni dah buat aku jadi macam tak betul.apa hebatnya buku2 ni? tak dapat pula aku nak jawab.tabik spring aku kat fauziah ashari.walau mungkin ada yang kata aku dah gila, apa salahnya, sekali-sekala jika aku beralih subjek pada karya2 ini untuk melupakan walang di hati? sekurang-kurangnya aku boleh tersenyum.
Inilah sebenarnya yang aku suka. aku sudahpun menjumpainya. tapi masaku dikekang dengan sangat hebat. untuk mencurah rasa, meluah ilham, tidak mudah rupanya. kadang2 ia datang sewaktu yang tidak sepatutnya. ketika itu juga hati membentak.
OMBAK RINDU membawa aku ke alam lain. jangan kata aku tak betul dan mengikut emosi kerana kadang2 apa yang tiba-tiba hadir dalam fikiran kita, memang tak kita duga. tapi itulah yang selalu menari-nari dan berentak rancak dalam kepala. meneroka watak HARIZ ~ satu watak yang cukup lengkap. marah, benci, sukar diduga, ego, jahat, kurang sabar dan sangat romantik juga. kesabarannya benar2 teruji dalam CINTA TIADA AKHIRNYA dan dugaannya maha hebat dalam RINDU CINTAKU. betapa mahakarya cintanya pada IZZAH terlalu agung untuk dinilai. IZZAH yang dibeli, dibentak, dimaki, dipukul dan disayang pula. seperti dongeng cinderella, cinta HARIZ pada IZZAH memang tidak terbanding. bagaimana wajah IZZAH? bagaimana pula rupa HARIZ? bagaimana aku dapat membayangkannya? entah, kurnia yang tak tersangka.
akhirnya kisah cinta HARIZ kepada IZZAH di RINDU CINTAKU. tapi kenapa seperti tidak terungkai?
cinta IZZAH tidak seteguh cinta HARIZ. cinta IZZAH mudah goyah dan penuh prasangka. IZZAH terlalu banyak menguji cinta dan kesetiaan HARIZ.
sepertinya HARIZ yang terlalu banyak memberi dan IZZAH terlalu banyak pula menerima. apa pula balasan cinta IZZAH kepada HARIZ?CINTA TIADA AKHIRNYA dan RINDU CINTAKU menjadikan IZZAH seorang perajuk dan pendesak sedang HARIZ terusan saja menerima ujian yang amat hebat.
ujian2 itu terus menjadikan cinta IZZAH pada HARIZ tidak kuat. hatinya sering berbelah bagi. meninggalkan HARIZ pada saat dia tahu HARIZ diduga dengan kuat, melemahkan lagi kekuatan cintanya pada HARIZ. seperti HARIZ pula yang selalu meminta2 padanya. sedang dia tahu kekuatan jiwa HARIZ tidaklah setara mana, selayaknyalah dia berada di sisi HARIZ dan bukan selalu merajuk dan merajuk...
bermain dengan watak2nya membuatkan aku seperti di awangan.
kenapa di pengakhirannya HARIZ juga yang merayu IZZAH? tiada rasa bersalahkah IZZAH pada HARIZ? tetap juga HARIZ yang memujuk sedang yang meninggalkannya adalah IZZAH. sepertinya IZZAH terlalu ingin dipujuk rayu oleh HARIZ.
trilogi ini membawa terlalu banyak ujian dan dugaan untuk HARIZ. sedang dugaan untuk IZZAH tidak tergambar walaupun pada CINTA TIADA AKHIRNYA, IZZAH di'hilang'kan ingatannya, tetapi yang menanggung sengsaranya adalah HARIZ juga. dugaan IZZAH hanyalah pada permulaan OMBAK RINDU dan yang lain2nya hanya tempias dugaan untuk HARIZ yang terkena padanya.
gambar2 ini membuat aku geram, sakit hati, keliru dan kadangkala kepala ini bagai berputar seperti jarum jam ke angka 12.
aku akan ceritakan lagi, kerana OMBAK RINDU padaku, ceritanya takkan pernah habis...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment