Tuesday, January 11, 2011

Rindu Cintaku yg ku tahu...

Episod ke 3 ini menambahkan watak2 yang dulunya baik menjadi kurang baik.  Hazirah, seorang adik yang sangat disayangi Hariz tiba2 menjadi seorang yang sangat ego.  Begitu juga Elin, yang dulunya seorang yg lemah lembut dan baik hatinya tiba2 menjadi seorang yang busuk hati dan penuh niat jahat semata2 kerana cintanya kepada Hariz. 
watak yang 'dijahatkan' ini seperti terlalu drastik dan 'kejahatan' yang mereka lakukan kepada Hariz bukan sedikit dan bukan calang2.
tapi yang aku tak puas hati kenapa penyesalan Hazirah terlalu ringkas hinggakan seperti Hariz tidak mengetahuinya langsung. hanya setakat itu. sedang kesalahannya kepada Hariz terlalu besar. 
kenapa aku rasakan yang keseluruhan trilogi novel ini berkisar tentang hidup Hariz dan bukan Izzah?  Kisah siapakah ini? Hariz atau Izzah?
Hariz sungguh berwalang hati.  sudahlah dirinya dianiaya, isteri pula merajuk rasa. pun digagahkan hatinya untuk tidak membuat si isteri terluka.  tapi sekuat manakah jiwa seorang lelaki jika ujiannya bertimpa2? kadangkala tewas juga. Izzah terus-terusan sahaja menghukum Hariz.
hmm..aku ni dah lebih2 ke? ha ha..xpelah. aku suka sangat cerita ni.

No comments:

Post a Comment