Kenapa aku letak gambar dia? Entah, x boleh nak explain. tiba2 akhir2 ini aku rasa bosan. aku sudah sedia bosan dengan alam nyata dan dunia sekeliling. sekarang ni pun aku menjadi lebih bosan dengan alam maya sekalipun. interaksiku dengan orang2 sekeliling juga tidaklah terlalu menyeronokkan.
Tambah pula sejak akhir2 ini, seperti tiada manusia yang aktif berinteraksi di alam maya yang menjadi tempat aku berbual dengan mereka. akukah yang terlalu taksub ataupun mereka yang sudah bosan?
kerjaku di sini banyak tekanan dengan segala macam kerenah manusia. bila adanya kawan2 di siber, sedikit sebanyak aku dapat melepaskan tekanan. tapi mereka pula seolah-olah cuba menjauhkan diri dari semua itu.
Bila tengok juga bahagian/ jabatan lain yang sesenang hati keluar, pergi kursus la, bengkel la. konon2nya laa..aku mulai terfikir bahawa langkahku di sini sungguh tersekat. aku tak boleh nak bergerak ke mana2. kenapa department lain boleh pergi pangkor la, langkawi, sabah dan segala tempat kat malaysia ni, tapi kami masih juga terkurung di sini? apa yang kami boleh buat selagi orang lain terlalu bergantung pada kami? ibarat macam kalau kami tak ada hatta untuk satu hari sekalipun, dunia macam nak kiamat? boleh tutup satu universiti ni? maka 'tercacat'lah kami di sini. nak buat sukaneka pun x sempat, apa lagi nak pergi keluar jauh2.
adusss...seksanyaa....!!!!
No comments:
Post a Comment