Thursday, February 17, 2011

PUTIK dan Aziz Afkar

Singgah di R&R Gambang, on the way balik KL 2 minggu lepas, ada satu corner yg jual buku2 murah. aku pon pilih la 3 bijik = RM15.  Okay la tu. lgpun dah lama sangat x beli buku. Antara 3 novel yang aku beli tu, yg pertama aku baca, PRINCE.  Kisah budak2 sekolah. hmm...memang agak tak kena dgn citarasa aku. Yang keduanya ATHIRAH. Ok2 la, kisah cinta perempuan dewasa dan lelaki muda.
Tapi entahlah kenapa, novel PUTIK sungguh tak menarik minat aku.  mungkin sebab tajuknya, atau pun mungkin sebab nama penulisnya. novel ni adalah novel terakhir yang aku baca antara ketiga-tiganya. kadang2 aku rasa aku ni mcm prejudis walaupun sebelum ini aku pernah tertipu dengan nama novelis2 besar tp ceritanya tidaklah seperti yang aku jangkakan.
mula2 aku baca cerita nipun mcm tak menarik.  apa lagi dengan nama2 wataknya yang kekampungan - jarah, majid, rokiah, awang, muda dan putik sendiri. kenapa putik? aku pun pelik kenapa namanya putik.  tapi bila dah sampai pertengahan cerita, barulah aku tahu yang nama sebenarnya fetty. cuma mungkin bila orang kampung, mungkin susah nak sebut nama, orang tua pula tu.maka disebutnya nama si kecil itu putik saja.
aku juga tak dapat nak bayangkan betapa cantiknya watak jarah dalam novel ini.  walaupun penulisnya berkali-kali bercerita betapa cantiknya si jarah ini, tapi aku tetap membayangkan jarah sudah agak berusia. kenapa? kerana namanya yang sungguh kampung.  begitu juga dengan majid.  penulis juga menggambarkan betapa kacaknya si majid ini, menjadi rebutan gadis, betapa jarah menggilakan majid kerana kekacakannya dan ada dua isteri pula tu. tetapi mungkin kerana namanya macam orang tua, maka aku terbayangkan majid juga sudah separuh umur. ataupun sebab cover novelnya tak menarik.  entahlah...
baru aku sedar, betapa nama itu dapat memberikan bayangan wajah seseorang. maaflah, tetapi mata aku membayangkan begitu. aku dah cuba 'memudakan' watak2 ini. tp tak boleh. maaflah...
apa yang aku nak ceritakan bukanlah sinopsis cerita. tetapi bila aku terbaca cerita ini, betapa walaupun tanpa dialog yang banyak dan lebih banyak 'bercerita' perenggan demi perenggan, penulis berjaya membuat aku faham penderitaan putik. dan pengakhirannya membuat aku berasa sakit hati dan kasihan dengan nasib putik.
dan sekarang juga aku faham (mungkin tak semua) penulis lama lebih banyak bercerita dan penulis baru lebih banyak 'berdialog'. seperti novel tulisan Norhisham Mustaffa yang menjadi salah satu koleksi yang aku ada - LERAIAN NOVELLA.  novel ini juga lebih banyak bercerita.
aku juga sedang menulis sesuatu. dan aku harap pembacanya nanti dapat bayangkan betapa kacak dan cantiknya watak2 dalam cerita itu.
adios!

No comments:

Post a Comment