Thursday, April 7, 2011

Musical please...

Aku cukup suka dengan nama ISTANA BUDAYA. sungguh berseni...


Rasanya kewujudan Istana Budaya ni dah agak lama. Dah banyak teater yang dipentaskan di sini. cuma mungkin tidak mendapat perhatian umum sahaja. Pada pendapat aku, akhir-akhir ini orang yang tak pernah sebut pun dah berkali-kali jejak kaki ke Istana Budaya. Semuanya bermula dengan Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang. Dan banyak lagi susulan teater yang berbentuk muzikal wujud selepas itu.

Mungkin perkataan 'muzikal' itu sungguh keramat untuk disebut dan membuatkan orang ramai tertarik untuk mengunjunginya. Maklumlah, ramai yang suka muzik. Kalau setakat nak menonton teater tanpa 'muzikal' dan artis-artis ternama, rasanya sambutannya tidaklah seberapa.

Tuesday, April 5, 2011

Namanya --> SHAHZ JASZLE

Sebelum gossip dengan Maria Farida, nama dia memang dah glamour pon. SHAHZ JASZLE (jay-zel)sekarang agak laku. seminggu dua kali boleh tengok drama dia kt tv3. berturut2 pulak tu - Isnin dan Selasa.


Terpaksa la aku akui yang sebenarnya cerita ni menarik perhatian aku sebab barisan pelakonnya dan bukan jalan ceritanya. Pelakonnyalah yang membuatkan aku tertarik untuk menonton. Try watak Cikgu Saifullah tu diganti dengan Jalaludin Hassan dan Cikgu Asma tu diganti dengan Abby Abadi ke..(ngee..contoh je). Mungkin aku x tengok kot..




Kesinambungan dari drama ASMARA, maka lahirlah ASMARA 2. aku harap xde dah Asmara 3, sbb bagi aku, cerita kalau disambung banyak kali, garapannya akan jadi berjela2 dan mengarut!

Hmm..pakej wajah yang kacak, suara yg lembut (ala2 sopan gitu) dah cukup untuk membawa watak yang hampir sama untuk kedua2 drama ini bg Shahz JasZle ~ baik dan romantik! Tak caya? Tengok le sendiri.He he...

Sama Tak?


Nama dia ATILIA.



Dan nama dia adalah TASHA SHILLA.


Kenapa? Tak nampak ke muka diorg sama?

Monday, April 4, 2011

Perjuangan Yang Belum Selesai

Kadang-kadang apa yang kita baca pada sesuatu masa itu, kita akan lupakannya begitu sahaja. susah untuk kita ingat dan hayati walaupun kata-katanya cukup bermakna. Alangkah bagusnya kalau semua orang dapat menghayati dan mengambil tahu makna di sebaliknya. Bolehkah kita berhenti, merenung sejenak, apa yang tidak betulnya, apa yang mengharukan dan apa yang perlu kita kait iktibarnya di dalam puisi ini, yang saya percaya, sudah ramai yang melupakannya...




PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah.
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina.
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan.
Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan.
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita.
Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya.
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri.
Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara.
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan
sayap, menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal?
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal erti takut
dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan
silam dan sejarah gemilang membina empayar…
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati.
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya.
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa.
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya.

Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996

Laskar Pelangi

Walaupun hanya sekadar sebuah lagu, tapi puitis katanya sungguh bermakna...

mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya
laskar pelangi
tak kan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita
laskar pelangi
tak kan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya

Saya Sayang MALAYSIA!


Kalaulah Tunku masih hidup sekarang, pasti dia sakit jantung, darah tinggi dengan gelanggang politik Malaysia yang sungguh kotor sekarang. Apa dah jadi dengan Malaysia? Semuanya selepas tahun 1997 dan bermula pada tahun 1998 selepas satu peristiwa besar yang mengejutkan negara dan ia sungguh mengaibkan.
Saya sendiri pada ketika itu hanya berumur 18 tahun dan sudah tentunya saya tidak percaya apa yang Tun Mahathir lakukan ketika itu adalah betul. Saya sungguh tidak percaya dan bermati-matian cuba juga memahami fakta mengikut kepercayaan saya.
Tapi sedikit demi sedikit, kepercayaan saya pada orang itu mulai luntur sedikit demi sedikit. saya menjadi semakin keliru dengan pendedahan demi pendedahan daripada orang yang dekat dengannya juga.
Benar, wajahnya nampak sungguh meyakinkan dan dia juga handal berpidato dan berbicara. Mempengaruhi fikiran orang lain adalah kepakarannya. Tapi sungguh manusia ini bukan malaikat. Kenapa pula harus terus tidak mempercayai dan mempercayai sesuatu sebelum ia terbukti?
Malaysia pernah mempunyai beberapa parti. Parti P, Parti D dan macam2 parti. Tapi tiada satupun yang berani menggugat keamanan negara dengan begitu ekstrem sekali seperti mana selepas penubuhan parti K. Macam2 berlaku selepas itu. Pun manusia2 fanatik ini masih tidak nampak atau dengan kata lainnya - buta.
Saya percaya orang itu mempunyai dua identiti yang berbeza. Dia boleh jadi baik dan jahat dalam satu masa. Betapa hebatnya dia hingga orang boleh percaya yang pen yang dipegangnya itu adalah sebatang pensil. hebat bukan? Ya, dia memang hebat. Hebat dalam segala-galanya termasuk mengkacau-bilaukan keamanan negara.


Tun M, saya telah membaca buku ini dan saya sangat terkejut dengan isi kandungan pada satu bab yang saya anggap akan ada orang yang tak senang duduk kalau membacanya. Tak sangka pula Tun telah mengetahui perkara ini lebih lama daripada orang lain. Saya percaya Tun tidak membuat keputusan yang salah!



Tunku, negaramu kini tidak sihat dan saya sekadar mampu memandangnya dengan perasaan yang sangat penat...