Aku cukup suka dengan nama ISTANA BUDAYA. sungguh berseni...
Rasanya kewujudan Istana Budaya ni dah agak lama. Dah banyak teater yang dipentaskan di sini. cuma mungkin tidak mendapat perhatian umum sahaja. Pada pendapat aku, akhir-akhir ini orang yang tak pernah sebut pun dah berkali-kali jejak kaki ke Istana Budaya. Semuanya bermula dengan Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang. Dan banyak lagi susulan teater yang berbentuk muzikal wujud selepas itu.
Mungkin perkataan 'muzikal' itu sungguh keramat untuk disebut dan membuatkan orang ramai tertarik untuk mengunjunginya. Maklumlah, ramai yang suka muzik. Kalau setakat nak menonton teater tanpa 'muzikal' dan artis-artis ternama, rasanya sambutannya tidaklah seberapa.
No comments:
Post a Comment