Monday, April 4, 2011

Saya Sayang MALAYSIA!


Kalaulah Tunku masih hidup sekarang, pasti dia sakit jantung, darah tinggi dengan gelanggang politik Malaysia yang sungguh kotor sekarang. Apa dah jadi dengan Malaysia? Semuanya selepas tahun 1997 dan bermula pada tahun 1998 selepas satu peristiwa besar yang mengejutkan negara dan ia sungguh mengaibkan.
Saya sendiri pada ketika itu hanya berumur 18 tahun dan sudah tentunya saya tidak percaya apa yang Tun Mahathir lakukan ketika itu adalah betul. Saya sungguh tidak percaya dan bermati-matian cuba juga memahami fakta mengikut kepercayaan saya.
Tapi sedikit demi sedikit, kepercayaan saya pada orang itu mulai luntur sedikit demi sedikit. saya menjadi semakin keliru dengan pendedahan demi pendedahan daripada orang yang dekat dengannya juga.
Benar, wajahnya nampak sungguh meyakinkan dan dia juga handal berpidato dan berbicara. Mempengaruhi fikiran orang lain adalah kepakarannya. Tapi sungguh manusia ini bukan malaikat. Kenapa pula harus terus tidak mempercayai dan mempercayai sesuatu sebelum ia terbukti?
Malaysia pernah mempunyai beberapa parti. Parti P, Parti D dan macam2 parti. Tapi tiada satupun yang berani menggugat keamanan negara dengan begitu ekstrem sekali seperti mana selepas penubuhan parti K. Macam2 berlaku selepas itu. Pun manusia2 fanatik ini masih tidak nampak atau dengan kata lainnya - buta.
Saya percaya orang itu mempunyai dua identiti yang berbeza. Dia boleh jadi baik dan jahat dalam satu masa. Betapa hebatnya dia hingga orang boleh percaya yang pen yang dipegangnya itu adalah sebatang pensil. hebat bukan? Ya, dia memang hebat. Hebat dalam segala-galanya termasuk mengkacau-bilaukan keamanan negara.


Tun M, saya telah membaca buku ini dan saya sangat terkejut dengan isi kandungan pada satu bab yang saya anggap akan ada orang yang tak senang duduk kalau membacanya. Tak sangka pula Tun telah mengetahui perkara ini lebih lama daripada orang lain. Saya percaya Tun tidak membuat keputusan yang salah!



Tunku, negaramu kini tidak sihat dan saya sekadar mampu memandangnya dengan perasaan yang sangat penat...

No comments:

Post a Comment