Setiap hari rutin hidup terulang,,,fokus dan carian hidup tak pernah berubah. Mendepani sekeliling kerjaan yang sangat memenatkan. Penat dan sangat penat...
Fizikal yang penat boleh diubat dengan rehat yang panjang. Namun bila jiwa yang penat, dengan bantuan apakah ia boleh dipulihkan?
Bukanlah rasa terbeban, tetapi kadangkala bila ada komen dan suara-suara yang menjengkelkan, sepertinya kerjaan kita hanyalah itu sahaja, maaf...mulut ini akan lancang juga menjawab. Tolonglah jangan menambah, bukankah lebih baik kalau dibantu? Sepertinya kita ini bergoyang kaki sahaja seharian. Kalau tak ingin menolong, sila jangan menokok kerja yang sedia ada dan janganlah bunyi-bunyi yang sumbang itu dibingitkan di telinga ini.
Sedang si komputer itu juga, adakalanya keletihan dan hang juga kepalanya. Apa lagi manusia seperti kita ini, yang sehari-hari terpaksa mengisi kepala yang tidak seberapa saiznya ini dengan berbagai-bagai makanan otak yang kadang-kadang tidak mampu dicernakan. Tukunlah ia di situ. Berhabuk dan berlumut...
Bila akan datang waktunya itu ya?
Dalam keterpaksaan mengejar material dan masa yang mencungapkan minda hingga keletihan jadinya. Apa lagi pilihan yang ada? Perut juga perlu diisi ~ kalau tidak dikerjakan, apa pula yang mahu disuap?
Arggghhh....kejamnya duniaaa!
I really need some time for my self. Only me, myself and I...
No comments:
Post a Comment