Thursday, February 21, 2013

Kepulangan: Aku Bercerita...Sebuah Perjalanan.


Hari2 kepulangan ini ada yang menyeronokkan.  Seperti kembali ke alam nyata. Tak banyak yang berubah, cuma mungkin aku yang teruja melebih hinggakan melihat tanda harga sehelai t-shirt berharga RM15 pun sudah membuat mata terbeliak!

Walaupun aku tak berasal dari kawasan ini, tapi inilah bandar paling dekat - Kuala Berang.  Bukanlah bandar besar, tapi cukup segalanya.  Sederhana dan tidak sesak.

Hanya kedai2 begini yang berderatan di banda r Kuala  Berang ni.  Kenapa tiba2 aku suka? Sebab harga barangnya yang murah dan berpatutan.  Hmm...tiba2 teringat seorang salesgirl di kedai pakaian tu, aku sungguh xde niat nk ckp KL pun dgn dia..tp mcm dh terbiasa dan terkeluar.  Akupun x sedar, tapi bila dia membalas dalam bahasa KL, aku jd terfikir balik ~ Eh, tadi aku cakap KL ke? ayyooo....manyak soli la kakak..haha..

Ini je yg aku kurang gemar di bandar Kuala Berang.  Banyak benor  traffic light.  Daripada Pekan Ajil ke Kuala Berang, tak kurang 7 traffic light kena tempuh.  Lotih den...
Balik ke Bandaraya Kuala Terengganu, tempat paling eksotik yang dah lama aku tak pergi - Pasar Payang.

Cepat benar membangun bandar ni. Entah bila  pulak wujud  Batik Payang ni pun aku xtau.  Tapi bagus la..sekurang2nya kita ada banyak pilihan dan tempatnyapun lebih eksklusif.

Banyak kedai macam ni bawah Pasar Payang tu.  Sempat gak aku beli bantal kekabu 2 bijik.  Susah benor nk cari bantal tu kt KL ni. Hargapun xde la mahal sangat. 

Food court ni patut dinaiktaraf je.  tapi masih lagi ada pengunjung setia.  Kebersihannya pun sepatutnya terjaga, maklumlah sebagai salah satu tarikan pelancong ke Terengganu. Ke guane Dato Mat Said?
Banyak tempat yang aku nak highlight, tapi tak sempat nak snap gambar.  Maybe next time..

Adiosss....

Kepulangan: Aku bercerita... Episod Duka


Apa kata hati, apa kata diri sendiri - tak penting.  Keajaiban mungkin boleh berlaku nanti, cuma masanya yang belum pasti lagi.
Ada apa pada intro kali ini? Rasa kecewa dan tidak puas hati yang selalu berkecamuk dalam kotak fikiran, sangat...dan selalu terjadi, berulang kali, lama dahulu - yang setiap kali berlaku sedikit sahaja yang terluah, yang lainnya harus dan terpaksa dilupakan.  Inilah hidup.  Hidup ini yang bukan hanya untuk menjaga hati kita seorang sahaja.  Lupakan dan teruskan hidup atau kita akan menjadi gila kerananya!
Sekian lama, pulang sahaja di waktu dinihari yang hening, mendengar kokokan ayam...signifikankah itu? Seperti satu signal bahawa seharusnya aku sedar jati diri tempat tanah tumpah darah aku dilahirkan.  Aku tidak pernah lupa sebenarnya daripada mana aku datang waha sang ayam, cuma kadangkala pandangan mata ini banyak dilindungi oleh rimbunan2 berbagai warna yang menyakitkan mata, telinga dan pancaindera. Kesakitan yang terpaksa dilupakan...so, lupakan.
Rupanya benar, terlalu berharap atau terlalu menyanjung tinggi amat berbahaya.  Kalau kenyataan tak seindah impian, maka bersedialah untuk kecewa sekali lagi. Hati sudah bersedia untuk sebuah berita gembira, tercanang di awalnya akan sebuah anugerah yang telah lama ditunggu. Tersangat kecewa dan hampa.  Itulah cerita duka.  Di sana memang akan selalu ada cerita duka.  Selalu dan sentiasa...


 Setiap kalinya begitulah...tak tahu sampai bila.  Kalau hanya mampu bermonolog pada hati sendiri, tanda tiada siapa yang mampu bercerita, biarkan sahajalah. Telan sahaja semuanya.

Jangan cuba menyalahkan, tapi cubalah fahamkan mengapa dan kenapa begitu jadinya...

Thursday, February 7, 2013

Syed Mokhtar Albukhary...yang kaya segalanya.



Lari daripada kebiasaan bukan sesuatu yang mudah aku buat sebenarnya.  Selalunya aku lebih terarah kepada novel2 fiksyen yang berkisar tentang cinta dan kehidupan.
Tetapi nama Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary seperti menarik-narik tangan aku untuk membeleknya.  Nama ini sebenarnya sudah lama berada dalam kepala.  Satu nama besar yang sangat kurang dikenali.  Cuma yang aku tahu, beliau adalah satu-satunya nama Melayu yang berada di kalangan billionaire Cina dan India di Malaysia.
Hanya RM19.90 - bukanlah satu angka yang besar juga dan aku percaya buku ini ditulis bukan atas tujuan untuk mengutip keuntungan.  Jika tidak, buku ini masih boleh ditulis lebih panjang dan harganya akan menjadi lebih mahal, beratus2, mungkin...
Latar belakang hidupnya tidak segah orang lain.  Tidak kaya, tidak belajar tinggi - siapa sangka seorang budak yang tidak habis sekolah menengahpun boleh menjadi salah seorang ahli perniagaan terkaya di Malaysia? Rasanya lulusan universiti tersohorpun tidak mampu meneruskan survival hidup seperti beliau.
Aku tak berminat nak bercerita semula - seperti biasa aku cuma menulis berdasarkan pendapat aku sendiri.
Figura ini sangat istimewa pada pandangan aku. Sangat humble dan penuh rasa syukur.  Tidak ramai agaknya insan istimewa seperti ini di Malaysia.
Kehebatannya adalah dari rasa syukurnya sebagai seorang insan dan muslim yang taat.  Rasa takutnya pada perasaan tamak membuatkan belia sentiasa beringat untuk beramal dan berbakti kepada yang memerlukan.  Rasa tidak sukanya kepada cara hidup ala British yang dianggapnya berlagak (ada orang Melayu yang mempunyai cara hidup sebegitu) di kejiranannya dahulu, membuatkan beliau tidak pernah menganggotai mana2 kelab eksklusif.
Mempunyai pegangan saham dalam begitu banyak jenama besar (hingga kita tidak terfikir yang beliau ada dalam jenama2 besar dan ternama di Malaysia.  Oh, itu dia punya ke...?) dan keupayaannya membaikpulih reputasi PROTON dan mengambil alih DRB-Hicom sungguh mengkagumkan.  Beliau adalah   perencana Pelabuhan Tanjung Pelepas yang sangat mengkagumkan Tun Mahathir.

Sepanjang pembacaan hingga ke episod kejayaan-kejayaan beliau dalam perniagaan, saya sentiasa mengingatkan diri saya yang beliau tidak tamat sekolah menengah dan he is a BILLIONAIRE!! Isn't that amazing??


Tuesday, February 5, 2013

Fauziah Ashari's Bisik-Bisik Gelora ~ is haunting me!


Perkara pertama yang aku ingin tulis tentang novel ini adalah : THUMBS UP!!

Hmm...apa yang aku nak tulis tentang buku ini ya..semuanya seperti cukup sempurna. Tiada apa yang mencewakan bila membaca karya Fauziah Ashari.  Mengenalinya bermula dengan Ombak Rindu dan sequel2nya selepas itu: Cinta...Tiada Akhirnya dan Rindu Cintaku.  Mengenali pula Duri yang penuh
dengan konflik dan dendam.  Watak-watak yang dimainkan oleh Fauziah Ashari dalam setiap karyanya
sangat berbeza dan tidak stereotype.

Aku tidak suka sangat bercerita semula.  Cukup sekadar keseluruhannya.

Bisik-Bisik Gelora membawa kisah kehidupan dua orang insan 'nakal' bernama Banin Arumi dan Jad Izzudin (aku suka nama ni.hehe...) yang dikahwinkan oleh orang tua mereka setelah berlaku satu peristiwa yang sungguh mengaibkan, yang bukan kehendak mereka.

Watak Jad Izzudin dilukis oleh Fauziah Ashari sebagai seorang yang nakal.  Nakal yang tidak jahat sebenarnya.  Nakal kampungan tidaklah jahat   - itu pandangan aku.  Cuma mungkin dia berkawan dengan orang yang salah dan tidak menyedari ada musuh dalam diam.  Mungkin juga digambarkan oleh penulis sebagai seorang yang biasa2 saja, tidak kacak dan menarik dan tidak juga pandai bergaya, tetapi punya daya usaha untuk berjaya - demi untuk membuktikan yang seorang bekas banduan juga boleh berjaya dan kaya-raya. Jad bukan seorang kaki perempuan dan kaki enjoy.  Cuma mungkin dia terjumpa orang yang salah, di tempat yang salah juga. Kekurangannya mungkin kerana dia seorang yang agak panas baran dan kuat cemburu.  Itupun kerana salah faham yang berlaku antara dia dan Fakhri - satu watak antagonis yang dicipta bagi menguatkan motif cemburu Jad kepada isterinya.  Bertahun-tahun mendera perasaan Arumi tanpa rasa bersalah, Jad akhirnya menemui bukti kesucian Arumi dan anak kandungnya - Akif Alauddin.  Permulaan watak putih Jad sungguh mengharukan hati Arumi yang menerimanya sepenuh hati.  Mungkin juga ada yang jatuh cinta pada watak Jad yang putih itu, sangat penyayang dan romatis juga.  Tak terbuai? Bohong!!

Banin Arumi sangat nakal juga pada awalnya.  Ramai peminat yang mengekori seperti Fakhri, Wari dan Wilson - di zaman yang berbeza.  Berada dalam sebuah keluarga kaya membuat Arumi menjadi sedikit lupa diri sehinggalah takdir mengubah hidupnya setelah berkahwin dengan Jad Izzudin.  Kematian kedua orang tuanya membuat dia berubah dan membawa diri ke London dan bermastautin di situ.  Pembukaan cawangan baru syarikatnya di Kuala Lumpur membuat dia kembali ke Malaysia dan memulakan kehidupan baru walau dalam keterpaksaan.  Pertemuan semula dengan suaminya membawa cerita duka bertahun-tahun lamanya.  Terus diasak dan difitnah lantaran tiada siapa yang menyokong dan percaya.  Ditambah pula dengan latar belakang yang kurang baik, hidup Arumi terus sahaja menderita.

Aku rasa watak tambahan yang paling penting dalam penceritaan ini adalah Fakhri dan Wari.  Wari - walaupun tidak banyak yang diketahui tentang latar belakangnya, dan seperti ditiadakan pada awal cerita, rupanya adalah satu watak psycho yang sangat berbahaya dan sangat penting dalam latar cerita dan pengakhirannya.

Sungguh tidak membosankan - bacalah dan anda akan jatuh cinta dengannya...