Apa kata hati, apa kata diri sendiri - tak penting. Keajaiban mungkin boleh berlaku nanti, cuma masanya yang belum pasti lagi.
Ada apa pada intro kali ini? Rasa kecewa dan tidak puas hati yang selalu berkecamuk dalam kotak fikiran, sangat...dan selalu terjadi, berulang kali, lama dahulu - yang setiap kali berlaku sedikit sahaja yang terluah, yang lainnya harus dan terpaksa dilupakan. Inilah hidup. Hidup ini yang bukan hanya untuk menjaga hati kita seorang sahaja. Lupakan dan teruskan hidup atau kita akan menjadi gila kerananya!
Sekian lama, pulang sahaja di waktu dinihari yang hening, mendengar kokokan ayam...signifikankah itu? Seperti satu signal bahawa seharusnya aku sedar jati diri tempat tanah tumpah darah aku dilahirkan. Aku tidak pernah lupa sebenarnya daripada mana aku datang waha sang ayam, cuma kadangkala pandangan mata ini banyak dilindungi oleh rimbunan2 berbagai warna yang menyakitkan mata, telinga dan pancaindera. Kesakitan yang terpaksa dilupakan...so, lupakan.
Rupanya benar, terlalu berharap atau terlalu menyanjung tinggi amat berbahaya. Kalau kenyataan tak seindah impian, maka bersedialah untuk kecewa sekali lagi. Hati sudah bersedia untuk sebuah berita gembira, tercanang di awalnya akan sebuah anugerah yang telah lama ditunggu. Tersangat kecewa dan hampa. Itulah cerita duka. Di sana memang akan selalu ada cerita duka. Selalu dan sentiasa...
Setiap kalinya begitulah...tak tahu sampai bila. Kalau hanya mampu bermonolog pada hati sendiri, tanda tiada siapa yang mampu bercerita, biarkan sahajalah. Telan sahaja semuanya.
Jangan cuba menyalahkan, tapi cubalah fahamkan mengapa dan kenapa begitu jadinya...
Setiap kalinya begitulah...tak tahu sampai bila. Kalau hanya mampu bermonolog pada hati sendiri, tanda tiada siapa yang mampu bercerita, biarkan sahajalah. Telan sahaja semuanya.
Jangan cuba menyalahkan, tapi cubalah fahamkan mengapa dan kenapa begitu jadinya...
No comments:
Post a Comment