Thursday, February 7, 2013

Syed Mokhtar Albukhary...yang kaya segalanya.



Lari daripada kebiasaan bukan sesuatu yang mudah aku buat sebenarnya.  Selalunya aku lebih terarah kepada novel2 fiksyen yang berkisar tentang cinta dan kehidupan.
Tetapi nama Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary seperti menarik-narik tangan aku untuk membeleknya.  Nama ini sebenarnya sudah lama berada dalam kepala.  Satu nama besar yang sangat kurang dikenali.  Cuma yang aku tahu, beliau adalah satu-satunya nama Melayu yang berada di kalangan billionaire Cina dan India di Malaysia.
Hanya RM19.90 - bukanlah satu angka yang besar juga dan aku percaya buku ini ditulis bukan atas tujuan untuk mengutip keuntungan.  Jika tidak, buku ini masih boleh ditulis lebih panjang dan harganya akan menjadi lebih mahal, beratus2, mungkin...
Latar belakang hidupnya tidak segah orang lain.  Tidak kaya, tidak belajar tinggi - siapa sangka seorang budak yang tidak habis sekolah menengahpun boleh menjadi salah seorang ahli perniagaan terkaya di Malaysia? Rasanya lulusan universiti tersohorpun tidak mampu meneruskan survival hidup seperti beliau.
Aku tak berminat nak bercerita semula - seperti biasa aku cuma menulis berdasarkan pendapat aku sendiri.
Figura ini sangat istimewa pada pandangan aku. Sangat humble dan penuh rasa syukur.  Tidak ramai agaknya insan istimewa seperti ini di Malaysia.
Kehebatannya adalah dari rasa syukurnya sebagai seorang insan dan muslim yang taat.  Rasa takutnya pada perasaan tamak membuatkan belia sentiasa beringat untuk beramal dan berbakti kepada yang memerlukan.  Rasa tidak sukanya kepada cara hidup ala British yang dianggapnya berlagak (ada orang Melayu yang mempunyai cara hidup sebegitu) di kejiranannya dahulu, membuatkan beliau tidak pernah menganggotai mana2 kelab eksklusif.
Mempunyai pegangan saham dalam begitu banyak jenama besar (hingga kita tidak terfikir yang beliau ada dalam jenama2 besar dan ternama di Malaysia.  Oh, itu dia punya ke...?) dan keupayaannya membaikpulih reputasi PROTON dan mengambil alih DRB-Hicom sungguh mengkagumkan.  Beliau adalah   perencana Pelabuhan Tanjung Pelepas yang sangat mengkagumkan Tun Mahathir.

Sepanjang pembacaan hingga ke episod kejayaan-kejayaan beliau dalam perniagaan, saya sentiasa mengingatkan diri saya yang beliau tidak tamat sekolah menengah dan he is a BILLIONAIRE!! Isn't that amazing??


No comments:

Post a Comment