Wednesday, July 4, 2012

Pavlova...@ Seksyen 7..wallaaahhhh!!


Dah lama dengar nama dessert "pavlova" ni. Cuma tengok gambar tapi x pernah pula mencubanya. Tengok pada gambarnya memanglah menggoda dan keinginan untuk 'menerai'nya pun membuak2.
Hah! Datang pula cerita seorang officemate yang mengkhabarkan adanya pavlova ni di sebuah restoran di Seksyen 7, Shah Alam.
Maka hari ini ~ 04 Julai 2012, jam 12.45 t/hari, dengan semangat yang berkobar2 dan keinginan untuk menghabiskan duit, bertolaklah kami dari pejabat (sorry boss, keluar awal skett.he he..)
Tak jauh pun, lebih kurang 10 minit perjalanan je, sampailah 4 orang sahabat sehati sejiwa yang suka melantak ni ke Restoran Ahlaa, Seksyen 7.

Hmm...dekorasinya memang simple tapi agak unik sebab ada Sudut Bacaan ~ ada novel Melayu, Inggeris dan majalah-majalah terkini untuk bacaan pelanggan sementara menunggu makanan sampai.  Bagus juga kalau lepak2 kat restoran ni. Okay-okay laa...



PAVLOVA! PAVLOVA! PAVLOVA!

Comel rupanya kan, kan kan? Dek kerana keterujaan dan kejakunan kami berempat ini untuk menikmati pavlova ni, keempat2nya mengorder benda yang sama.
Bagi yang tak suka manis, mungkin dessert ni tak berapa sesuai untuk anda...tapi bagi dessert lover, pavlova memang patut anda cuba. Ringkas dan menarik.  Tapi kalau lagi banyak buah2an kat atas tu, lagi sedap rasanya sebab ada balancing antara manis dan masam serta krim putar yang di'topping' di atasnya ~ ada rasa vanilla.
Hmm...sedap jugak rupanya.  Sebabnya aku suka makanan manis dan rasa vanilla tu memang favourite aku. Isinya agak rangup di luar dan di dalamnya terasa sedikit kenyal (macam rasa marshmallow pun ada..) overall, memang kena dengan selera aku. 


Aduhai Umie, abis hilang excited.sabar Umie...jangan fobia lak makan pavlova lepas ni..sampai termuntah2 mak orang ni. Takpe la Umie, sekali seumur hidup (kot...).

Terserlah kejakunannya..ha ha..(Kak Syam dah siap nganga dah tu..)


Walaupun harga menunya agak lebih sikit, tapi kalau nak mencuba menu-menu lain tu, sekali-sekala tak apalah. Apa salahnya kan?
Aku ni sebenarnya teringin nak mencuba Nasi Air ~ sebab tak pernah jumpa kat sini (yang cukup glemer di Pantai Timur).  Nantilah, kalau ada masa...one fine day...

Adiosssssss....!!








7 comments:

  1. best nya! berapa arga pavlova kat situ?

    ReplyDelete
  2. alamak..lupa la plak.maybe 2.50 kot..

    ReplyDelete
  3. salam azzalea..trjumpa blog ni waktu google2 on tmpat2 mkn desert kt shah alam..rsa mcm mlm ni jgk nk pegi :) salam kenal..jmput follow kmbali ye :)

    ReplyDelete
  4. salam mamapapa - salam perkenalan. Insya Allah sy akan follow. kedai ni pun officemate sy yg recommend.

    ReplyDelete
  5. Kafe Ahla sebenarnya dah pindah. xde lg kat seksyen 7. kedai dia pindah kat seksyen 15 (dataran otomobil).

    ReplyDelete