Baru kini mereka diingati, baru kini mereka dikenangi.
Peristiwa Lahad Datu membuka hati banyak manusia untuk mengenang dan mungkin baharu sahaja mengetahui betapa besarnya jasa perajurit negara. Dan ada pula yang baharu tahu apa itu komando, apa tugas VAT 69.
Hakikatnya, masih banyak yang kita tak tahu tentang mereka.
Berterima kasihlah Malaysia, mereka berkorban untuk kita...
Nama tempatnya adalah Muzium Tentera Darat Port Dickson. Lokasinya sangat hampir dengan Pantai Port Dickson. Bila lagi nak pergi kan? Bukan selalupun pegi PD, walaupun tempatnya tak jauh daripada KLpun.
Tiada tiket masuk. Semuanya percuma saja. Cuma mungkin time aku yang tak kena. Tengah hari, tengah panehhh.....!
Apa nama benda nipun tak tahu. Tapi rasa2nya meriam kott...
Dari luar mungkin biasa kita tengok. Tapi inilah bahagian dalaman kereta kebal. Macam mana mereka duduk ya?
Ini di bahagian luarnya. Kenderaan tentera ni, kalau sekali tengok, memang pelik rupanya...
Harimau lambang kegagahan askar Melayu!
Gambar Latihan Baret ini diambil sebelum perang dunia kedua! Macam mana agaknya diorang ambik gambar ya?
Ini yang paling menarik perhatian aku. Sebab hanya namanya yang selalu terdendang sebagai wira.
Botol air ni digunakan semasa Perang Dunia Kedua.
Pakaian tentera British zaman dahulu.
Inilah mesin pencetak zaman dulu. Kalau zaman moden lagi canggih ni, tentu namanya printer, ya tak?
Kipas meja pegawai tentera British.
Gambar semasa Perjanjian Pangkor, antara Raja Abdullah dan pegawai British.
Mat Salleh - Pahlawan Sabah
Tok Janggut - Pahlawan Kelantan
Datok Bahaman - Pahlawan Pahang
Pahlawan Sarawak - Rentap
Agaknya inilah motor peronda polis zaman dulu.
Deretan kereta kebal ini mungkin nampak sama, tapi rasanya fungsi kesemuanya berbeza.
Kedatangan pengunjung disambut dengan kapal terbang besar ni!
Tak sempat nak naik jambatan gantung sebab tengah melayan si kecik Wafiy. Teringin jugak nak naik...
Tak tahu apa namanya, sebab tak ada sign.
Gambar kenangan 2 orang budak dan seorang yang macam budak2.
Tempat tidur askar. kott...
Penjara bawah tanah. Tapi tak boleh masuk.
Kapal perang semasa Kesultanan Melayu Melaka.
Monday, September 16, 2013
Wednesday, May 15, 2013
Monolog Dari Hati...
Pejam, celik, mata berkelip-kelip, hirup dan hembus nafas berkali-kali
Syukur anugerah-Mu yang tidak terhingga
Begitulah...
Setiap hari mengharapkan sesuatu yang memungkinkan ketenangan itu tiba
tapi tidak juga
jauh sungguh makna ketenangan itu hendak tiba ke destinasinya
ke sini, ke sana, ke situ ~ direbut-rebut jika kenampakan
kalau boleh dizahirkan, bulatkah ia, bujurkah ia
warnanya bagaimana pula, merah? biru? hijau? kuning? hitam atau putih?
Hmm...tak juga dijumpa ya...
Dari mana pula ia datang, utara? selatan? timur? barat atau barat daya?
Budiman berkata ~ carilah dalam diri sendiri
Ketenangan itu ada dalam jiwa kamu
Wahai ahli budiman, aku telah cuba mencarinya sekian lama
tidak juga dijumpa
mungkin terlalu banyak kebersalahan dalam diri
membuat ketenangan itu semakin menjauh dan aku ditinggalkannya
di pesisir kehidupan, di celah-celah keterbiasaan
masih juga aku mencari dan mengharapkannya hadir
Berkata lagi si budiman itu ~ koreksi hati, cucilah jiwa
Hilangkan daki, bersihkan dosa, akan datanglah tenang kepadamu
Aduhai budiman, aku kini sedang berperang dengan perasaan sendiri
Hantu-hantu dan bayangan kejahatan itu sering sahaja menang dalam perang perasaan itu
Senjata dan peluru kebaikan itu mungkin tak bisa menembusi dan mematikan kejahatan
yang bergelak ketawa ~ menang besar! menang besar!
Ha ha ha..wahai budiman yang tinggi ilmunya
Yang sebetulnya akulah mangsa perasaan yang tidak kuat itu
Hingga tergelincir jauh dari pangkalannya
Hmm...ada sesiapa, yang ingin membawa aku pulang?

Thursday, February 21, 2013
Kepulangan: Aku Bercerita...Sebuah Perjalanan.
Hari2 kepulangan ini ada yang menyeronokkan. Seperti kembali ke alam nyata. Tak banyak yang berubah, cuma mungkin aku yang teruja melebih hinggakan melihat tanda harga sehelai t-shirt berharga RM15 pun sudah membuat mata terbeliak!
![]() |
Walaupun aku tak berasal dari kawasan ini, tapi inilah bandar paling dekat - Kuala Berang. Bukanlah bandar besar, tapi cukup segalanya. Sederhana dan tidak sesak. |
![]() |
Ini je yg aku kurang gemar di bandar Kuala Berang. Banyak benor traffic light. Daripada Pekan Ajil ke Kuala Berang, tak kurang 7 traffic light kena tempuh. Lotih den... |
![]() |
Cepat benar membangun bandar ni. Entah bila pulak wujud Batik Payang ni pun aku xtau. Tapi bagus la..sekurang2nya kita ada banyak pilihan dan tempatnyapun lebih eksklusif. |
![]() |
Banyak kedai macam ni bawah Pasar Payang tu. Sempat gak aku beli bantal kekabu 2 bijik. Susah benor nk cari bantal tu kt KL ni. Hargapun xde la mahal sangat. |
![]() |
Food court ni patut dinaiktaraf je. tapi masih lagi ada pengunjung setia. Kebersihannya pun sepatutnya terjaga, maklumlah sebagai salah satu tarikan pelancong ke Terengganu. Ke guane Dato Mat Said? |
Adiosss....
Kepulangan: Aku bercerita... Episod Duka
Apa kata hati, apa kata diri sendiri - tak penting. Keajaiban mungkin boleh berlaku nanti, cuma masanya yang belum pasti lagi.
Ada apa pada intro kali ini? Rasa kecewa dan tidak puas hati yang selalu berkecamuk dalam kotak fikiran, sangat...dan selalu terjadi, berulang kali, lama dahulu - yang setiap kali berlaku sedikit sahaja yang terluah, yang lainnya harus dan terpaksa dilupakan. Inilah hidup. Hidup ini yang bukan hanya untuk menjaga hati kita seorang sahaja. Lupakan dan teruskan hidup atau kita akan menjadi gila kerananya!
Sekian lama, pulang sahaja di waktu dinihari yang hening, mendengar kokokan ayam...signifikankah itu? Seperti satu signal bahawa seharusnya aku sedar jati diri tempat tanah tumpah darah aku dilahirkan. Aku tidak pernah lupa sebenarnya daripada mana aku datang waha sang ayam, cuma kadangkala pandangan mata ini banyak dilindungi oleh rimbunan2 berbagai warna yang menyakitkan mata, telinga dan pancaindera. Kesakitan yang terpaksa dilupakan...so, lupakan.
Rupanya benar, terlalu berharap atau terlalu menyanjung tinggi amat berbahaya. Kalau kenyataan tak seindah impian, maka bersedialah untuk kecewa sekali lagi. Hati sudah bersedia untuk sebuah berita gembira, tercanang di awalnya akan sebuah anugerah yang telah lama ditunggu. Tersangat kecewa dan hampa. Itulah cerita duka. Di sana memang akan selalu ada cerita duka. Selalu dan sentiasa...
Setiap kalinya begitulah...tak tahu sampai bila. Kalau hanya mampu bermonolog pada hati sendiri, tanda tiada siapa yang mampu bercerita, biarkan sahajalah. Telan sahaja semuanya.
Jangan cuba menyalahkan, tapi cubalah fahamkan mengapa dan kenapa begitu jadinya...

Thursday, February 7, 2013
Syed Mokhtar Albukhary...yang kaya segalanya.
Lari daripada kebiasaan bukan sesuatu yang mudah aku buat sebenarnya. Selalunya aku lebih terarah kepada novel2 fiksyen yang berkisar tentang cinta dan kehidupan.
Tetapi nama Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary seperti menarik-narik tangan aku untuk membeleknya. Nama ini sebenarnya sudah lama berada dalam kepala. Satu nama besar yang sangat kurang dikenali. Cuma yang aku tahu, beliau adalah satu-satunya nama Melayu yang berada di kalangan billionaire Cina dan India di Malaysia.
Hanya RM19.90 - bukanlah satu angka yang besar juga dan aku percaya buku ini ditulis bukan atas tujuan untuk mengutip keuntungan. Jika tidak, buku ini masih boleh ditulis lebih panjang dan harganya akan menjadi lebih mahal, beratus2, mungkin...
Latar belakang hidupnya tidak segah orang lain. Tidak kaya, tidak belajar tinggi - siapa sangka seorang budak yang tidak habis sekolah menengahpun boleh menjadi salah seorang ahli perniagaan terkaya di Malaysia? Rasanya lulusan universiti tersohorpun tidak mampu meneruskan survival hidup seperti beliau.
Aku tak berminat nak bercerita semula - seperti biasa aku cuma menulis berdasarkan pendapat aku sendiri.
Figura ini sangat istimewa pada pandangan aku. Sangat humble dan penuh rasa syukur. Tidak ramai agaknya insan istimewa seperti ini di Malaysia.
Kehebatannya adalah dari rasa syukurnya sebagai seorang insan dan muslim yang taat. Rasa takutnya pada perasaan tamak membuatkan belia sentiasa beringat untuk beramal dan berbakti kepada yang memerlukan. Rasa tidak sukanya kepada cara hidup ala British yang dianggapnya berlagak (ada orang Melayu yang mempunyai cara hidup sebegitu) di kejiranannya dahulu, membuatkan beliau tidak pernah menganggotai mana2 kelab eksklusif.
Mempunyai pegangan saham dalam begitu banyak jenama besar (hingga kita tidak terfikir yang beliau ada dalam jenama2 besar dan ternama di Malaysia. Oh, itu dia punya ke...?) dan keupayaannya membaikpulih reputasi PROTON dan mengambil alih DRB-Hicom sungguh mengkagumkan. Beliau adalah perencana Pelabuhan Tanjung Pelepas yang sangat mengkagumkan Tun Mahathir.
Sepanjang pembacaan hingga ke episod kejayaan-kejayaan beliau dalam perniagaan, saya sentiasa mengingatkan diri saya yang beliau tidak tamat sekolah menengah dan he is a BILLIONAIRE!! Isn't that amazing??
Tuesday, February 5, 2013
Fauziah Ashari's Bisik-Bisik Gelora ~ is haunting me!
Perkara pertama yang aku ingin tulis tentang novel ini adalah : THUMBS UP!!
Hmm...apa yang aku nak tulis tentang buku ini ya..semuanya seperti cukup sempurna. Tiada apa yang mencewakan bila membaca karya Fauziah Ashari. Mengenalinya bermula dengan Ombak Rindu dan sequel2nya selepas itu: Cinta...Tiada Akhirnya dan Rindu Cintaku. Mengenali pula Duri yang penuh
dengan konflik dan dendam. Watak-watak yang dimainkan oleh Fauziah Ashari dalam setiap karyanya
sangat berbeza dan tidak stereotype.
Aku tidak suka sangat bercerita semula. Cukup sekadar keseluruhannya.
Bisik-Bisik Gelora membawa kisah kehidupan dua orang insan 'nakal' bernama Banin Arumi dan Jad Izzudin (aku suka nama ni.hehe...) yang dikahwinkan oleh orang tua mereka setelah berlaku satu peristiwa yang sungguh mengaibkan, yang bukan kehendak mereka.
Watak Jad Izzudin dilukis oleh Fauziah Ashari sebagai seorang yang nakal. Nakal yang tidak jahat sebenarnya. Nakal kampungan tidaklah jahat - itu pandangan aku. Cuma mungkin dia berkawan dengan orang yang salah dan tidak menyedari ada musuh dalam diam. Mungkin juga digambarkan oleh penulis sebagai seorang yang biasa2 saja, tidak kacak dan menarik dan tidak juga pandai bergaya, tetapi punya daya usaha untuk berjaya - demi untuk membuktikan yang seorang bekas banduan juga boleh berjaya dan kaya-raya. Jad bukan seorang kaki perempuan dan kaki enjoy. Cuma mungkin dia terjumpa orang yang salah, di tempat yang salah juga. Kekurangannya mungkin kerana dia seorang yang agak panas baran dan kuat cemburu. Itupun kerana salah faham yang berlaku antara dia dan Fakhri - satu watak antagonis yang dicipta bagi menguatkan motif cemburu Jad kepada isterinya. Bertahun-tahun mendera perasaan Arumi tanpa rasa bersalah, Jad akhirnya menemui bukti kesucian Arumi dan anak kandungnya - Akif Alauddin. Permulaan watak putih Jad sungguh mengharukan hati Arumi yang menerimanya sepenuh hati. Mungkin juga ada yang jatuh cinta pada watak Jad yang putih itu, sangat penyayang dan romatis juga. Tak terbuai? Bohong!!
Banin Arumi sangat nakal juga pada awalnya. Ramai peminat yang mengekori seperti Fakhri, Wari dan Wilson - di zaman yang berbeza. Berada dalam sebuah keluarga kaya membuat Arumi menjadi sedikit lupa diri sehinggalah takdir mengubah hidupnya setelah berkahwin dengan Jad Izzudin. Kematian kedua orang tuanya membuat dia berubah dan membawa diri ke London dan bermastautin di situ. Pembukaan cawangan baru syarikatnya di Kuala Lumpur membuat dia kembali ke Malaysia dan memulakan kehidupan baru walau dalam keterpaksaan. Pertemuan semula dengan suaminya membawa cerita duka bertahun-tahun lamanya. Terus diasak dan difitnah lantaran tiada siapa yang menyokong dan percaya. Ditambah pula dengan latar belakang yang kurang baik, hidup Arumi terus sahaja menderita.
Aku rasa watak tambahan yang paling penting dalam penceritaan ini adalah Fakhri dan Wari. Wari - walaupun tidak banyak yang diketahui tentang latar belakangnya, dan seperti ditiadakan pada awal cerita, rupanya adalah satu watak psycho yang sangat berbahaya dan sangat penting dalam latar cerita dan pengakhirannya.
Sungguh tidak membosankan - bacalah dan anda akan jatuh cinta dengannya...
Monday, January 14, 2013
Hantu vs. Tahyul: Oh Cerita Melayu...
Salam Semua
Lama tak menjengah blog ni. Macam tak ada cerita plak nak share. Akhir2 ni banyak memerhati dari jauh perkembangan dunia yang macam2 pulak terjadi sekarang ni.
Hmmm....apa ya, Adam dan Hawa pon dah abes. Sambung lagi dengan drama Sehangat Asmara. Rasanya aku tak mengikut sangat la. Tak terkejar-kejar sangat.
Balik pada tajuk - sebenarnya dah lama aku terfikirkan benda ni. Tak tahulah kenapa ya...on demand atau produser2 kita dah tak ada modal lain ke, entahlah...tapi dah jadi macam trend. Kalau tak silap aku cerita2 hantu/ tahyul macam ni pernah diharamkan satu masa dulu. tapi Pontianak Harum Sundal Malam dah memecahkan pengharaman tersebut. Bermula daripada itu, dah macam2 jenis hantu la pulak yang keluar kat panggung - kat tv apa lagi...
Dari sudut hiburan, mungkin boleh diterima. Tapi kalau dari segi logik akal, benda ni semua sebenarnya mengarut!!
Benar, ada di antara kita semua yang pernah mengalami gangguan. Hatta aku sendiripun. Walaupun aku tak pernah nampak dengan mata kasar makhluk yang mengganggu itu. Tetapi pengkarya2 ini sungguh kreatif merekacipta rupabentuk hantu2 ini. Mana diorg tahu hantu tu rupa macam tu yaa...asal hantu je, rambut kena panjang, kuku panjang, tinggi macam galah, bijik mata merah menyala...agaknya diorg ni sumer pernah jumpa hantu2 tu sumer. Okaylah fine, kalau benda tu ada, perlu ke korang nak menakut2kan orang lain pulak? Rasanya tak perlulah.
Hmm...sorry to say la..kadang2 benda yang tujuannya untuk berlawak tapi nampak bodoh.
Ni laa rupa hantu yang paling glemer setakat ni. Ciptaan Mamat Khalid ini sebenarnya lebih banyak menyindir. Ramai yang tak faham agaknya. Ataupun malas nak fikir.
Begitu juga kejadian di alam realiti. Lambakan berbagai jenis buku, majalah cerita hantu ni dah makin berleluasa. Masalahnya bila di tag benda tu jadi "kisah benar", memang la orang percaya. Di blog2 pun begitu juga. Walaupun ada sesetengahnya yang tak logik. Contohnya macam cerita kereta kuning di highway karak tu. Dah lama aku dengar cerita ni. Tapi tak tahulah betul ke tidak. Bendanya mungkin tak ada tapi yang ada tu adalah gangguan syaitan. Maka kita akan nampak benda tu.ada kat depan mata. Ada orang pernah cakap kat aku la camtu.
Hmm...cerita yang aku pernah baca kat blog ni memang kelakar dan buat aku terfikir. Tak payahlah aku nak cerita satu2 kisahnya. Cuma dari segi penceritaannya sangat la detail. Siap bagitau berenti kat mana, pergi sungai, jumpa hantu - mati, si isteri dengan anak2 pulak kena kacau dengan hantu, bla bla bla...last2 semua mati. Korang nampak tak? Kalau dah semuanya mati, siapa yang bercerita tu? Mana pulak dia tahu cerita tu sumer? Nonsense laa....
Ini la kononya kereta kuning di Hiway Karak tu - kalau lalu area Bentong tu watch out la yee...
So, end of the story ~ tepuk dada tanya selera. Kita dah terlalu banyak dimomokkan dengan benda2 tahyul a.k.a mengarut hingga kita tak boleh nak bezakan yang mana satu realiti yang mana satu fantasi. Kalau dah sampai terbawa2 ke alam nyata, rasanya eloklah hentikan semua. Kita tak mampu nak hentikan mereka dari berkarya - tapi kita mampu hentikan minda kita dari terus terpengaruh dengan semua kekarutan ini.
Wallahua'lam.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda : “Tidak ada penularan, tidak ada mayat gentayangan yang menjadi hantu kuburan, tidak ada binatang tetentu muncul yang menyebabkan hujan, dan tidak ada tabu di bulan Safar”(Hadis Riwayat Imam Muslim)

Subscribe to:
Posts (Atom)