Wednesday, November 24, 2010

myMetro | Tidur beralas tanah basah

myMetro | Tidur beralas tanah basah

so cute...

Penat...

bukan merungut, tapi kadang2 rasa terkilan kerana setiap hari terpaksa berdepan dengan orang2 yang kurang faham bahasa. takkan terkecuali harinya walaupun sekali. walaupun sudah berkali2 kita terangkan prosedur2 yang sepatutnya, bukannya dia tak faham, cuma buat keras kepala kononnya dia orang 'besar',  mungkin sebab tu dia banyak lemak..:-))
kami dikutuk, dikata macam2...tapi bila ada sesuatu yang mereka mahukan, terhegeh2 pula datang menyendeng. dengan bahasa sombong pulak tu. macam tu ke nak mintak tolong? porah!!

Tuesday, November 23, 2010

Kenangan Terindah...Part 3

Inilah TV pertama yang aku tonton. ayah aku cakap harga TV ni lbh kurang RM250 je..jenama SINGER. second hand punya. tp dlm tahun 80-an tu, ada TV mcm ni pun dah cukup bersyukur walaupun masa tu elektrik 12 jam je, start 6 petang sampai 6 pagi esoknya. 
yg button byk2 kat sebelah kanan tu la utk tukar channel.dulu mana ada remote control. nk tukar channel, kena la bangun duduk. yg berpetak kat bawahnya tu tempat adjust colour. yg dkt line hitam tu tempat adjust suara. sekarang ni pun dah susah nk cari TV cembung ~ semua dah flat screen. besar2 gedabak pulak tu. yg sebesar screen panggung wayang pun ada.
TV ni masih elok secara fizikalnya ~ tap dalamannya dah x berapa elok, gambar dah kelabu asap.
agak2 kalau hantar ke muzium, boleh diterima x? hmm...


Masak-masak :-)

Ikan Sardin Masak Kari + Paprik Ayam..nyam nyam!

Sunday, November 14, 2010

Kenangan Terindah...Part 2

Kat kampung dulu ada banyak pokok. kiri kanan depan belakang rumah, penuh dengan pokok2 buahan. sekarang ni pun ada lagi, cuma dah kurang sikit.  bangun pagi2, panjat pokok kemboja kat depan rumah, kutip bunga2 kemboja. masa tu umur baru 5-6 tahun, boleh la panjat. berat baru 20 kg boleh la. kalo sekarang ni, dh 50 kg lebih, maunya patah pokok tu. lagipun pokok tu dah xde sekarang ni. sayangnya...
tenghari ke petang2 sikit, panjat pokok rambutan, petik buah kat atas  pokok je.  pokok tu pun dah takde sekarang ni, dah tebang.  kadang2 panjat pokok kelapa (renek je la pokok tu...) lepas tu duduk atas pelepah kelapa. cam tak caya je, betapa ringannya aku dulu..huhu..(bila nak kurus balik ni xtau laa..). pokok jambu batu pon aku panjat..eh, jambu air pun. isy banyaknya pokok yang boleh aku panjat dulu. tp kebanyakan pokok2 tu sumer dah xde, dah tebang pun. pokok ciku pun kadang2 aku panjat jugak.tp jarang sangat la sbb banyak nyamuk. sebab tu dulu, ada aktiviti kipas nyamuk. caranya? ambik tudung periuk yang xde tangkai tu, letak minyak, pastu gi libas kat bawah pokok mempelam. nanti nyamuk2 melekat la kat tudung periuk tu. tengok siapa dapat libas paling banyak. x dapat apa2pun, saja suka2.
hmm banyak gak pokok ye..jambu batu, jambu air, manggis, pisang, tebu (dulu laa), rambutan, ciku, mempelam...dulu tolong mak tanam ubi kayu kat belakang rumah. sedapnya bila makan ubi kayu sira air gula melaka. makan nasik pun dengan kawan2. lepas balik mengaji tengahari. lepas tu beli aiskrim 10 sen yg dalam plastik panjang. xtau la zaman sekarang ni ada lagi ke tak. petang2 sket main pondok2 kat belakang rumah. bergaduh tu dh jadi agenda harian. tapi bila ingat balik ,rasa seronok. kadang2 buat pondok dengan daun pisang atau daun kelapa. kalau ayah ada, dia tolong buatkan pondok dengan kayu atau papan buruk. hujan2 pun duduk je dalam pondok tu sambil bercerita. kalau cuaca baik, round satu kampung, naik basikal. seronoknya...
cepatnya masa berlalu. bila dah besar sikit, dah masuk alam remaja, sedikit demi sedikit zaman keseronokan itu terpaksa ditinggalkan. itu antara kenangan tahun 80-an dulu. mungkin sekarang ni  dah tak ada aktiviti macam tu. kanak2 sekarang lebih up to date. dah tak main pondok2, diorang semua lebih suka main video game atau tonton ASTRO.
rindunya kenangan dulu...

Khabar Dari Tanah Suci

Pagi2 dah dapat khabar yang kurang baik dari sana..moga2 mak cepat sembuh dan tak ada apa2 yang serius.to my sister, feeza azhar, please take care of mak. we all pray for her health...aminnn...
bukan nak mengutuk, bukan juga nak mengata.  nak menderhaka jauh sekali. tapi semuanya mengingatkan aku kembali pada apa yang terjadi akhir2 ini yang banyak melukakan hati mak. biarlah mak begitu, biarlah mak dengan kata2nya, biarlah mak dengan sinis dan sindirannya. bukankah dia seorang mak? walau ada yang tak kena, walau ada yang tak betul, dia tetap mak. biarkanlah...ayah juga begitu. kita dan ibu bapa adalah daripada dua generasi yang berbeza. dua zaman yang berlainan. cara mereka lain dan cara kita juga lain. kalau ada yang tak kena, kalau ada yang tak serasi dengan kita, bukan hak kita untuk menengking. bercakap kasar juga bukan caranya. kenapa nak tunjuk angkuh di depan mak? haruskah tunjuk hebat di depan ayah? 
lebih elok lah kita diam.  itu lebih baik. maaflah bro, kalo setakat nak berlagak depan mak, ayah, you'll never get my respect!

Thursday, November 11, 2010

Bersumpah Dengan Langit

Loloq adalah salah seorang penulis lirik yang aku suka selain daripada M Nasir (lagu2nya mmg agak susah nak faham)..lagu Bersumpah Dengan Langit ni aku dengar masa tengok cerita 'Habil Qabil'. Bahasanya bukanlah complicated, biasa2 saja. tapi aturannya membuat aku teruja untuk hayati kisah disebaliknya.

Makin lama makin mendalam
bisa cinta masih merayau
segenap tubuh kecilku yang lemah
Makin lama makin menjauh
diri sesat di awangan
sehingga menjadi luput warasku
Balasan yang telah kuterima
memujai semua cinta
lahir dari hati yang sedang lara
Makin lama semakinlah parah
luka cinta kian merebak
melumpuhkan segala sudut kudratku
Biarpun jiwaku begitu kasih
selagi hati ada semangat
biar seberkas nafas ruang tertinggal
dalam rongga jasad
Aku bersumpah dengan langit
takkan biarkan kau lepas dari sesalan
gelora rinduku
sanggup sampaikan terpaksa ku terpenjara
meringkuk dalam gelita sepanjang usia
ku menagih sang mentari ~ cinta singgah...

Indahnya Bahasa...

Aku suka lagu Bengang daripada Kumpulan Manterra ni.  memang lagu ni dh agak lama cuma aku je yang tak sedar keindahan bahasanya.  walaupun penceritaannya hanyalah berkisar tentang melankolik cinta yang tak logik, tapi tak apalah. bahasanya mungkin mengkagumkan sang pencinta betapa kadangkala cinta mampu mengatasi dosa, cinta mampu menawar gila...

Pintu sepiku yang bertahun terkunci
Telah aku bukakan perlahan-lahan
Kerana ku khuatir, bisikan yang berbalah
denganku seharian
akan menenggelamkan keakuan...
Andai terjadi mana lagi tempatku
nak ku pahutkan mimpi sediakala
menunaikan janjiku pada diri sendiri
untuk ku memiliki cinta dulu asalnya ~ aku yang punya
Mana datang cahaya, bukanlah tajuk cerita
siapapun kau ku sudi terima
biarpun dosa semalam sebesar gunung menembus awan
yang penting hatiku dapat kau tawan...

Tak Sayang Nyawa?

Kita sayangkan nyawa kita.  nyawa kita cuma ada 1 saja. bukan macam kucing yang orang kata ada 9 (ye ke..?). teramatlah mahal harga nyawa manusia ni hinggakan sanggup kita lakukan apa saja untuk pertahankan nyawa yang satu tu.  bukan saja nyawa diri sendiri, nyawa orang kesayangan kita pun sanggup kita pertahankan. ayat2 klise ~ saya x boleh hidup tanpa awak, saya sanggup mati untuk awak ~ waaaahhh....bangga dan bertuahnya bila ada yang berbisik begitu di telinga kita.  takpun ~ mereka adalah nyawa saya. saya akan pertahankan nyawa keluarga saya.
betul ke tak ni..macam tak percaya je...kenapa?
kerana bila kuasa tangan kita memegang stereng kereta atau handle motosikal, kita akan menjadi seorang yang berani mati. semangat kamikaze akan meresap jauh ke dalam urat dan tulang kita. tak percaya? hmm..pernah tak kita switch lane x bagi signal? pernah langgar lampu merah? pernah masuk celah2 kereta dan lori semata2 nak cepat sampai? pernah kona baring kat selekoh? pernah berebut jalan kat roundabout? pernah drive laju sampai kena speed trap? pernah berlumba dengan orang lane sebelah? pernah hon kereta lain sebab x bagi jalan? pernah ikut belakang kereta lain dengan jarak 2 meter je? pernah x on lampu kenderaan bila gelap nak hujan? pernah x bg signal bila nak keluar parking? pernah potong Q kt traffic light? pernah x tukar tayar walaupun dah botak licin mcm biji guli?
pernah x? pernah x?
tak tahulah bila manusia nak belajar sabar bila ada atas jalanraya...ataupun bila manusia dah hilang sabar, tiada satu nyawapun yang disayanginya lagi. mungkin bila dah tak ada, baru nak sayang agaknya...

6ixth Sense - Menyesal (Album +-x / 2010)

surga cinta-ada band

Kenangan Terindah...Part 1

indahnya kenangan dengan kawan2 di ITM Dungun dulu.  kampus Dungun adalah antara yang tercantik pada pandangan mata aku. jadual aku dan kengkawan aku xde banyak bezanya. pagi2 beratur kat dining hall (isi perut dulu sebelum mula kelas pukul 8.00).  Budak2 DSS (sekarang OM) dulu kalo gi kelas mesti kena angkut mesin taip.kalo org nak kenal budak DSS, yang angkut mesin taip tu, itula dia.ha ha..tup tap tup tap belajor menaip sampai la part 3. shorthand xyah cerita la, berbelit2. habis kelas je, berkejar pulak gi dining hall, lunch.sape2 yg kelas dia habis pukul 12.30 tu, kira nasib baik la sbb x payah nk berebut beratur. lepas mkn, terkocoh2 pulak nak semayang dan ke kelas start pukul 2.00 atau 2.30 petang. angkut lg mesin taip yg besar gedabak tuh..
kelas petang ni yg lemah sikit sbb stamina dan tenaga dh semakin berkurangan.nak2 kalo kelas tu kelas teori.mata ni asek nampak bantal ngan katil je. mulut ni dok tengangaaaa je menguap. muka lecturer nampak tak nampak jee..maklom la, setan dh bergayut2 kt kelopak mata. makan la gula2 cap gajah ke, asam cap king kong ke, kalo dh mengantuk, semua mak nenek masuk dalam mulut pun xkn b'kesan punyaa..abis je kelas pukul 4.00 atau 4.30, semua tetiba jd macam ahli sukan, berlari2 balik bilik. yang lemau tu teruskanlah hajat nak tidur. tp yang nk ambik2 angin tu, ajak le kengkawan jalan2 kat pantai teluk gadong. dan tempat yang paling glemer masa tu mesti la gerai Pak Lah. makan tomyam. tapi aku dgn kengkawan aku lg suka makan kat kedai yang orang mmg tak ramai tu.walaupun dia prepare makanan lambat, tp berbaloi.tomyam dia mmg kaw2. pedasnya sampai berasap telinga! tp rasanya kedai kakak tu dah xde kot..
kalau petang khamis je, berduyun2 la bebudak, termasuk la aku mengatur langkah dengan niat suci murni menuju ke pasar malam kt bandar sura gate. naik bas/ van, tambang 70 sen je 1 trip masa tu.sekarang ni xtau la.mula2 aku sampai kat sana, masa tu tahun 1998, pasarnya xde la besar sangat, tp letih la jugak nk round.  hampir 4 thn lepas tu, aku pegi, eh, dh makin besar pulak.x sanggup aku nak menawaf satu pasar nih, mau pengsan dibuatnya.
beli pun apa laa sangat. makanan2 standard je ~ nasik ayam/ nasik goreng ayam, cakoi, donat gebu, roti john (nape nama dia john ha?)...paling mahalpun beli tudung bawal. malam hari, maka b'kumpul la semua geng utk menikmati juadah2 yang dibeli. fenomena ini tak lain tak bukan hanya untuk lari dari rutin mengadap muka kakak2 kat dining hall dengan lauk standard yang kurang enak tu aje...
bila malam pulak, masing2 dh kenyang, melepak la dkt hall, tengok ASTRO. masa tu lagu Sheila On 7 ~ Sephia mmg tengah hot n spicy. 1 hostel dok gila kat diorang nih.kelakor la pulak bila ingat balik.
yg aku kurang suka bila time fogging.dh la xde notis, main terjah je.sian kt kawan aku sorang tuh.pernah dia x sempat nak keluar sbb tengah berkemban (baru sudah mandi), terpaksa la menyorok dalam locker.sib baik x pengsan.ha ha...
ada aktiviti yang dipanggil 'request' - caranya cam ni: budak2 bawak senarai / contoh barang nk dijual dengan kad2 utk wish sekali.lps tu diorg akan hantar pada penama yang tertulis dkt kad tu. utk yg ramai peminat, mmg la bertuah, sebab ada guys yg hantar hadiah. tp kalo yg xde, request utk diri sendiri  je laa..
banyak nya kenangan...walaupun masa kita melaluinya,rasa macam nak menyumpah, menyampah, geram, cuak dan segala macam, tapi bila imbas kembali, kita akan rasa itulah yang terindah untuk kita kenang...
jumpa lagi...

Wednesday, November 10, 2010

Aku dan Dove si pencuci muka...

aku jumpa pencuci muka jenama Dove ni kat satu kedai masa tengah belajar kat ITM Dungun dulu. ada la satu kedai kat pekan Dungun tu namanya ~ Ju Jaya.  kedai tu mmg la antara yang mendapat tempat di hati student2 masa tu selain dari Pasaraya Salwa (yg kdg2 diselaputi debu.  bak kata pensyarah aku dulu. sekali tiup, demam seminggu.he he...)
yang aku nak cerita ni bukan pasal kedai, tapi pencuci muka Dove yang aku jumpa tu.  mula2 tu, aku tertarik dengan packing dia yang ala2 sayap burung tu. aku pon beli laa...hmm, boleh la tahan. rasa bersih je muka. aku pun teruskanlah memakainya sampai beberapa tahun. tanpa aku sedar, jerawat kat muka aku ni dh makin berkurangan. sama ada itu mmg takdir Allah (mmg kita tak boleh nak tolak laa) ataupun sebab Dove, Wallauha'lam...
sejak tu aku jadi pengguna setia pencuci muka Dove selama hampir 13 tahun ~ baru aku sedar itu satu tempoh yang agak lama.  hinggalah aku berkerja sekarang, akhir2 ni aku susah nk cari pencuci muka tu.yg ada cuma syampu dan sabun mandi je.x tau la kalau2 produk tu dh mmg xde kat market sekarang ni. sayangnya...maka terpaksa la aku guna jenama lain - Clean & Clear. walaupun tak sama dgn Dove yg aku sayang tu, kira ok la..isk isk..rindunya kat Dove...hmm...

entah apa2...

saat ini hati dan perutpun bergendangan kesukaan. mengucap syukur nikmat dan lazatnya rezeki kurniaan Allah yang tidak terhingga.  sepagi mengharungi saat2 kesukaran untuk mengisi kekosongan yang ada dalam salah satu ciptaan Allah untuk hambanya iaitu ~ perut.
acapkali tertanya dan tersoal diri sendiri bilakah kesukaan ini akan berkurangan dan terhapus?  di jiwa sentiasa ada keazaman untuk melupakan persoalan2 suapan yang semakin hari semakin menjadi.  tapi ternyata hati ini sentiasa tidak kuat untuk melawan setiap godaan yang datang dari segenap sudut.
memerhati sekeliling, panorama yang redup dan suram tanpa sang burung berkicau, mata ini memerhati setiap sudut bilik seorang lelaki yang bernama 'Encik Boss' yang sentiasa saja berkeadaan tidak sedap mata memandang.  mana mungkin aku mampu menyusun dan mengatur setiap helaian kertas, setiap buah buku, setiap buah fail yang sama sahaja setiap hari dan kemudian engkau menebar dan menyepahkannya kembali tanpa rasa bersalah? 
masanya hampir tiba.  waktunya untuk aku merehatkan mata daripada terus tertadah di depan maya yang kini menyumbatkan tabir2 kekaburan di sekeliling mataku.  pastinya nanti ~ tidak lama lagi, aku akan menambah lagi koleksi mataku menjadi empat semuanya. oh, tidak! hampir terkatup rupanya pancaindera kurniaan Allah ini daripada melihat dunia.  maka terpaksalah aku turutkan keinginannya untuk terus saja tertutup, barangkali untuk sedetik sebelum jam 2 menjelma. mulutku juga bagai memberi tanda seharusnya aku bangun saja dari  kerusi ini dan tujulah ke tempat pembaringan yang empuk dan enak dengan uapan yang bertalu2.
hmm...apa aku merepek nih?

Iklan Deodorant Rexona

Pernah tak tengok iklan deodorant Rexona (kononnya boleh putihkan ketiak) ~ kisahnya dua org awek yang tayar keretanya pancit.lepas tu awek A melambai2 laa dengan baju sleeveless dia, tapi sorang balak pun x berenti tolong. kenapa? ni sambungannya. lepas tu awek B pulak tetiba koyakkan lengan baju dia yang panjang tu (walaupun tak logik je koyakkan baju tebal camtu dengan senang, padahal baju tu ala2 blazer.ko ingat senang ke nak koyakkan?) pastu dia pulak melambai2 mintak tolong. nak jadikan cerita, bersusun2 la kereta2 sukan yg berenti tolong dia tukarkan tayar pancit tu. 
sekali je aku tengok iklan tu, aku dh naik mual, cuak, benci pun ada.apa, murah sangat ke harga perempuan, sampai sanggup tunjuk ketiak untuk mintak tolong? sampai sanggup koyakkan baju pulak tu semata2 nak tunjukkan ketiak dia yang putih (konon2nya putih sebab pakai rexona la tuh). yang lelaki ni pulak dh nampak sangat desperate nk tengok ketiak perempuan punya pasal, sanggup berenti berduyun2 nak tolong perempuan yang ketiak putih tuh.
apa yang boleh kita simpulkan? persoalan yang bermain di kepala aku sekarang nih, agaknya awek A tu ketiaknya hitam, sebab tu xde orang nak tolong.  awek B tu pulak ketiaknya putih, sebab tu ramai nak tolong. ssiooolll nya iklan. macam laa orang2 zaman sekarang ni kemaruk sangat nk mengorat perempuan ketiak putih.  
aku faham la motif iklan tu nak tunjukkan betapa deodorant rexona tu boleh memutihkan ketiak yang gelap. tapi aku sangat2 tak setuju dengan jalan cerita iklan tu yang menunjukkan betapa rendahnya moral kaum wanita semata-mata untuk mintak tolong.  sungguh terdesak.
kawan2ku, kalaulah anda dalam situasi ini, sanggup ke anda tunjuk ketiak? (tu pun kalau putih laa...) LOL...


hujan oh hujan

bila cakap pasal band indie, nama kumpulan HUJAN bukanlah asing, malah ramai pengikut pula tu. tapi yang aku tak terjangkau dek akal sampai sekarang ni, apa istimewanya kumpulan nih?best sangat ke lagu2 dia? akupun cuba menghayati lagu2nya. setelah beberapa bulan aku mendengar dan menyelami, tidak pula aku jumpa sebab musabab kehebatan kumpulan HUJAN nih.sebabnya lagu2 dia aku tak boleh nk ikut.x boleh nak di karaoke kan.entah la..sori la kalo aku cakap yg lagu2 dia ni macam baca sajak je...

Junior aku...

Teringat sorang junior di ITM dulu, kalau sekali pandang, bukanlah termasuk dalam kategori yang cantik jelita. cuma dia ni sesedap mata memandang saja dan wajahnya nampak sedikit matang, mungkin kerana dia pakai cermin mata. dipendekkan cerita,hampir tiap2 hari dia bergayut dengan seorang pensyarah kelasnya. berjam2 pulak tu.  pensyarah ni juga seorang motivator dan selalu bagi ceramah kat budak2 dan kat radio (10 thn dulu laa..)
selalu jugak nampak dia tersengih-sengih kat public phone bergayut dgn pensyarah tu.aku pon heran sebabnya encik pensyarah tu dah kawen pon.agaknya dh ada anak masa tu. dengar2 gosip, rantai yang dia pakai pon encik pensyarah tu yang hadiahkan. isy, kalo orang tu tipu, aku pon tipu laa..
10 tahun lepas tu, hari ini, nama encik pensyarah tu dh makin glamer.semua tv keluar muka dia.dok bg ceramah motivasi je.bila aku ingat balik kisah dia dgn junior aku tu, terfikir pulak aku, layak ke dia bg motivasi? entahlah, aku bukan arif sgt, cuma reputasi dia pada pandangan aku tak lah sebagus mana. siapa dia? hmm..kalo aku tulis nama dia, satu Malaysia kenal dia..nt kena saman pulak.

Tuesday, November 9, 2010

selamat pagi cinta

selamat pagi cinta...
bila tersedar kita tersilap membuat pilihan dan waktunya sudahpun terlunjur jauh, mampukah kita berpatah balik? rencah2 buntu, kelu, kaku, bisu, kelam, suram sentiasa berputar2 dalam hati kita. zahirnya nampak setegar karang namun siapalah tahu kalau di hati serapuh ranting. gelung2 resah sentiasa memagari langkah. lesu dan kabur memikir masa mendatang.
duhai hati, jangan berfikir terlalu lama sedang dirimu renyuk dan remuk dihenyak!
selamat pagi cinta...
bila keadaan sudah menjadi genting, sudah tak dapat diselamatkan lagi, siapa seharusnya yang kita fikirkan ~ diri sendiri atau orang sekeliling? untuk membuat satu keputusan yang terbaik bukan mudah rupanya.takut kalau2 ada hati yang terluka.
selamat pagi cinta...
hidupku perlu diteruskan, cuma aku perlukan masa untuk berfikir, moga Tuhan memberikan aku satu jalan yang mudah untuk aku turuti..Aminnn....

Unwanted Species

Adakah dengan menganggap istilah 'tiada manusia yang sempurna' maka, terbelilah tiket untuk selalu melakukan kesilapan? maka, kalaulah istilah itu sejenis tiket, ternyata harganya sungguh murah sekali. manusia kadang2 sungguh mudah mencari alasan. walapun sejak dari awal lagi bukanlah dia tidak tahu yang sesungguhnya apa yang dilakukannya itu sangat tidak betul dan akan menyakitkan hati orang lain, tapi siapa peduli?
begitu juga dengan spesis manusia yang tidak mahu mendengar pendapat dan penjelasan orang lain. alangkah damainya dunia ini jika spesis begitu sudah pupus. tapi ternyatanya tidak, malah semakin galak menjelma di depan mata. wahai dunia, betapa manusia2 yang mendepani spesis begitu akan tersiksa zahir batinnya. apa lagi kalau spesis itu adalah antara orang yang terdekat dengan kita. sukarnya nak mengecualikan diri. rakusnya spesis ini menguasai keadaan dan betapa pula kita yang terpaksa rela mengalah untuk menyelamatkan keadaan ~ tidak adil, bukan? kalaulah spesis ini boleh dihapuskan seperti menghapuskan virus komputer...maka tiadalah lagi spesis bodoh sombong di dunia ini. hmm...