indahnya kenangan dengan kawan2 di ITM Dungun dulu. kampus Dungun adalah antara yang tercantik pada pandangan mata aku. jadual aku dan kengkawan aku xde banyak bezanya. pagi2 beratur kat dining hall (isi perut dulu sebelum mula kelas pukul 8.00). Budak2 DSS (sekarang OM) dulu kalo gi kelas mesti kena angkut mesin taip.kalo org nak kenal budak DSS, yang angkut mesin taip tu, itula dia.ha ha..tup tap tup tap belajor menaip sampai la part 3. shorthand xyah cerita la, berbelit2. habis kelas je, berkejar pulak gi dining hall, lunch.sape2 yg kelas dia habis pukul 12.30 tu, kira nasib baik la sbb x payah nk berebut beratur. lepas mkn, terkocoh2 pulak nak semayang dan ke kelas start pukul 2.00 atau 2.30 petang. angkut lg mesin taip yg besar gedabak tuh..
kelas petang ni yg lemah sikit sbb stamina dan tenaga dh semakin berkurangan.nak2 kalo kelas tu kelas teori.mata ni asek nampak bantal ngan katil je. mulut ni dok tengangaaaa je menguap. muka lecturer nampak tak nampak jee..maklom la, setan dh bergayut2 kt kelopak mata. makan la gula2 cap gajah ke, asam cap king kong ke, kalo dh mengantuk, semua mak nenek masuk dalam mulut pun xkn b'kesan punyaa..abis je kelas pukul 4.00 atau 4.30, semua tetiba jd macam ahli sukan, berlari2 balik bilik. yang lemau tu teruskanlah hajat nak tidur. tp yang nk ambik2 angin tu, ajak le kengkawan jalan2 kat pantai teluk gadong. dan tempat yang paling glemer masa tu mesti la gerai Pak Lah. makan tomyam. tapi aku dgn kengkawan aku lg suka makan kat kedai yang orang mmg tak ramai tu.walaupun dia prepare makanan lambat, tp berbaloi.tomyam dia mmg kaw2. pedasnya sampai berasap telinga! tp rasanya kedai kakak tu dah xde kot..
kalau petang khamis je, berduyun2 la bebudak, termasuk la aku mengatur langkah dengan niat suci murni menuju ke pasar malam kt bandar sura gate. naik bas/ van, tambang 70 sen je 1 trip masa tu.sekarang ni xtau la.mula2 aku sampai kat sana, masa tu tahun 1998, pasarnya xde la besar sangat, tp letih la jugak nk round. hampir 4 thn lepas tu, aku pegi, eh, dh makin besar pulak.x sanggup aku nak menawaf satu pasar nih, mau pengsan dibuatnya.
beli pun apa laa sangat. makanan2 standard je ~ nasik ayam/ nasik goreng ayam, cakoi, donat gebu, roti john (nape nama dia john ha?)...paling mahalpun beli tudung bawal. malam hari, maka b'kumpul la semua geng utk menikmati juadah2 yang dibeli. fenomena ini tak lain tak bukan hanya untuk lari dari rutin mengadap muka kakak2 kat dining hall dengan lauk standard yang kurang enak tu aje...
bila malam pulak, masing2 dh kenyang, melepak la dkt hall, tengok ASTRO. masa tu lagu Sheila On 7 ~ Sephia mmg tengah hot n spicy. 1 hostel dok gila kat diorang nih.kelakor la pulak bila ingat balik.
yg aku kurang suka bila time fogging.dh la xde notis, main terjah je.sian kt kawan aku sorang tuh.pernah dia x sempat nak keluar sbb tengah berkemban (baru sudah mandi), terpaksa la menyorok dalam locker.sib baik x pengsan.ha ha...
ada aktiviti yang dipanggil 'request' - caranya cam ni: budak2 bawak senarai / contoh barang nk dijual dengan kad2 utk wish sekali.lps tu diorg akan hantar pada penama yang tertulis dkt kad tu. utk yg ramai peminat, mmg la bertuah, sebab ada guys yg hantar hadiah. tp kalo yg xde, request utk diri sendiri je laa..
banyak nya kenangan...walaupun masa kita melaluinya,rasa macam nak menyumpah, menyampah, geram, cuak dan segala macam, tapi bila imbas kembali, kita akan rasa itulah yang terindah untuk kita kenang...
jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment