Teringat sorang junior di ITM dulu, kalau sekali pandang, bukanlah termasuk dalam kategori yang cantik jelita. cuma dia ni sesedap mata memandang saja dan wajahnya nampak sedikit matang, mungkin kerana dia pakai cermin mata. dipendekkan cerita,hampir tiap2 hari dia bergayut dengan seorang pensyarah kelasnya. berjam2 pulak tu. pensyarah ni juga seorang motivator dan selalu bagi ceramah kat budak2 dan kat radio (10 thn dulu laa..)
selalu jugak nampak dia tersengih-sengih kat public phone bergayut dgn pensyarah tu.aku pon heran sebabnya encik pensyarah tu dah kawen pon.agaknya dh ada anak masa tu. dengar2 gosip, rantai yang dia pakai pon encik pensyarah tu yang hadiahkan. isy, kalo orang tu tipu, aku pon tipu laa..
10 tahun lepas tu, hari ini, nama encik pensyarah tu dh makin glamer.semua tv keluar muka dia.dok bg ceramah motivasi je.bila aku ingat balik kisah dia dgn junior aku tu, terfikir pulak aku, layak ke dia bg motivasi? entahlah, aku bukan arif sgt, cuma reputasi dia pada pandangan aku tak lah sebagus mana. siapa dia? hmm..kalo aku tulis nama dia, satu Malaysia kenal dia..nt kena saman pulak.
No comments:
Post a Comment