saat ini hati dan perutpun bergendangan kesukaan. mengucap syukur nikmat dan lazatnya rezeki kurniaan Allah yang tidak terhingga. sepagi mengharungi saat2 kesukaran untuk mengisi kekosongan yang ada dalam salah satu ciptaan Allah untuk hambanya iaitu ~ perut.
acapkali tertanya dan tersoal diri sendiri bilakah kesukaan ini akan berkurangan dan terhapus? di jiwa sentiasa ada keazaman untuk melupakan persoalan2 suapan yang semakin hari semakin menjadi. tapi ternyata hati ini sentiasa tidak kuat untuk melawan setiap godaan yang datang dari segenap sudut.
memerhati sekeliling, panorama yang redup dan suram tanpa sang burung berkicau, mata ini memerhati setiap sudut bilik seorang lelaki yang bernama 'Encik Boss' yang sentiasa saja berkeadaan tidak sedap mata memandang. mana mungkin aku mampu menyusun dan mengatur setiap helaian kertas, setiap buah buku, setiap buah fail yang sama sahaja setiap hari dan kemudian engkau menebar dan menyepahkannya kembali tanpa rasa bersalah?
masanya hampir tiba. waktunya untuk aku merehatkan mata daripada terus tertadah di depan maya yang kini menyumbatkan tabir2 kekaburan di sekeliling mataku. pastinya nanti ~ tidak lama lagi, aku akan menambah lagi koleksi mataku menjadi empat semuanya. oh, tidak! hampir terkatup rupanya pancaindera kurniaan Allah ini daripada melihat dunia. maka terpaksalah aku turutkan keinginannya untuk terus saja tertutup, barangkali untuk sedetik sebelum jam 2 menjelma. mulutku juga bagai memberi tanda seharusnya aku bangun saja dari kerusi ini dan tujulah ke tempat pembaringan yang empuk dan enak dengan uapan yang bertalu2.
hmm...apa aku merepek nih?
No comments:
Post a Comment