Sunday, November 14, 2010

Kenangan Terindah...Part 2

Kat kampung dulu ada banyak pokok. kiri kanan depan belakang rumah, penuh dengan pokok2 buahan. sekarang ni pun ada lagi, cuma dah kurang sikit.  bangun pagi2, panjat pokok kemboja kat depan rumah, kutip bunga2 kemboja. masa tu umur baru 5-6 tahun, boleh la panjat. berat baru 20 kg boleh la. kalo sekarang ni, dh 50 kg lebih, maunya patah pokok tu. lagipun pokok tu dah xde sekarang ni. sayangnya...
tenghari ke petang2 sikit, panjat pokok rambutan, petik buah kat atas  pokok je.  pokok tu pun dah takde sekarang ni, dah tebang.  kadang2 panjat pokok kelapa (renek je la pokok tu...) lepas tu duduk atas pelepah kelapa. cam tak caya je, betapa ringannya aku dulu..huhu..(bila nak kurus balik ni xtau laa..). pokok jambu batu pon aku panjat..eh, jambu air pun. isy banyaknya pokok yang boleh aku panjat dulu. tp kebanyakan pokok2 tu sumer dah xde, dah tebang pun. pokok ciku pun kadang2 aku panjat jugak.tp jarang sangat la sbb banyak nyamuk. sebab tu dulu, ada aktiviti kipas nyamuk. caranya? ambik tudung periuk yang xde tangkai tu, letak minyak, pastu gi libas kat bawah pokok mempelam. nanti nyamuk2 melekat la kat tudung periuk tu. tengok siapa dapat libas paling banyak. x dapat apa2pun, saja suka2.
hmm banyak gak pokok ye..jambu batu, jambu air, manggis, pisang, tebu (dulu laa), rambutan, ciku, mempelam...dulu tolong mak tanam ubi kayu kat belakang rumah. sedapnya bila makan ubi kayu sira air gula melaka. makan nasik pun dengan kawan2. lepas balik mengaji tengahari. lepas tu beli aiskrim 10 sen yg dalam plastik panjang. xtau la zaman sekarang ni ada lagi ke tak. petang2 sket main pondok2 kat belakang rumah. bergaduh tu dh jadi agenda harian. tapi bila ingat balik ,rasa seronok. kadang2 buat pondok dengan daun pisang atau daun kelapa. kalau ayah ada, dia tolong buatkan pondok dengan kayu atau papan buruk. hujan2 pun duduk je dalam pondok tu sambil bercerita. kalau cuaca baik, round satu kampung, naik basikal. seronoknya...
cepatnya masa berlalu. bila dah besar sikit, dah masuk alam remaja, sedikit demi sedikit zaman keseronokan itu terpaksa ditinggalkan. itu antara kenangan tahun 80-an dulu. mungkin sekarang ni  dah tak ada aktiviti macam tu. kanak2 sekarang lebih up to date. dah tak main pondok2, diorang semua lebih suka main video game atau tonton ASTRO.
rindunya kenangan dulu...

No comments:

Post a Comment