Pagi2 dah dapat khabar yang kurang baik dari sana..moga2 mak cepat sembuh dan tak ada apa2 yang serius.to my sister, feeza azhar, please take care of mak. we all pray for her health...aminnn...
bukan nak mengutuk, bukan juga nak mengata. nak menderhaka jauh sekali. tapi semuanya mengingatkan aku kembali pada apa yang terjadi akhir2 ini yang banyak melukakan hati mak. biarlah mak begitu, biarlah mak dengan kata2nya, biarlah mak dengan sinis dan sindirannya. bukankah dia seorang mak? walau ada yang tak kena, walau ada yang tak betul, dia tetap mak. biarkanlah...ayah juga begitu. kita dan ibu bapa adalah daripada dua generasi yang berbeza. dua zaman yang berlainan. cara mereka lain dan cara kita juga lain. kalau ada yang tak kena, kalau ada yang tak serasi dengan kita, bukan hak kita untuk menengking. bercakap kasar juga bukan caranya. kenapa nak tunjuk angkuh di depan mak? haruskah tunjuk hebat di depan ayah?
lebih elok lah kita diam. itu lebih baik. maaflah bro, kalo setakat nak berlagak depan mak, ayah, you'll never get my respect!
No comments:
Post a Comment