Sunday, June 19, 2011

Adios Seth Tan, Welcome Irfan Ikmal

Mulai hari ini, 20 Jun 2011, tiadalah lagi sesi aku kejar mengejar balik ke rumah sebelum pukul 7.00 malam. berakhirnya episod ke 24 Nora Elena minggu lepas, seperti sudah lepas satu beban yg tertanggung dalam kepala selama 24 hari itu.ha ha...macam la wajib kena tengok. tp kalo x tengok, rasa x tenteram je. ngee...
Memang besar impak drama Nora Elena ni. Dengan kemungkinan 3 sebab utama ramai yg menonton. Pertamanya dari kalangan peminat Aaron Aziz dan Siti Saleha dan keduanya kerana novel Kasih Yang Suci itu sendiri yang sememangnya sudah ramai pengikut (novel ni difahamkan novel yang paling laris terbitan Alaf 21 pada thn....?entah,lupa dah..)
Dengan jumlah penonton yang mencecah 2.7 juta dan di website TONTON seramai 1.7 juta (patut la akhir2 aku nk tengok kat TONTON asyik hang je mmanjang..)drama ni mmg layak dinobat sebagai fenomena.
Hmmm...bermulalah petang tanpa wajah dan gelagat Seth. Petang tanpa Seth? Argghh...mcm mana ni???bosannyeee!!


Entah STANZA CINTA akan menjadi sehappening Nora Elena atau tidak, susah nk cakap. Tapi sepanjang pengamatan aku, Aaron Aziz sering saja diberi watak seorang lelaki yang rapuh pegangan agamanya. Macam dah sesuai pulak karekter macam tu dengan dia. tengok dulu macam mana. tapi selepas menonton episod pertama malam tadi, tak mustahil drama ini akan jadi perhatian juga.


Bermulalah perjuangan Irfan memenangi hati Amni Sorfina, yg kasihnya jatuh pada Taufik, sebagaimana Seth memenangi hati Nora Elena yg hatinya dimiliki Saiful Idham.hmm..tak jauh bezanya kan?

No comments:

Post a Comment