Tuesday, June 7, 2011

Kasih Yang Suci vs. Nora Elena


Kalau bukan kerana Aaron Aziz, dalam keadaan aku pening, loya dan x lalu makan ni, aci potong jari,mmg x kuasa aku nk tengok cerita Nora Elena nih. Hmm...tapi ada beberapa yang aku keliru kerana kisahnya dah tak sama macam dalam novel. yang sama hanya setakat 50% je. yang lain tu dah diubah mungkin mengikut kesesuaian layar.
yang pertamanya,perpisahan antara Nora dan Id adalah kerana satu panggilan telefon kepada Id yang mengatakan bahawa Nora bukan virgin lagi dan pernah kena rogol dan Id rasa tercabar dan tak ingin beristerikan seorang yang tidak suci lagi. tapi dalam drama,perpisahan mereka adalah kerana kemeja Seth yang dijumpai Id dalam rumah Nora. dalam novel,kemeja itu langsung tidak menjadi subjek perpisahan mereka. dalam keadaan itu pula,bagaimana pula Id boleh menuduh Nora tidak suci sedangkan tiadapun kisah bagaimana Id tahu tentang peristiwa 10 tahun dulu. ataupun aku yang keliru?
keduanya, dalam novel,perkahwinan antara Seth dan Nora adalah atas kehendak Nora sendiri dan bukan setelah dipujuk oleh emaknya.so, jadi macam x best sikit laa...
ketiganya,dalam novel, Seth adalah seorang muallaf yang sangat baik dan tidak pernah tinggal solat sejak hari pertama dia mengahwini Nora dan bukan selepas berkahwin baru dia nak belajar. bab ni aku x berapa suka, sbb Seth nampak x berapa baik sikit.
keempatnya, Yvonne dalam novel tidak segedik itu dan wataknya yang jahat hanya nampak pada hujung2 cerita selepas dia buat dajal dalam kereta Seth hingga membuatkan dia dipecat oleh Seth.
kelimanya, watak Amir dipanjang2kan dan diada2kan padahal dalam novel wataknya sangat sedikit dan xde kesan apa2pun.
part yang paling best, walaupun xde dalam novel, adalah bila diorang berbaik2 masa pergi honeymoon di cameron highland.mmg xde langsung part tu dalam novel. sbbnya mereka memang bergaduh dan x baik sampai akhir cerita dan nora akhirnya redha akan perkahwinannya.tp yg ni aku suka walaupun xde dalam novel. he he...
yang ketujuhnya, part yang ada orang ugut2, mengendap2 dalam rumah tu...aku konfius apa motifnya buat macam tu.nak memanjangkan cerita ke, apa ke..xtau lah.tapi bila dah buat part tu,bila masa pulak part si Nilawati nak keluar? rasanya kisah tu ambik masa jugak.
dan sepatutnya masa ni, Nora dah pregnant (anak dia nanti nama Qadri) dan masa tulah dia tahu yang Seth pernah rogol dia 10 tahun dulu.
hmm...cerita ni belum habis. nanti aku membebel lagi.hik hik...

No comments:

Post a Comment