Tuesday, June 28, 2011

Indahnya Awan Nano...

Kadang2 aku sendiri tak faham kenapa sesuatu itu tiba2 muncul dalam kepala dan aku akan selalu mengingatinya. Seperti lagu Awan Nano ni. Baru aku sedar yang baris ayat irama lagu ciptaan M. Nasir ini sungguh puitis. Ini bukan lagu cinta. Ini adalah lagu kisah pengorbanan dan kasih sayang lebih daripada seorang ibu/ bapa kepada anak ataupun boleh saja anggap lagu ini bermaksud untuk melindungi dan bukan mencintai.
Bagaimana ibu mengasihi kita, bagaimana pula si ayah melindungi kita, diumpamakan oleh penulis lirik ini dengan mengambil subjek awan nano.betapa awan nano itu walaupun kecil,tetapi si kecil itulah yang diumpamakan orang yang mengasihi kita akan sedayanya melindungi diri kita daripada diratah oleh kepanasan. Agungnya setinggi langit hingga kita sendiri tak akan terduga akan kehadirannya di saat kita amat memerlukan.

Lihat ke arah sana
serakan warna dan berarakan awan
Pabila terik panas
segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegara turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
"Akulah awan itu yang kau mahu"

Begitulah awan nano setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi dan bibirmu
Begitulah awan nano sering saja tak terduga hadir dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya kasih tiada banding setia tiada tara bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang, walau pun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Sekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi setitis pun airmatamu kasihku
Sehingga kau katakan
"Akulah awan itu yang kau rindu"

Akulah awan mu yang sedia melindungi diri mu tika panas mencuba menggores pipi dan bibirmu
Akulah awan mu yang sering kau rindu dan tak terduga hadirku walau tak tercapai jejarimu
Kasihku kasih tiada banding setia tiada tara bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi dan bibirmu
Begitulah awan nano sering saja tak terduga hadir dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku kasih tiada banding setia tiada tara bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang, walau pun tak akan tercapai jejarimu

No comments:

Post a Comment