Tuesday, June 14, 2011
Seth Tan oh Seth Tan...
Ah, dah sudah2...ramai sangat dah yg t'gila2kan Seth Tan @ Ahmad Seth Tan Abdullah nih.lg banyak gambar nt lg angau pulak.
mana nak cari lagi suami/ lelaki sempurna yg dicipta pada watak lakonan Aaron Aziz ni. Kacak, kaya, baik, romantik, penyabar pulak tu.wujud ke lelaki macam tu zaman sekarang ni? mcm kelabu je...
sama ada drama ni jadi fenomena ke x tu,entahlah, tp banyak sangat dah fanpage nora elena ni kt internet dan facebook.aku pun join sekali.rata2 tergila2kan seth tan.lelaki sempurna dalam dunia khayalan ciptaan manusia.rasanya dah ada yg angau overdose.yg dah kahwin ada yg nak suami2 jd mcm suami nora elena.yg tengah bercinta atau baru nak mencari2 cinta,mesti jugak nak cari lelaki macam seth tan.
hebat rupanya karekter seth tan ni berbanding nora elena sendiri termasuklah kaum lelaki sendiri, ada yg berangan nak jadi sesempurna seth tan.
tapi aku rasa kalaulah bukan Aaron Aziz yg memainkan watak ni,berikan pada pelakon lain macam err..err..xnak sebutlah,kecik ati pulak nt, adakah watak seth tan ini akan nampak sempurna seperti ini.jawapan aku adalah tidak sama sekali.
so,pada yg nak boifren mcm seth,suami mcm seth atau diri sendiri dh berangan nk jadi seth, tengok cermin dulu dan tanya diri sendiri - agak2 muka aku hensem macam Aaron Aziz x?
hmm...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
da jatuh cinta dgn seth tan jugaq, huhu~
ReplyDeleteha ha...ramainya yg jatuh cinta kt dia.er..suka kt seth tan ke kt aaron aziz nih?
ReplyDelete