Tuesday, June 21, 2011

Bila Ombak Rindu Difilemkan...


Dah agak banyak yang aku tulis pasal naskhah yg bertajuk OMBAK RINDU ini.tak lama kita akan dapat menontonnya di pawagam, dalam versi layar.
Macam mana agaknya bila tiga novel dengan plot yang agak panjang dipendekkan ceritanya seperti sebuah kesimpulan? Melayari laman2 web, ramai pula tidak berpuas hati dengan pemilihan Maya Karin sebagai Izzah - bukan membodek, tapi sebenarnya juga aku tidak setuju bila watak Izzah diberi kepada Maya Karin. Biar aku ceritakan bagaimana gambaran Izzah dalam novel itu. Dia seorang gadis naif dari kampung yang baru sahaja tamat persekolahan. gayanya penuh kekampungan. Maya Karin bukan tidak bagus, tapi wajahnya sungguh kebaratan, nampak sungguh moden dan tak sesuai dengan karekter Izzah. Aku cuba bayangkan watak itu diberi kepada Tiz Zaqyah (sekurang2nya wajahnya kemelayuan). Tapi entahlah, aku perhatikan yang Osman Ali suka benar dengan Maya Karin -- filem Anak Halal dan Cun juga adalah arahan Osman Ali di mana kedua2nya m'heroinkan Maya Karin juga.hmm...korang pikir la sendiri.
Tiada masalah dengan watak Mila oleh Lisa Surihani kerana sebelum inipun Lisa tak pernah memegang watak antagonis. Mana tahu kali ini ada kelainannya.
Ombak Rindu telah dicetak untuk kali yang ke 19. Bayangkanlah betapa fanatiknya peminat2 novel di Malaysia. Jadi, aku tak dapat bayangkan kalau plot filem nanti banyak yang lari daripada novel, alamat berkoyan2lah komen yang diterima Osman Ali nanti.
Cuma jangan pula ada yang salah faham nanti. filem Ombak Rindu bukan sendiri, tapi disusuli dengan Cinta...Tiada Akhirnya dan Rindu Cintaku. Adios!

No comments:

Post a Comment