Friday, March 18, 2011
Tuesday, March 15, 2011
Madu Impian - Matt Romeo
You tak takut?"
"Nak takut apa? Takkan you nak apa-apa kan I."
"Kalau I apa-apakan you?"
"I jerit..."
Huh..
gurau jenis inilah yang paling aku menyampah. Ajak aku tidur, lepas tu
nak jerit-jerit. Kalau hendak dikira statusnya, samalah dengan mengajak
orang naik kereta, lepas tu matikan enjin.
"Kalau you jerit, I pekup mulut you..."
"Really? Well... kalau macam tu, I biarkan ajalah you buat apa yg you nak..."
wahaa....korang nak tahu apa tagline novel ni? Ni dia:
AKU BOLEH JATUH CINTA PADA SESIAPA, PADA BILA-BILA MASA...
haha..aku suka baca buku ni. Hampir 4 kali dah aku baca. kisah seorang lelaki yang kacak bergaya, jadi rebutan ramai wanita cantik dan seksi. Dia berduit, ada kereta besar, dan yang menjadikan novel ni tak jemu dibaca adalah kerana sifatnya yang sungguh 'nakal'.
apa yang menarik dan menjadi tandatanya pada aku hingga sekarang ni, matt romeo ni tak pernah menyebut nama hero ni walaupun sekali. so, aku tak tahu lah nama hero cerita ni. cuma awek2nya saja yang ramai - syerie, mia dan rozita.
novel ni digarap dengan penuh kenakalan. walaupun watak hero digambarkan sebagai seorang yang agak miang dan sering ber'ehm2...' dengan awek2nya, tetapi ia seperti sudah menjadi perkara biasa dan kawan2nya pun tahu perangai hero ni.
beruntungnya dia, akhirnya dia mendapat ketiga2 org kekasihnya sekali.
bacalah, novel ni memang menyeronokkan...
Monday, March 14, 2011
Mahligai Di Ufuk Deja-Vu - Farahnina Zulfar
Mahligai Di Ufuk Dejavu ini aku beli setelah beberapa tahun penerbitannya. Kebetulan pula aku beli ni pun kat satu ekspo (dah lupa...) 3 thn lepas. Mula2 aku tak kisah sangat nama Farahnina Zulfar ni. Tetiba hari tu aku menonton satu telemovie lakonan Ahmad Idham, Intan Ladyana dan Eizlan Yusof. Ceritanya memang best dan ending yang memang aku tak jangka langsung. Kisah cinta yang sungguh complicated, di mana penulis skripnya adalah Farahnina Zulfar. Memang aku tak sangka. Memang sebelum ini aku pernah menonton drama2 tulisan Sharifah Abu Salem - yang juga seorang novelis. Tak silap aku tajuk telemovie tu - CINTA.
Novel ni agak tebal dan aku menghabiskan masa lebih kurang seminggu untuk khatam. Memang panjang kisahnya. Buku tu lah yang paling tebal yang pernah aku beli.
Bukan senang nak mengkisahkan tentang seorang manusia yang tertekan, sakit jiwa dan dihantui kenangan silam. Apa lagi ada penyakit 'sawan' tiba2. Nak bercerita hingga pembaca sendiri tergambar apa yang berlaku, bukan mudah. Tapi penulis telah berjaya melakukannya. Aksi pergaduhan, tarik menarik, tolak menolak yang berlaku dalam cerita ini memang terasa real walaupun tak nampak di mata.
Kisah Juliana (Julia) yang mengalamai tekanan perasaan akibat peristiwa hitam yang menimpa keluarganya menyebabkan dia membenci lelaki. Kisahnya tak klise malah sungguh menarik. Kisah bagaimana dia turut menyimpan perasaan pada Danny dan pada masa yang sama turut diminati oleh seseorang (lupa nama...). Bagaimana juga kisah akhirnya dia berkahwin dengan Danny yang ketika itu telah cacat akibat kemalangan jalanraya selepas bergaduh dengan kekasihnya, Sherina.
Julia sebenarnya seorang yang baik, cuma fikirannya kadang2 terganggu. Ditambah pula dengan Danny yang terlalu mengikut kata ibunya - fikirannya menjadi semakin kusut. Bagaimana pula hadir lelaki yang pernah merosakkan hidup Julia, hadir semula mengacau hidup mereka dengan penyamaran, semuanya diterjemahkan dengan cukup menarik oleh penulis.
Bagaimana juga akhirnya Julia membunuh lelaki itu yang telah membunuh suaminya, Danny, ternyata Julia memang sayangkan suaminya. So sweet...
Pengakhiran novel juga tidak tergantung dan berakhir di mana Julia di tempatkan di hospital jiwa dan menamatkan tulisan Danny pada novelnya dengan memberi tajuk Dejavu.
Apa yang aku fikirkan selepas membaca novel itu - alangkah bestnya kalau novel ini difilemkan atau sekurang-kurangnya drama. Memang tak mengecewakan!
Jepun diserang Tsunami
Dunia sebenarnya sedang 'menyibuk' dengan krisis di Libya dan nama orang yang paling glamour dan menjadi sebutan sekarang ni tentunya Muammar Gaddafi.
Tetapi tiba2 nama Gaddafi dan Libya kini tenggelam dibawa arus TSUNAMI yang melanda Jepun minggu lepas. Hebatnya kuasa Allah Yang Esa.
Buatlah apa kajian sekalipun, galilah hingga ke kerak bumi sekalipun, ciptalah teknologi secanggih manapun, tetapi bila "Kun Faya Kun..." ~ ia tetap akan terjadi...
Sunday, March 13, 2011
KL Gangster
Macam best je filem ni. Dengar cerita nak tayang awal tahun. Ni dah masuk bulan Mac, iklan pun xde lagi. hmm...
Sebuah Filem bernama - Hikayat Merong Mahawangsa
Untuk mencari jiwa dan aura Merong Mahawangsa yang sebenarnya dalam filem ini mungkin tiada bagi yang berjiwa seni dan pencinta sejarah. Terpaksalah diakui bahawa kekosongan dalam watak lakonan Stephen Rahman Hughes itu walaupun aku tabik kesusah payahannya berbahasa Melayu lama dalam filem ini.
TETAPI apa yang membanggakan aku ialah hasil keseluruhan filem ini. Aksi lasak, pergaduhan dan lagak ngerinya cukup real. Ditambah pula dengan teknik CGI yg cukup canggih. Cuma aku sedikit terkilan kerana watak Merong dimatikan begitu. Watak Taji juga tidak terbukti kehandalannya melainkan sibuk berbomoh sahaja. Agaknya kerana dah namanya Hikayat, tentulah sepatutnya penceritaannya juga panjang. Tetapi mungkin kerana kekangan masa, filem ini seperti sebuah kesimpulan pula. Agak ringkas.
Walaupun permulaannya disogok dengan scene yang aku rasa mcm tengok filem Gladiator, (apa lagi hero nya pun orang Inggeris juga), tetapi semakin cerita itu ke depan, semakin timbul Melayunya. Apa lagi dengan watak2 antagonis yang dilakonkan dengan cukup hebat oleh Wan Hanafi Su dan Khir Rahman sebagai Taji dan Kemawas. (Yang aku tahu Taji tu ada kat kepala ayam tetapi dia pakai kepala harimau pulak. ha ha..)
Embok yang dilakonkan oleh Ummi Nazeera juga cukup sedikit kemunculannya. Hanya beberapa scene sahaja. Tidak pula terkesan pada aku. Pada aku, yg sepatutnya di highlight kan adalah watak Puteri Maharaja China dan Putera Rome lakonan Jing Lusi dan Gavin Stenhouse.
Aku pun tak perasan di mana Maya Karin dalam filem ni. Aku cuma perasan Jehan Miskin yg xde dialog tu.ha ha..
Aku pun tak pandai berbasa-basi. Aku cuma ingin memberi pandangan mengikut firasat dan apa yang aku tonton sahaja. Dan apa yang aku tahu, filem ini memang boleh dibanggakan!
Hmm...agaknya kalau nak cari hero Melayu, siapalah yg layak ganti tempat Stephen Rahman Hughes ni ya...? Jangan salah faham ~ kerana kalau bukan kerana Bahasa Melayu nya yg sedikit pelat, Stephen Rahman Hughes adalah seorang pelakon yang sangat hebat!
Wednesday, March 9, 2011
Tuesday, March 8, 2011
SENSITIF ATAU MANJA?
Aku suka meletakkan gambar dalam setiap post. saja, sebagai penambah perisa (mungkin...). tapi entah kenapa hari ini gambar tak boleh di upload pula. biarlah, kerana gambar tu pun macam tak ada kena mengena dengan topik yang aku nak bicarakan kali ini.
bila sebut perkataan sensitif, aku kurang jelas sebenarnya ~ adakah sesuatu topik itu yang sensitif, atau orang itu sendiri yang sensitif? aku selalu mengaitkan perkataan sensitif itu sendiri dengan satu perkataan lain yang mungkin kalau ditanya kepada pakar bahasa, adalah bukan satu perkataan seerti iaitu - MANJA. kenapa aku rasa macam ada kaitan antara dua perkataan yang tak sama makna tu? kerana aku lebih suka mendefinisikan sesuatu mengikut firasat dan perasaan aku sendiri. aku suka mentafsirkan sesuatu mengikut pemerhatian aku pada keadaan sekeliling.
kalau ditanyapun apa makna kedua perkataan ini, mungkin tidak jauh ertinya. cuma mungkin tidak mengikut kamus dewan bahasa. itu sahaja.
bila bercakap tentang sensitif, bermakna kita harus menjaga percakapan, perbualan, perlakuan kita kerana ada seseorang yang mungkin akan terasa hasil daripada tindak tanduk kita. itulah makna SENSITIF.
bila diteliti pula perkataan manja, bermakna kita juga harus menjaga tatasusila dan ayat yang keluar daripada mulut dan tulisan-tulisan kita (situasi yang agak sama) kerana mungkin juga ada orang yang akan menangis dan sedih dengan bahasa-bahasa yang kita keluarkan. tak banyak bezanya kan?
bagi seorang yang hatinya lembut, begitulah jadinya. segala yang berlaku disekeliling akan dianggap sungguh sensitif, sungguh 'kaca' bila disentuh. kalau disentuh, maka akan pecah berderailah jawabnya. kadang2 keadaan ini sungguh tak boleh diterima. apa lagi bila sesuatu yang diutarakan tidak pula melibatkan nama seseorang sama sekali. tetapi apabila tiba2 dia menunjukkan reaksi yang kurang senang dengan sesuatu yang bukan ditujukan terus-menerus kepadanya, apakah maknanya pula? tidakkah itu menunjukkan bahawasanya perkara itu benar-benar dilakukannya atau dengan bahasa kasarnya - terkena batang hidungnya sendiri?
selalunya susah untuk orang menerima teguran walaupun sebenarnya apa yang kita perkatakan sungguh benar dan untuk kebaikan dia dan orang-orang sekelilingnya. susah juga untuk menegur dan memberi nasihat pada orang yang tidak dapat menerima kerana itu adalah cara hidupnya yang sekian lama. ibarat pokok balak yang umurnya beratus2 tahun, nak disondol dengan bulldozer pun cukup susah!
jadi, apabila takut menegur seseorang yang sensitif kerana takut dia menangis, merajuk whatsoever, maka apakah jalan terbaik yang seharusnya dibuat untuk menyedarkan orang-orang sebegini? sungguh complicated juga ya bila tak boleh terima pendapat orang lain? apa lagi kalau dikritik, agaknya terus keluar air mata darah...
pengalaman sepatutnya menjadikan kita lebih matang dan bersikap dewasa. bukannya semakin kebudak-budakan. aku memang tak boleh nak terima kalau seseorang tak boleh bersikap profesional menerima teguran tentang kerja apa lagi kalau orang itu lebih dewasa daripada kita. yang sepatutnya memberi nasihat tetapi sendiri pula buat perangai. macam mana nak beri contoh yang baik pada orang yang lebih muda? apa lagi kepada anak-anak. maka peninglah si ayah kalau kedua-duanya merajuk, siapa yang harus dipujuk dulu? anak atau ibunya?
tak bolehkah kalau kita berfikir dengan rasional bahawasanya teguran orang itu akan membawa kebaikan? apa lagi bila sudah ditegur berulang-ulang kali tetapi tetap juga mengulangi kesalahan yang sama. berubahlah, bukannya susah sangat, sekadar pada waktu kerja sahaja. kalau hendak bermanja2 dan merajuk2 di rumah sendiri, silakan...
tetapi malangnya, yang menegur itu pula yang menjadi mangsa keadaan. bolehkah yang ditegur itu fikir dengan sedalam-dalamnya kenapa dia ditegur? aku ada buat salahkah? orang tak suka apa yang aku buat kah? ada yang aku buat yang tak kena kah? tapi malangnya tidak. asyik juga nak menyalahkan orang lain kerana membuat teguran apa lagi kalau disindir. tahukah bahawa sindiran itu adalah cara terakhir untuk menyedarkan betapa orang sudah tidak tahan dengan perangai kita?
lari dari tajuk ke? tidak juga. kerana aku tidak menujukan atau menspesifikkan tajuk ini. aku akan bercakap apa sahaja. fikirlah apa yang sepatutnya baik bukan terus menyalahkan orang dek kerana sensitif dan manjanya kita hingga tak boleh ditegur.
susah untuk aku katakan, tetapi secara jujurnya aku tak suka mengakui yang sebenarnya aku kurang gemar situasi begini. hmm...maaflah.

Sunday, March 6, 2011
KASIH YANG SUCI - Meen Zulaikha
Terima kasih Encik WS kerana meminjamkan aku novel ni. Terima kasih jugak kepada kakak kat tempat kerja dia yang beli buku ni maka dapatlah aku pinjam.
aku mula tahu tentang novel ni setelah membaca facebook salah seorang pelakonnya. aku mula memulakan siri pencarian novel ni, tapi setelah 3,4 buah kedai buku aku terjah, hampeh, satu pun xde jual.
tiap kali aku menulis tentang novel, aku sedikitpun tidak berminat untuk menulis tentang sinopsisnya. aku akan menulis mengikut pandangan aku sendiri. cuma aku cukup bangga dengan watak Seth yang sungguh penyabar...agaknya 1 dalam 1,000 kot?
habis membaca ~~ aku terfikir sendiri...kalaulah kalau bukan kerana aku terbayangkan wajah Aaron Aziz dan Siti Saleha sebagai Seth dan Nora Elena, ataupun tanpa aku membayangkan sesiapa sebagai watak dalam cerita ini, adakah novel ini akan seperti yang aku baca? Entahlah...tapi oleh kerana dalam kepala aku dah terpahat wajah2 pelakonnya, maka cerita ni jadi best la.
cuma apa yang aku kurang senang, penulis lebih banyak menggunak bahasa inggeris - mcm x kena pula kerana dialognya terlalu banyak. kalau sikit2 tu boleh diterima la. tp mcm dah terlalu banyak pulak - rasa mcm over pulak.
anyway, bagi seorang penulis baru dan ini adalah novel pertama - - terpilih untuk digambarkan di layar, adalah sesuatu yang sungguh membanggakan. tahniah.

Wednesday, March 2, 2011
Susahnya Nak Faham...
Bila ada sesuatu berlaku, kita mempunyai pelbagai andaian.dan tanggapan. semuanya mengikut perasaan dalam diri masing2. tapi tak ramai yang mengandaikan sesuatu mengikut fikiran dan akal. ada yang kata ~
kenapa dia buat macam tu? kenapa tak buat macam ni? apa hal dia tu, tak ada akal ke? kenapa bodoh sangat buat benda tu? kenapa tak buat warna hijau, kenapa buat warna hitam? sebab tu pun nak gaduh, takde sebab lain ke? alah, benda kecik macam tu pun nak merajuk? kenapa susah sangat nak buat keputusan, lantak la apa nak jadi pun?
kadang2 kita tidak tahu atau sengaja buat2 tidak faham bahawasanya tahap pemikiran dan kekuatan yang ada dalam diri masing2 adalah sangat berlainan. kalau semua manusia ini sama, tiadalah rencah hidup. tentunya semua akan rasa manis sahaja, atau masin saja. tiada masam dan kelatnya. apa sedapnya ia kalau dimakan?
tak perlulah dikhuatir atau dipropagandakan kenapa si polan begitu atau begini. itu adalah tahap pemikiran dia. tahap pemikiran kita pula lain daripada si polan itu.
berterima kasihlah kita pada pengalaman yang banyak mengajar erti hidup. setiap cabaran dan dugaan yang ditempuh setiap hari menguatkan lagi kudrat dan semangat untuk menempuh hidup. terfikirkah kita untuk berterima kasih pada penderitaan itu? bukankah derita itu yang menjadikan kita lebih kuat? bandingkanlah dengan seseorang yang tidak pernah susah, yang tidak pernah rasa derita sengsara dan hidup pula sentiasa dimanja, mampukah dia menempuh onak sepertimana kerasnya hati kita? tidak! kadang2 mereka ini senang benar berkecil hati, senang benar menangis dan senang juga merajuk. sekali lagi kita harus berterima kasih pada penderitaan itu kerana sesungguhnya ia telah menahan air mata kita daripada mengalir, menahan hati kita dari rajuk lara. bukankah itu bermakna hati kita tersangat kuat? tak berbanggakah kita? sungguh saya berbangga dan berterima kasih dengan segala kekalutan, penderitaan dan cabaran yang saya hadapi walaupun terpaksa berdepan dengannya seorang diri, tanpa sesiapa.
mengapa harus menggeleng kepala dan ketawakan orang lain? memandang rendah dan sinis atas kelemahan orang lain? apakah kita sudah cukup bagus?
dan orang lain itu juga kadang2 terpaksa menipu diri sendiri, sanggup berbohong mengatakan diri tiada apa2. aku okay, aku tak apa2, tengok ni, kan aku ketawa? ~ semata2 takut diketawakan dan dipandang rendah oleh orang lain. sungguh org yang mengetawakan orang lain itu telah menjadikan seorang yang lain itu seorang yang tidak pandai meluah perasaan hanya semata2 takut diketawakan dan dipandang sinis.
tanyalah diri sendiri, adilkah kita pada orang lain ataupun fikirkan kenapa orang lain harus mengikut rentak yang sama dengan kita.
kita tak sempurna, dia pun tak sempurna. tak faham2 lagi?

Tuesday, March 1, 2011
What a Wonderful Day...
She's so nice but unlucky, she's not photogenic. Her face can't be pictured as beautiful as she really is...
Lucky...to have this guy pictured just with me..:-)

DURI by Fauziah Ashari
Aku sebenarnya sedang mencari novel Kasih Yang Suci by Meen Zulaikha. Tapi sampai hari ni belum lagi jumpa. Hope to have it before it on screen. Tapi walaupun aku x dapat, apa yang aku nak, galang gantinya tidak kurang hebat. Fauziah Ashari adalah antara penulis kegemaran aku. walaupun ia bukan seperti fenomena Ombak Rindu, tetapi DURI juga cukup terkesan di hati.
Pengkisahan watak-watak Sufi dan Zhaf (Muzhaffar) yang pada awal ceritanya hidup dalam dunia yang penuh golak dan dendam. Perasaan benci di hati masing-masing telah dikisahkan dengan cukup sempurna. Bermula dari awal cerita, penulis telah memulakan konflik dan ianya tidak meleret2 dan tiada kisah sampingan yang menyibukkan keadaan.
Watak antagonis Sufi dan Zhaf menjadi permulaan cerita dan kenapa mereka saling membenci dan mengapa perkahwinan mereka terjadi juga diceritakan dengan cepat dan 'straight to the point'. Penulis menjadikan hubungan mereka lebih manis dengan perasaan-perasaan sayang yang timbul dengan tidak mereka sedari. Masing2 ada perasaan cemburu dengan hubungan orang lain.
Aku memang sudah boleh menjangkakan kesudahan kisah mereka berdua. Tetapi apa yang aku suka adalah perjalanan mereka menuju ke penghabisan cerita. Kisah di sebalik kemanisan di akhir cerita. Pahit, lemau dan sendu kisah mereka membuat mereka sungguh menghargai kasih sayang yang terikat dengan perkahwinan itu. Betapa selama ini mereka buta dan tidak mengenali hati sendiri. Betapa selama ini perasaan sayang antara mereka itu memang ada tetapi diselaputi rasa dendam dan ego. Baik Sufi mahupun Zhaf, kedua2nya adalah sama.
Sekali lagi aku mengatakan yang novel ini cukup sempurna kisahnya. Sama ada aku yang terbayang overdose, atau penulis yang pandai mengolah cerita, entahlah...
Adios...
Subscribe to:
Posts (Atom)