Monday, March 14, 2011
Mahligai Di Ufuk Deja-Vu - Farahnina Zulfar
Mahligai Di Ufuk Dejavu ini aku beli setelah beberapa tahun penerbitannya. Kebetulan pula aku beli ni pun kat satu ekspo (dah lupa...) 3 thn lepas. Mula2 aku tak kisah sangat nama Farahnina Zulfar ni. Tetiba hari tu aku menonton satu telemovie lakonan Ahmad Idham, Intan Ladyana dan Eizlan Yusof. Ceritanya memang best dan ending yang memang aku tak jangka langsung. Kisah cinta yang sungguh complicated, di mana penulis skripnya adalah Farahnina Zulfar. Memang aku tak sangka. Memang sebelum ini aku pernah menonton drama2 tulisan Sharifah Abu Salem - yang juga seorang novelis. Tak silap aku tajuk telemovie tu - CINTA.
Novel ni agak tebal dan aku menghabiskan masa lebih kurang seminggu untuk khatam. Memang panjang kisahnya. Buku tu lah yang paling tebal yang pernah aku beli.
Bukan senang nak mengkisahkan tentang seorang manusia yang tertekan, sakit jiwa dan dihantui kenangan silam. Apa lagi ada penyakit 'sawan' tiba2. Nak bercerita hingga pembaca sendiri tergambar apa yang berlaku, bukan mudah. Tapi penulis telah berjaya melakukannya. Aksi pergaduhan, tarik menarik, tolak menolak yang berlaku dalam cerita ini memang terasa real walaupun tak nampak di mata.
Kisah Juliana (Julia) yang mengalamai tekanan perasaan akibat peristiwa hitam yang menimpa keluarganya menyebabkan dia membenci lelaki. Kisahnya tak klise malah sungguh menarik. Kisah bagaimana dia turut menyimpan perasaan pada Danny dan pada masa yang sama turut diminati oleh seseorang (lupa nama...). Bagaimana juga kisah akhirnya dia berkahwin dengan Danny yang ketika itu telah cacat akibat kemalangan jalanraya selepas bergaduh dengan kekasihnya, Sherina.
Julia sebenarnya seorang yang baik, cuma fikirannya kadang2 terganggu. Ditambah pula dengan Danny yang terlalu mengikut kata ibunya - fikirannya menjadi semakin kusut. Bagaimana pula hadir lelaki yang pernah merosakkan hidup Julia, hadir semula mengacau hidup mereka dengan penyamaran, semuanya diterjemahkan dengan cukup menarik oleh penulis.
Bagaimana juga akhirnya Julia membunuh lelaki itu yang telah membunuh suaminya, Danny, ternyata Julia memang sayangkan suaminya. So sweet...
Pengakhiran novel juga tidak tergantung dan berakhir di mana Julia di tempatkan di hospital jiwa dan menamatkan tulisan Danny pada novelnya dengan memberi tajuk Dejavu.
Apa yang aku fikirkan selepas membaca novel itu - alangkah bestnya kalau novel ini difilemkan atau sekurang-kurangnya drama. Memang tak mengecewakan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment