Sunday, March 6, 2011

KASIH YANG SUCI - Meen Zulaikha

Terima kasih Encik WS kerana meminjamkan aku novel ni.  Terima kasih jugak kepada kakak kat tempat kerja dia yang beli buku ni maka dapatlah aku pinjam.
aku mula tahu tentang novel ni setelah membaca facebook salah seorang pelakonnya. aku mula memulakan siri pencarian novel ni, tapi setelah 3,4 buah kedai buku aku terjah, hampeh, satu pun xde jual.
tiap kali aku menulis tentang novel, aku sedikitpun tidak berminat untuk menulis tentang sinopsisnya.  aku akan menulis mengikut pandangan aku sendiri. cuma aku cukup bangga dengan watak Seth yang sungguh penyabar...agaknya 1 dalam 1,000 kot?
habis membaca ~~ aku terfikir sendiri...kalaulah kalau bukan kerana aku terbayangkan wajah Aaron Aziz dan Siti Saleha sebagai Seth dan Nora Elena, ataupun tanpa aku membayangkan sesiapa sebagai watak dalam cerita ini, adakah novel ini akan seperti yang aku baca? Entahlah...tapi oleh kerana dalam kepala aku dah terpahat wajah2 pelakonnya, maka cerita ni jadi best la.
cuma apa yang aku kurang senang, penulis lebih banyak menggunak bahasa inggeris - mcm x kena pula kerana dialognya terlalu banyak.  kalau sikit2 tu boleh diterima la. tp mcm dah terlalu banyak pulak - rasa mcm over pulak.
anyway, bagi seorang penulis baru dan ini adalah novel pertama - - terpilih untuk digambarkan di layar, adalah sesuatu yang sungguh membanggakan. tahniah.

2 comments:

  1. x ingat dh bc ke belum.. me luv novel too...

    ReplyDelete
  2. I love novel. tp banyak novel yg ada sekarang ni penulis2 muda dan bahasa budak2 sket. ssh nk cari yg betul2 memuaskan hati..:-)

    ReplyDelete