Sunday, March 13, 2011
Sebuah Filem bernama - Hikayat Merong Mahawangsa
Untuk mencari jiwa dan aura Merong Mahawangsa yang sebenarnya dalam filem ini mungkin tiada bagi yang berjiwa seni dan pencinta sejarah. Terpaksalah diakui bahawa kekosongan dalam watak lakonan Stephen Rahman Hughes itu walaupun aku tabik kesusah payahannya berbahasa Melayu lama dalam filem ini.
TETAPI apa yang membanggakan aku ialah hasil keseluruhan filem ini. Aksi lasak, pergaduhan dan lagak ngerinya cukup real. Ditambah pula dengan teknik CGI yg cukup canggih. Cuma aku sedikit terkilan kerana watak Merong dimatikan begitu. Watak Taji juga tidak terbukti kehandalannya melainkan sibuk berbomoh sahaja. Agaknya kerana dah namanya Hikayat, tentulah sepatutnya penceritaannya juga panjang. Tetapi mungkin kerana kekangan masa, filem ini seperti sebuah kesimpulan pula. Agak ringkas.
Walaupun permulaannya disogok dengan scene yang aku rasa mcm tengok filem Gladiator, (apa lagi hero nya pun orang Inggeris juga), tetapi semakin cerita itu ke depan, semakin timbul Melayunya. Apa lagi dengan watak2 antagonis yang dilakonkan dengan cukup hebat oleh Wan Hanafi Su dan Khir Rahman sebagai Taji dan Kemawas. (Yang aku tahu Taji tu ada kat kepala ayam tetapi dia pakai kepala harimau pulak. ha ha..)
Embok yang dilakonkan oleh Ummi Nazeera juga cukup sedikit kemunculannya. Hanya beberapa scene sahaja. Tidak pula terkesan pada aku. Pada aku, yg sepatutnya di highlight kan adalah watak Puteri Maharaja China dan Putera Rome lakonan Jing Lusi dan Gavin Stenhouse.
Aku pun tak perasan di mana Maya Karin dalam filem ni. Aku cuma perasan Jehan Miskin yg xde dialog tu.ha ha..
Aku pun tak pandai berbasa-basi. Aku cuma ingin memberi pandangan mengikut firasat dan apa yang aku tonton sahaja. Dan apa yang aku tahu, filem ini memang boleh dibanggakan!
Hmm...agaknya kalau nak cari hero Melayu, siapalah yg layak ganti tempat Stephen Rahman Hughes ni ya...? Jangan salah faham ~ kerana kalau bukan kerana Bahasa Melayu nya yg sedikit pelat, Stephen Rahman Hughes adalah seorang pelakon yang sangat hebat!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment