Tuesday, March 8, 2011

SENSITIF ATAU MANJA?

Aku suka meletakkan gambar dalam setiap post. saja, sebagai penambah perisa (mungkin...). tapi entah kenapa hari ini gambar tak boleh di upload pula. biarlah, kerana gambar tu pun macam tak ada kena mengena dengan topik yang aku nak bicarakan kali ini.
bila sebut perkataan sensitif, aku kurang jelas sebenarnya ~ adakah sesuatu topik itu yang sensitif, atau orang itu sendiri yang sensitif?  aku selalu mengaitkan perkataan sensitif itu sendiri dengan satu perkataan lain yang mungkin kalau ditanya kepada pakar bahasa, adalah bukan satu perkataan seerti iaitu - MANJA. kenapa aku rasa macam ada kaitan antara dua perkataan yang tak sama makna tu? kerana aku lebih suka mendefinisikan sesuatu mengikut firasat dan perasaan aku sendiri. aku suka mentafsirkan sesuatu mengikut pemerhatian aku pada keadaan sekeliling.
kalau ditanyapun apa makna kedua perkataan ini, mungkin tidak jauh ertinya. cuma mungkin tidak mengikut kamus dewan bahasa. itu sahaja.
bila bercakap tentang sensitif, bermakna kita harus menjaga percakapan, perbualan, perlakuan kita kerana ada seseorang yang mungkin akan terasa hasil daripada tindak tanduk kita.  itulah makna SENSITIF.
bila diteliti pula perkataan manja, bermakna kita juga harus menjaga tatasusila dan ayat yang keluar daripada mulut dan tulisan-tulisan kita (situasi yang agak sama) kerana mungkin juga ada orang yang akan menangis dan sedih dengan bahasa-bahasa yang kita keluarkan.  tak banyak bezanya kan?
bagi seorang yang hatinya lembut, begitulah jadinya.  segala yang berlaku disekeliling akan dianggap sungguh sensitif, sungguh 'kaca' bila disentuh.  kalau disentuh, maka akan pecah berderailah jawabnya. kadang2 keadaan ini sungguh tak boleh diterima. apa lagi bila sesuatu yang diutarakan tidak pula melibatkan nama seseorang sama sekali. tetapi apabila tiba2 dia menunjukkan reaksi yang kurang senang dengan sesuatu yang bukan ditujukan terus-menerus kepadanya, apakah maknanya pula? tidakkah itu menunjukkan bahawasanya perkara itu benar-benar dilakukannya atau dengan bahasa kasarnya - terkena batang hidungnya sendiri?
selalunya susah untuk orang menerima teguran walaupun sebenarnya apa yang kita perkatakan sungguh benar dan untuk kebaikan dia dan orang-orang sekelilingnya. susah juga untuk menegur dan memberi nasihat pada orang yang tidak dapat menerima kerana itu adalah cara hidupnya yang sekian lama. ibarat pokok balak yang umurnya beratus2 tahun, nak disondol dengan bulldozer pun cukup susah!
jadi, apabila takut menegur seseorang yang sensitif kerana takut dia menangis, merajuk whatsoever, maka apakah jalan terbaik yang seharusnya dibuat untuk menyedarkan orang-orang sebegini? sungguh complicated juga ya bila tak boleh terima pendapat orang lain? apa lagi kalau dikritik, agaknya terus keluar air mata darah...
pengalaman sepatutnya menjadikan kita lebih matang dan bersikap dewasa. bukannya semakin kebudak-budakan. aku memang tak boleh nak terima kalau seseorang tak boleh bersikap profesional menerima teguran tentang kerja apa lagi  kalau orang itu lebih dewasa daripada kita. yang sepatutnya memberi nasihat tetapi sendiri pula buat perangai. macam mana nak beri contoh yang baik pada orang yang lebih muda? apa lagi kepada anak-anak.  maka peninglah si ayah kalau kedua-duanya merajuk, siapa yang harus dipujuk dulu? anak atau ibunya?
tak bolehkah kalau kita berfikir dengan rasional bahawasanya teguran orang itu akan membawa kebaikan? apa lagi bila sudah ditegur berulang-ulang kali tetapi tetap juga mengulangi kesalahan yang sama. berubahlah, bukannya susah sangat, sekadar pada waktu kerja sahaja. kalau hendak bermanja2 dan merajuk2 di rumah sendiri, silakan...
tetapi malangnya, yang menegur itu pula yang menjadi mangsa keadaan.  bolehkah yang ditegur itu fikir dengan sedalam-dalamnya kenapa dia ditegur? aku ada buat salahkah? orang tak suka apa yang aku buat kah? ada yang aku buat yang tak kena kah? tapi malangnya tidak.  asyik juga nak menyalahkan orang lain kerana membuat teguran apa lagi kalau disindir.  tahukah bahawa sindiran itu adalah cara terakhir untuk menyedarkan betapa orang sudah tidak tahan dengan perangai kita?
lari dari tajuk ke? tidak juga. kerana aku tidak menujukan atau menspesifikkan tajuk ini. aku akan bercakap apa sahaja. fikirlah apa yang sepatutnya baik bukan terus menyalahkan orang dek kerana sensitif dan manjanya kita hingga tak boleh ditegur.
susah untuk aku katakan, tetapi secara jujurnya aku tak suka mengakui yang sebenarnya aku kurang gemar situasi begini. hmm...maaflah.

No comments:

Post a Comment