Bila ada sesuatu berlaku, kita mempunyai pelbagai andaian.dan tanggapan. semuanya mengikut perasaan dalam diri masing2. tapi tak ramai yang mengandaikan sesuatu mengikut fikiran dan akal. ada yang kata ~
kenapa dia buat macam tu? kenapa tak buat macam ni? apa hal dia tu, tak ada akal ke? kenapa bodoh sangat buat benda tu? kenapa tak buat warna hijau, kenapa buat warna hitam? sebab tu pun nak gaduh, takde sebab lain ke? alah, benda kecik macam tu pun nak merajuk? kenapa susah sangat nak buat keputusan, lantak la apa nak jadi pun?
kadang2 kita tidak tahu atau sengaja buat2 tidak faham bahawasanya tahap pemikiran dan kekuatan yang ada dalam diri masing2 adalah sangat berlainan. kalau semua manusia ini sama, tiadalah rencah hidup. tentunya semua akan rasa manis sahaja, atau masin saja. tiada masam dan kelatnya. apa sedapnya ia kalau dimakan?
tak perlulah dikhuatir atau dipropagandakan kenapa si polan begitu atau begini. itu adalah tahap pemikiran dia. tahap pemikiran kita pula lain daripada si polan itu.
berterima kasihlah kita pada pengalaman yang banyak mengajar erti hidup. setiap cabaran dan dugaan yang ditempuh setiap hari menguatkan lagi kudrat dan semangat untuk menempuh hidup. terfikirkah kita untuk berterima kasih pada penderitaan itu? bukankah derita itu yang menjadikan kita lebih kuat? bandingkanlah dengan seseorang yang tidak pernah susah, yang tidak pernah rasa derita sengsara dan hidup pula sentiasa dimanja, mampukah dia menempuh onak sepertimana kerasnya hati kita? tidak! kadang2 mereka ini senang benar berkecil hati, senang benar menangis dan senang juga merajuk. sekali lagi kita harus berterima kasih pada penderitaan itu kerana sesungguhnya ia telah menahan air mata kita daripada mengalir, menahan hati kita dari rajuk lara. bukankah itu bermakna hati kita tersangat kuat? tak berbanggakah kita? sungguh saya berbangga dan berterima kasih dengan segala kekalutan, penderitaan dan cabaran yang saya hadapi walaupun terpaksa berdepan dengannya seorang diri, tanpa sesiapa.
mengapa harus menggeleng kepala dan ketawakan orang lain? memandang rendah dan sinis atas kelemahan orang lain? apakah kita sudah cukup bagus?
dan orang lain itu juga kadang2 terpaksa menipu diri sendiri, sanggup berbohong mengatakan diri tiada apa2. aku okay, aku tak apa2, tengok ni, kan aku ketawa? ~ semata2 takut diketawakan dan dipandang rendah oleh orang lain. sungguh org yang mengetawakan orang lain itu telah menjadikan seorang yang lain itu seorang yang tidak pandai meluah perasaan hanya semata2 takut diketawakan dan dipandang sinis.
tanyalah diri sendiri, adilkah kita pada orang lain ataupun fikirkan kenapa orang lain harus mengikut rentak yang sama dengan kita.
kita tak sempurna, dia pun tak sempurna. tak faham2 lagi?
No comments:
Post a Comment