Tuesday, March 15, 2011
Madu Impian - Matt Romeo
You tak takut?"
"Nak takut apa? Takkan you nak apa-apa kan I."
"Kalau I apa-apakan you?"
"I jerit..."
Huh..
gurau jenis inilah yang paling aku menyampah. Ajak aku tidur, lepas tu
nak jerit-jerit. Kalau hendak dikira statusnya, samalah dengan mengajak
orang naik kereta, lepas tu matikan enjin.
"Kalau you jerit, I pekup mulut you..."
"Really? Well... kalau macam tu, I biarkan ajalah you buat apa yg you nak..."
wahaa....korang nak tahu apa tagline novel ni? Ni dia:
AKU BOLEH JATUH CINTA PADA SESIAPA, PADA BILA-BILA MASA...
haha..aku suka baca buku ni. Hampir 4 kali dah aku baca. kisah seorang lelaki yang kacak bergaya, jadi rebutan ramai wanita cantik dan seksi. Dia berduit, ada kereta besar, dan yang menjadikan novel ni tak jemu dibaca adalah kerana sifatnya yang sungguh 'nakal'.
apa yang menarik dan menjadi tandatanya pada aku hingga sekarang ni, matt romeo ni tak pernah menyebut nama hero ni walaupun sekali. so, aku tak tahu lah nama hero cerita ni. cuma awek2nya saja yang ramai - syerie, mia dan rozita.
novel ni digarap dengan penuh kenakalan. walaupun watak hero digambarkan sebagai seorang yang agak miang dan sering ber'ehm2...' dengan awek2nya, tetapi ia seperti sudah menjadi perkara biasa dan kawan2nya pun tahu perangai hero ni.
beruntungnya dia, akhirnya dia mendapat ketiga2 org kekasihnya sekali.
bacalah, novel ni memang menyeronokkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment